Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Sunday, 28 February 2016

Unknown

Tragedi 13 Mei uatu strategi politik


Semalam telah genap 43 tahun tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlalu. Pelbagai tulisan berkaitan tragedi itu telah dinukilkan sebelum ini oleh ramai penulis dan penganalisis politik serta pakar sejarah. Cuma di ruangan ini, tragedi ini akan dinukilkan dalam bentuk yang berlainan.

Ketika masih di alam persekolahan (1986-1998), kisah ini sering diceritakan oleh orang tua-tua samada datuk nenek atau ibu bapa kita. Perkara yang cukup terlekat dikepala kita sehingga kini adalah 'ketakutan bahawa kalau Cina berkuasa, Melayu akan hilang kuasa'. Cuma ketika itu, agak sukar difahami secara jelas peristiwa itu tercetus dan sebab munasabab ia berlaku.

Namun kini, Tragedi 13 Mei 1969 itu boleh dianggap sebagai suatu strategi licik politik menguasai keadaan untuk meruntuhkan penguasaan sesuatu kuasa politik lain. Ketakutan dijadikan sebagai suatu lembaga hitam yang diresap dalam fikiran bahawa jika bangsa lain berkuasa dan menguasai politik negara, maka akan hilanglah kedaulatan bangsa Melayu di tanahair ini. 

Ia masih terkesan dan masih digunakan oleh pihak gerombolan Umno khususnya kepada blok-blok sokongan mereka yang dibina daripada kelas-kelas masyarakat pertengahan dan bawahan. Ketakutan seperti ini menjadi modal ampuh gerombolan untuk mengekal suatu keadaan yang membayangkan kedudukan mereka sangat-sangat diperlukan sebagai 'pembela agama dan bangsa'. Selagi ia dipegang dan 'didoktrinkan' oleh kelas-kelas masyarakat pertengahan dan bawahan Melayu, selagi itu penguasaan gerombolan Umno mampu dikekalkan. Jika ia pecah, bocor dan terbongkar, ada kemungkinan wadah politik gerombolan Umno bakal ditinggalkan oleh masyarakat ini secara besar-besaran!

Jika dilihat secara tersurat, ia seakan tuduhan rambang tak berbukti. Akan tetapi andainya ia diteliti daripada perspektif ilmu politik, ia adalah suatu hakikat yang berlaku. Mengapa?

Thursday, 25 February 2016

Unknown

BANGLA DITANGKAP KETIKA SEDANG BERASMARA DENGAN ISTERI ORANG



Gambar dan kisah seorang warga Bangladesh ditangkap kerana berduaan dengan isteri orang di Negeri Sembilan tersebar di laman sosial.

ADATLAH.. apabila sesuatu ‘topik’ sedang hangat diperkatakan maka satu demi satu isu mengenainya timbul. Tidak terkecuali soal kemasukan pendatang dari Bangladesh yang mendapat krititkan ramai hinggakan pelaksanaannya dibekukan dahulu. 

Pada masa sama, semakin ramai pula Bangla didapati ‘buat perangai’ sejak akhir-akhir ini membuatkan cadangan menolak lebih ramai pekerja dari negara berkenaan kian mendapat sokongan. 

Selepas kes Bangla kacau isteri orang dan rogol remaja 13 tahun dalam tandas kafe siber, kini tersebar kisah Bangla ditahan sedang selingkuh dengan bini orang di Rahang, Seremban, Negeri Sembilan. 

Bersama cerita ini dikepilkan gambar Bangla tersebut yang diikat tangannya bersama wanita tempatan yang menjadi kekasih gelapnya. 

Kisah ini dipercayai tersebar kepada umum selepas seseorang yang turut terlibat menangkap pasangan ini memuatnaik gambar mereka beserta keterangan gambar di laman sosial Facebook. 

Puncanya, si wanita dikatakan kerap membenarkan lelaki Bangla ini masuk ke dalam rumahnya ketika si suami tidak ada. 

Ini membuatkan jiran-jiran berasa curiga dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghendap dan menangkap mereka kerana berkhalwat. – SUMBER
Unknown

Penyokong sambut kepulangan Muhyiddin laung 'Selamatkan Malaysia'






KUALA LUMPUR:
Penyokong Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan beliau pada pukul 9:30 Selasa malam.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan bercuti di Australia
.

Semasa tiba di Balai Perlepasan , Aras 5, KLIA, Muhyiddin kelihatan tenang dan tersenyum.
Bagaimanapun, beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak media selain daripada menjawab "good" ataupun "baik" apabila ditanya mengenai percutiannya dan ketibaannya di tanah air.

Sementara itu, lebih 100 penyokong Muhyiddin turut menyambut ketibaan beliau di Balai perlepasan.

Mereka turut melaungkan "Hidup Tan Sri" dan "Selamatkan Malaysia" apabila Muhyiddin tiba di kenderaannya di luar pintu KLIA.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video ucapan beliau dalam satu mesyuarat tertutup bersama kepimpinan politik lain dalam satu kursus politik yang tersebar di internet.
Dalam video tersebut, beliau menyatakan pendiriannya supaya ahli lembaga pengarah One Malaysia Development Berhad (1MDB) harus dipecat.

Beliau kemudian ada mengulas, kenyataan yang dibuat beliau itu adalah pendapat peribadinya dan apa yang lebih utama adalah bagaimana isu 1MDB dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Wednesday, 24 February 2016

Unknown

Saman: Najib mohon masuk kenyataan nafi terlibat 1MDB


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan permohonan bagi memasukkan dua kenyataan yang menafikan pembabitannya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad dalam tuntutan saman yang dikemukakan terhadap Harakah dan Harakahdaily.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata kenyataan itu adalah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang menyatakan Najib tidak terlibat dalam kes salah guna berhubung 1MDB dan dana berjumlah RM2.6 bilion tiada kaitan dengan 1MDB.

"Kami diarahkan oleh perdana menteri untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan bagi memasukkan kedua-dua kenyataan itu dan mahkamah turut mengarahkan supaya permohonan tersebut difailkan secepat mungkin bagi membolehkan mahkamah mendengar permohonan itu dan memberi perintah selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Faiz Fadzil yang mewakili Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop, yang turut dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.

Mohd Hafarizam berkata Hakim Hue membayangkan harapan agar pihak-pihak terlibat boleh berbincang dan mencari jalan supaya kes saman itu dapat diselesaikan secara baik.

Katanya mahkamah menetapkan 9 Mac ini sebagai tarikh akhir untuk pengurusan kes tersebut.

Najib memfailkan saman itu pada 18 Mac tahun lepas dengan menamakan Dr Rosli dan ketua editor Harakahdaily Taufek Yahya sebagai defendan berhubung penerbitan artikel yang ditulis oleh Rosli pada 19 Feb tahun lepas berkaitan isu 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau menyalah guna dana 1MDB.

Najib juga mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis Rosli sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya selain mendakwa penerbitan artikel itu menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan semula artikel berkenaan. - Bernama
           

Tuesday, 23 February 2016

Unknown

Tanpa Sedar Setiap Malam Si Isteri Akan Disetubuhi Oleh Jin Laknatullah



 
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Surah Al-Hijr, Ayat 39)

Mengerikan , Allahuakbar . Tidak dinafikan perkara ini pernah berlaku kepada wanita-wanita diluar sana .  Jadi jangan pelik kalau setiap malam ada perasan isteri bersikap pelik ketika tidur .
Nah , bagaimana jn boleh merogol atau menyetubuhi badan manusia tanpa sedar ?

Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat. Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.

Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.


Antara kesan pada wanita apabila dicintai jin adalah;
Wanita akan berasa malas untuk beribadah kepada Allah.
Bagi yang telah berkahwin pula, si isteri mudah menjadi marah kepada suami.
Nafsu seks terhadap suami berkurangan dan enggan melayani suami di tempat tidur.
Jin akan bunuh janin jika si isteri mengandung hasil hubungan dengan suaminya.
Jin akan berusaha sehingga pasangan suami isteri bercerai!
Bagi gadis yang belum berkahwin pula, mereka akan hilang minat untuk berkahwin.


Tanda Wanita Dirogol Jin.

Sering ditindih ketika tidur
Sering ternampak kelibat dan
Sering merasai ada seseorang sewaktu tidur.
Badan berasa letih
Ada kesan lebam pada peha (dan ada mengatakan bahawa terdapat 5 lubang halus pada lebam tersebut)

Jika anda telah dirogol oleh jin, jin tersebut akan merogol anda lagi dihari yang lain. Oleh itu segeralah merawat diri anda jika anda pernah mengalami tanda-tanda yang telah saya nyatakan.

Rawatan Bagi Wanita Yang Dirogol Jin.

Spray bilik tidur 3 hari berturut dengan air yang sudah dibacakan kursi 7x.
Mandi air ruqyah yang sudah dibacakan kursi 7x selama 1 hari sahaja.
Baca kursi dan 3 qul sebelum tidur malam,jika uzur memadai baca didalam hati sahaja.
Elakkan meletak gambar hidup/teddy bear dalam bilik tidur.
Bilik tidur mestilah bersih dan wangi.
Pakaian wangian kasturi sebelum tidur malam

Amalan Untuk Elak Diganggu atau Dirogol Jin Ketika Tidur.

a. Berwuduk sebelum tidur
b. Baca Al-Fatihah dan Kursi sebelum tidur.
c. Baca 3 Qul (Qul huwallah, Qul Auzubirabbil Falaq dan Qul Auzubirabbinnas) hembus ditapak tangan dan sapukan ke tubuh sebelum tidur.
d. Jika anda datang bulan, pasanglah mp3 ayat quran seperti surah al-Baqarah atau ayat ruqyah sebelum dan semasa tidur
e. Jika anda ditindih ketika tidur, Azan lah didalam hati.
 
sumber : http://matadajal.blogspot.my/
Unknown

Restoran Ini Sajikan Lobster Hanya Serendah Dari RM25


Bermain difikiran kita ingin menjamah makanan yang sedia maklum mahal seperti udang kara, iaitu sejenis udang batu karang yang agak sukar diperolehi di negara ini kecuali di negeri Sabah.

Oleh kerana itu, udang berkenaan sudah pastinya mahal sehingga menjangkau harga RM100-RM300 sekilo. Jadi sudah pasti ramai hanya boleh berkata "tengok je la, kalau nak makan tak mampu,".

Jadi berita baik untuk peminat udang kara atau Lobster, sebuah restoran makanan ikan bakar di Damansara menawarkan hidangan berasaskan udang kara ini serendah RM 25, murahnya!.

Restoran Hase Ikan Bakar yang beralamat F12, Tok Yem Street Mall, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Malaysia ini sudah pasti membuatkan keinginan anda untuk menjamah udang 'mahal' ini tercapai.

Jom tengok menu yang ditawarkan.






Jom kita lihat menu lain yang ditawarkan



Nampaknya harga yang diletakkan tidaklah terlalu membebankan.


Ada orang tanya, "takkan restoran ni hidangkan makanan berasaskan lobster sahaja, kami yang tak makan lobster macammana?"
Jangan risau, ini adalah restoran ikan bakar, pelbagai makanan lain disediakan termasuk masakan barat.









Restoran Hase Ikan Bakar ini beroperasi setiap hari dan dibuka bermula 3 Petang – 12.30 tengah malam, kepada yang hendak rasa nikmat daging udang ini boleh la datang awal kerana dari dengar-dengar orang cerita, pergi lewat, lobster habis. - Siakapkeli.my