Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday, 15 July 2015

norliyana suhaimi

Baju Raya Che Ta Bernilai RM4,000?

Sebelum ini timbul cerita mengenai persiapan baju raya pelakon dan pengacara popularRozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dimana kononnya pelakon ini dan keluarga telah menempah 60 helai baju untuk dipakai pada tahun ini. 



Baju Raya Che Ta Bernila RM4,000?

Terbaru, timbul pula gosip dimana Che Ta telah memuatnaik luahan perasaan hampanya di Instagram hanya disebabkan manik yang dijahit di busana rayanya tidak berapa kemas dan cantik walaupun dibayar dengan nilai RM4,000.

Namun perkara itu telah menjadi masalah apabila ada segelintir peminat Che Ta menjadikan isu tersebut punca perdebatan peminat di laman sosial tersebut.

Perbezaan pendapat dikalangan peminat Che Ta sendiri itu telah mencetuskan perdebatan walaupun aidilfitri tinggal beberapa hari lagi. Dan seperti biasa ada sebahagian peminat cuba untuk pertahankan apa yang dilakukan oleh pelakon itu walaubagaimana pun ada juga yang menyifatkan Che Ta sebagai seorang yang suka menunjuk-nunjuk. Berpunca daripada perbezaan pendapat itu, maka tercetuslah perdebatan menjelang Aidilfitri ini.-rotikaya

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.