Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday, 6 November 2015

Unknown

DIDENDA RM100 RIBU LANGGAR KONTRAK BIASISWA TPM, LELAKI INI BANGKIT BUKA BUTIK MUSLIMAH SENDIRI



TPM
Mesti ramai antara korang semua yang mengharapkan bantuan biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) untuk menyambung pengajian kan?
Walaupun melanggar kontrak biasiswa tersebut dan didenda RM 100 Ribu, Nizam Yazid kini berjaya membuka butik muslimah sendiri. Kisah ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada mereka yang ingin bangkit daripada kegagalan.

Dapat biasiswa TPM, namun dugaan besar melanda..

Masa 2013 masa aku dalam sesi pengajian ni , ada beberapa DUGAAAN BESAR berlaku, so korang kena sedia secara zahir dan batin, sebabnya langit tak selalu cerah.
So antara DUGAAN tu adalah;
1. Aku nak Kahwin Sangat, jgn ckp poyo, tapi aku masa tu umur 25 tahun lagi, so nk kejar pahala sunnah. Kahwin tak salah, tapi ingat ko kene tanggung isteri lepas tu. Isteri pula tengah belajar lagi masa tu. Nak sangat kahwin, amek ko. Hehe
2. Mak Mertua meninggal setahun selepas kahwin masa dalam tempoh pengajian aku
3. Bapak Mertua kene serangan jantung, family di jb, aku belajar uitm shah alam, so aku kene selalu ulang alik shah alam – jb, sampai hancur kereta kelisa aku. Mmg research tak ada kelas, tapi mood ko belajar konon2 bila dekat dgn uitm shah alam
4. Adik bongsu aku kemalangan motor, aku anak laki yg tua dalam keluarga, so kene la balik jb , tengok dan amek tau hal adik aku, ayah pon kerja lagi. Adik aku patah kaki, dan kene operate masuk besi, dlm masa dua tahun Alhamdulillah makin baik
5. Kewangan yang semakin terhad nak sara keluarga atas dasar tanggungjawab, keluarga sendiri, keluarga isteri dan keluarga baru aku

BERANI GAGAL

So, atas semua sebab di atas, aku letakkan semuanya sebagai satu ALASAN peribadi aku GAGAL dlm pengajian aku. Masalahnya aku tak pandai bahagikan masa, tak prepare dengan baik dan mood belajar tu dah hilang lepas 2 tahun dah bekerja.
Jadi masa tahun ketiga tu, supervisor atau pensyarah yang pantau aku tu, dia dh bagi amaran sebab research aku tak ada kemajuan, dan aku tau aku dah tak boleh pergi jauh dah dengan pengajian . Dulu, masa aku belajar Ekonomi, aku selalu ingat pasal KOS LEPAS, iaitu Ko kena buat pilihan dari Dua perkara yg terbaik, ko kene pilih salah satu sbg pilihan utama ko dan pilihan kedua ko kena lepaskan. Jadi masa tu aku terus nekad, aku terpaksa gagal, dan berani utk gagal dalam pengajian

Surat Denda RM100 RIBU

LANGKAH PERTAMA
Jadi dalam tempoh pengajian tu aku mula buat research mengenai perniagaan di online. Mcm biasa la, kene pikir, apa nak niaga tu semua. Cari punya cari, aku berminat dalam perniagaan Fesyen Muslimah. Jadi apa yang aku buat, aku fahamkan apa erti perniagaan online, apa itu dropship, apa itu jenis kain, ukuran dan perkara2 berkaitan fesyen muslimah. Paling best, masa aku start jual , gadis2 yg nk beli tanya “ukuran tinggi saya 160cm, agak2 kalau baju ni 140 cm, sy muat tak? Sy takut singkat, kalau singkat susah, kalau labuh boleh potong” , jadi aku tak ada ilmu tapi ada usaha, aku pon google dulu tapi tak paham gak, aku try tanya orang, tp mungkin salah orang, so aku pon ambil pembaris aku, aku ukur kat kawan aku dari bahu ke kaki , so aku dapat lah labuh baju berapa, lepas tu aku ukur dr tengkuk ke ujung atas kepala tu berapa cm, so aku tambah kan dapat lah ketinggian,dr situ aku dapat formula sendiri mcm mana nk tentukan labuh baju dengan ketinggian yg sesuai.
Bermula dari situ, Aku bermodalkan RM120 (RM50 bayar upah logo + RM70 daftar SSM) , aku jadi dropship agent, dan berkat pertolongan Allah, usaha, tawakal dan tak berputus asa , Kini , perniagaan yg bernama GAYEKINISHA sudah hampir 3 tahun. Dari komisyen yg aku terima dari jualan baju tu, aku kumpul sedikit demi sedikit, dan aku mula menghasilkan keluaran baju sendiri sehingga hari ni.
PLOT PERNIAGAAN
Tahun pertama – Jadi Agent dropship, modal rendah, atau tak perlu keluar modal. Kumpul komisyen dan untung sedikit demi sedikit. Jualan secara online di instagram.com/gayekinisha (128K followers) dan facebook.com/gayekinishacollection (23K followers)
Tahun kedua – Mula buat produk baju jubah muslimah sendiri , mula masuk bazaar, dan bazaar raya , dan mula mencari agent dropship dibawah GAYEKINISHA
Bulan April 2016 kami menghampiri tahun ketiga perniagaan, Alhamdulillah kini aku dan isteri telah mempunyai Butik Pertama, di Seksyen 7 Shah Alam. ‘Terpaksa’ bukak butik sebab rumah yg kami sewa sekarang ni dah tak boleh tampung stock baju2 jubah muslimah kami.
Nama GAYEKINISHA adalah gabungan nama GAYE (bergaya) sebutan dalam JOHOR punya cara, Kini (terkini) dan SHA (Sharifah Hafiza Adibah) nama isteriku. Masih belum cukup Berjaya tapi Alhamdulillah aku masih berusaha bersama isteri dan berkat doa ibubapa , kami akan cuba kembangkan lagi EMPAYAR GAYEKINISHA

KESIMPULAN

Ini semua adalah cerita benar yang berlaku kpd diriku Mohd Nizam Bin Mohd Yazid, pelajar yg gagal dalam pengajian MASTER TPM, dan kini adalah PENGASAS kepada GAYEKINISHA (facebook.com/gayekinishacollection dan instagram.com/gayekinisha ) , kini, adalah menjadi kewajipan aku untuk melunaskan hutang RM100 ribu itu, dan itu merupakan AMANAH yang perlu aku tanggung dan bayar. Uitm pon tak kejam sangat, aku still kene bayar, Cuma bayar bulanan sebanyak lebih kurang RM850 sebulan selama 10 tahun. In shaa allah akan ku usahakan utk habiskan bayaran secepat mungkin.
Kpd kwn2 , atau korang semua yg nk berminat menyambung biasiswa tpm ni atau mungkin mana2 biasiswa lain, pastikan korang betul2 bersedia mcm aku pesan kat atas tadi. Jadi aku doakan la korang Berjaya in Shaa Allah, selamat Maju Jaya 

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.