Hanya dengan perkenalan yang begitu singkat, kedua-dua mereka berjaya mengikat tali pernikahan di Thailand selepas dua minggu berkenalan.
Terkini, Gosipanaz ternampak satu posting di laman sosial bahawa rumahtangga Abby sedang bergolak! Gosipanaz terus menjenguk laman sosial Instagram milik Abby. Apa yang kami perhatikan ialah sebuah video yang dimuat naik dan terbaca status Abby yang seolah-olah menggambarkan rumahtangganya kini sedang bergolak dan bermasalah.
Melalui status tersebut, Abby telah meminta peminatnya untuk mendoakan dia dan suaminya. Namun, apa yang lebih mengejutkan kami apabila Abby turut menulis caption ‘Untuk yang terakhir kali’ dihujung statusnya.
Jika melihat kepada video yang dikongsikannya, ia menunjukkan saat-saat manis dan bahagia Abby bersama suaminya, tetapi muzik latar lagu ‘Kehilangan’ yang digunakan seolah-olah menggambarkan perasaan pelakon ini.
Andaian Gosipanaz dikuatkan lagi apabila Abby membalas komen peminat dengan menunjukkan emosi yang dia sedang bersedih.
Malah, Abby turut membalas bahawa dia mengharapkan doa dari semua peminatnya kerana peluangnya tinggal yang terakhir. Persoalannya, peluang apakah yang dimaksudkan Abby tersebut?
Apapun, jika benar rumahtangga Abby sedang bergolak, saya harap Abby dapat bersabar menempuhi dugaan tersebut. Anggap saja ia asam garam berumahtangga, pasti ada naik turunnya. Tak gitu?
Sumber: Gosipanaz Blog!
Note: only a member of this blog may post a comment.