Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Monday, 5 May 2014

Unknown

Chef Wan Sindir Rancangan Masakan Nik Michael


Kalau otai sudah bersuara, pastinya pendapat itu harus didengar dan dijadikan panduan. Terbaru mengenai akaun Instagramnya, Chef Wan telah pun menyuarakan pendapatnya mengenai salah satu rancangan masakan tempatan yang dikendalikan oleh Nik Michael Imran. Panjang lebar luahan hati Chef Wan dan Abang Nara ada bersetuju dengan beberapa “point” beliau.




Antara yang menarik ialah pemilihan hos rancangan yang baru setahun jagung namun dibolehkan kerana mempunyai “rupa”. Sedangkan menurut Chef Wan, dirinya dahulu perlu melatih “skill masakan” terlebih dahulu sebelum mempunyai program TV sendiri. Sedikit sedutan tulisan Chef Wan untuk tatapan anda:-


Jika kita tengok kan CV mereka pengalaman dah la kurang, asal kan ada ” Rupa” boleh host terus jadi Celebrity Chef. Dulu2 kita nak belajar memasak dari orang yg tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya mcm orang tua kata la, dah banyak makan garam.


Tapi these days yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain. How is these possible? Bukan ke dunia memasak ini has to do with skill labour? Yang Menang Master Chef baru setahun jagung pun dah keluar buku masak sendiri pada hal pengalaman didalam dunia culinary mereka sangat lah kurang.


But what to do semua ini ada lah kesilapan TV station itu sendiri yg keluar kan TV Chef hari ini asal kan dapat la tampa memikir kan the Quality and skill of that host itself.




Apa pendapat anda mengenai kata-kata Chef Wan? Bagi Abang Nara Chef Wan bukanlah seorang yang cakap sesuka hati namun segala kata-katanya adalah berdasarkan pengalaman yang cukup lama di dalam bidang masakan. Namun dunia sekarang ini memang nak cepat sahaja lebih-lebih lagi dengan kewujudan begitu banyak program realiti. Baca artikel ini sepenuhnya untuk luahan hati penuh Chef Wannpk=655611001053252197_412311921#Q0aGDOEmhZfUCRlU.99

Sumber : beautifulnara

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.