Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday 17 June 2016

Unknown

Kerajaan PAS beri bantuan khas raya RM500 kepada penjawat Awam kelantan



KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan pemberian bonus hari raya RM500 kepada penjawat awam di negeri ini sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri Julai nanti.

Menurutnya, pembayaran bonus hari raya itu juga akan melibatkan semua penghulu di bawah kerajaan dengan agihan RM250 seorang sebagai menghargai jasa dan perkhidmatan mereka.

“Sebagaimana dilakukan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga akan memberikan bonus hari raya kepada penjawat awam di negeri ini, kalau mereka beri RM500, kita juga akan berikan jumlah yang sama.


“Insya ALLAH setakat ini, kita masih boleh maintain,” katanya kepada media ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Orang Kurang Upaya (OKU) di Balai Islam, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi.

Terdahulu, Ahmad menyampaikan sumbangan kepada OKU yang hadir.

Pada 9 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan itu, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.