Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday, 19 December 2014

Unknown

‘Dipakai’ bapa sendiri

Umairah tertekan dengan perlakuan bapa yang memperkosanya sejak kecil



KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya benar-benar membuatkan kaum wanita khususnya golongan ibu geram, sakit hati, benci, marah dan geli dengan perangai lelaki atau bapa yang berkelakuan seperti haruan makan anak.

Kisah ini diceritakan oleh seorang teman mengenai anak muridnya yang ditemui semasa mengikuti sebuah kursus. teman ini, Raziah (juga bukan nama sebenar), dia tidak pernah menyangka Umairah mengalami masalah yang begitu berat pada usia yang masih terlalu muda remaja, iaitu 18 tahun.

Katanya, Umairah, nampak seperti remaja lain cuma dia agak pendiam. Satu malam, selepas selesai makan malam, Raziah akan melayani kumpulan muridnya dan berbual-bual dengan mereka. hampir waktu untuk masuk tidur, Raziah pun mula hendak beredar, tiba-tiba Umairah mendekatinya dan berkata hendak berjumpa dengannya esok malam.

Hati Raziah mula berdebar-debar dan terfikirkan perkara buruk, namun dia tidak mendesak dan menunggu esok malam.

Keesokannya seperti dijanjikan, mereka berjumpa.

“Cikgu, saya mempunyai masalah yang sangat berat dan tidak tertanggung lagi. Sebenarnya cikgu, bapa saya telah ‘memakai’ saya sejak saya berumur lapan tahun sehingga sekarang.

“Emak tidak tahu dan saya tidak berani hendak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yang lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.

“Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.


“Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua orang anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada orang sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorang,” kata Umairah kepada Raziah.

Raziah terus bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yang berperangai seperti haiwan.

Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua orang anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yang melakukan pengguguran tersebut.


“Bukan saya sahaja yang menjadi korban ayah malah dua orang adik juga pernah cuba diperkosa, namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak.

“Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat isteri, anak-anak juga hendak dijadikan tempat pelampias nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah juga seperti kerbau dicucuk hidung,” ujar Umairah.

Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum itu lalu.


Dia terlihat bapa Umairah yang datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu.

Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai mengurut-ngurut belakang dan lengan anak dengan cara yang agak kurang manis.

Umairah pula dilihat amat tidak selesa dengan perlakuan bapanya dan cuba mengelak-ngelak.


Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis.

Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan.

Semasa polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak membantah langsung.


Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang menangkapnya.

“Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah Umairah.

Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.

 http://www.utusan.com.my
Unknown

Jangan Biarkan Anak Bermain Sendirian

Jangan biarkan Anak Bermain Sendirian
Jangan biarkan Anak Bermain Sendirian | Seorang ibu yang sedang sibuk mengurus rumah cemas apabila mendapati anaknya terbaring dalam keadaan yang amat mengejutkan. Anaknya yang sedang bermain sewaktu ketiadaan pantauan ibunya menjadikan punca perkara ini berlaku. Apa yang terjadi adalah diluar jangkaan ibunya. Ibunya segera mendakap anaknya.
Dinasihatkan supaya para ibubapa tidak cuai dalam memerhatikan anak-anak terutama ketika mereka ditinggalkan bersendirian.
Apa yang lebih memeranjatkan ibunya apabila menjumpai bukti yang menyebabkan anaknya begini.
-




-


-


-


-
Jangan biarkan Anak Bermain Sendirian 2
Jangan biarkan perkara ini berlaku pada anda. Jauhkan gincu dari kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan gincu anda sehingga terpaksa terima ‘PRANK’ oleh anak anda sendiri
Unknown

Punca Graduan Universiti Tidak Capai Kehendak Pasaran Pekerjaan & Jawatan Kosong di Malaysia?

Seramai 216,048 (56%) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca & Masalahnya?




Seramai 216,048 (56%) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca & Masalahnya?

Berpelajaran tetapi tiada jawatan kosong dan pekerjaan. Itulah ungkapan yang sesuai dengan nasib para graduan yang keluar berpuluh ribu saban tahun. Yang mana pencapaian agak serdahana, keluar sahaja tempoh pengajian selama lebih 3 tahun dan ke atas contohnya, keluar-keluar sahaja sudah memikul hutang sekurang RM15,000 dan ke atas berdasarkan kos di tempat pengajian masing-masing yang mereka pernah turunkan tandatangan akur janji sebelum ini.


Malangnya, “mimpi indah” yang diharapkan kalangan anak muda dan graduan universiti bagi mengisi jawatan kosong secepat mungkin, sebenarnya tidak semudah yang mereka sangkakan.Berdasarkan kajian yang dihasilkan oleh sebuah syarikat Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd melalui pengurusnya Sam Haggang mendapati :
graduan universiti
  • 3 daripada 5 graduan universiti akan mengambil masa lebih daripada 6 bulan bagi mengisi jawatan kosong yang ada di Malaysia. Bagaimana anak muda di sini? Setuju dengan kaji selidik ini?
  • Manakala 40% yang lain, mengambil masa lebih lama untuk mengisi jawatan kosong yang ada.

Punca Graduan Universiti Susah Isi Jawatan Kosong Sekarang?

Walaubagaimanapun, hasil kajian yang dihasilkan oleh Jobstreet menunjukkan di sini terdapat beberapa faktor menyebabkan ramai graduan universiti di luar yang masih menganggur. Antara puncanya ialah :
  1. pengangguran graduan universitiMasalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah : 56%
  2. Masalah sikap dalam diri yang teruk : 37%
  3. Mengharapkan gaji yang tidak realistik : 33%
  4. Kemahiran yang ada tidak berpadanan dengan kehendak pasaran : 30%
  5. Terlalu memilih kerja dan syarikat : 28%
  6. Tiada kemahiran menyelesaikan masalah : 26%
  7. Tahap pengetahuan yang lemah : 24%
Sedangkan majikan hari ini melihat dan menilai calon-calon yang dapat memenuhi kriteria seperti di bawah ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Manpower Inc. pada tahun 2008, antara lainnya ialah :
  1. Ada intergriti dan jujur
  2. Mampu memberikan hasil kerja dan kualiti perkhidmatan yang terbaik
  3. Berkebolehan berkomunikasi dengan efektif
  4. Dapat memastikan kepuasan pelanggan syarikat ditahap yang terbaik
  5. Memiliki motivasi yang tinggi
  6. Mampu melakukan kerja dan tugasan yang diberikan tanpa terlalu bergantung harap dengan orang lain

melihatkan kepada faktor masalah graduan universiti menganggur yang semakin bertambah saban tahun ditambah dengan kehendak majikan hari ini, terdapat “masalah yang terus bernanah” yang masih belum mampu dirawati sehingga ke hari ini kepada kalangan anak muda. Semuanya apabila Berita Semasa melihat kepada laporan International Student Assessment (PISA) yang menilai kepada kemahiran dan kekreatifan menyelesaikan sesuatu masalah pada tahun 2012 yang meletakkan :

Graduan universiti menganggur
  • Malaysia di tangga ke 39 daripada 44 negara
  • Anak muda di Malaysia dilihat tidak disediakan persekitaran yang kondusif dan juga tidak dilatih kemahiran yang benar-benar diperlukan di tempat kerja kelak
  • Daripada 100 anak muda di Malaysia, hanya 1 orang sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang paling kompleks berbanding 1 daripada 5 anak muda dari Singapore. Jepun dan juga Korea Selatan
Malah Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini telah mengariskan beberapa masalah yang perlu diselesaikan segera bagi meningkat tahap mutu pendidikan di Malaysia antaranya :
  • 93% daripada pemohon Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) berada di bawah tahap pencapaian minimum dalam akademik pada tahun 2010
  • 67% daripada guru-guru yang menduduki ujian “Cambridge Palcement Test” gagal mencapai tahap penguasaa yang diperlukan untuk mengajar Bahasa Inggeris pada tahun 2012
  • 50% daripada pengajaran hanya memfokuskan kepada pemahaman kandungan yang agak minimum berbanding mengalakkan anak murid berfikir secara kritis

Gaji Pekerja Malaysia Vs Pekerja Thailand, Singapore & Vietnam?

Gaji Graduan universiti
Dan Berita Semasa ambil contoh dalam industri ICT, hasilnya amat menyedihkan merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh PIKOM dan juta Portal Jobstreet pada Jun 2014 mendedahkan berlakunya jurang gaji dan pendapatan yang besar melibatkan profesional ICT di Malaysia berbanding negara-negara lain seperti China, Hong Kong, Vietnam, Singapore, Thailand.
Hakikatnya, profesional Malaysia dibayar pada gaji dan pendapatan yang rendah dibandingkan negar-negara Asia Pasifik yang lain pada paras antara 10% – 30% lebih rendah berbanding negara-negara jiran serantau kita. Apa pendapat anda pula, ada cadangan untuk menyelesaikan isu dan masalah ini? 
Unknown

5 Gambar Miss Afrika Selatan Dinobatkan Ratu Cantik Dunia 2014



Tahniah buat Afrika Selatan. Tahun 2014 tuah berpihak pada seorang gadis jelita dari Afrika Selatan yang telah dinobatkan sebagai ratu pada pertandingan akhir yang berlangsung di London, semalam. 

Miss Afrika Selatan, Rolene Strauss berusia 22 tahun ini telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia 2014 sekaligus dikalungkan selempang dan mahkota berkilauan dari Ratu Cantik Dunia 2013Megan Young dari Filipina

Strauss yang merupakan pelajar perubatan berjaya menduduki takhta pemenang sebelum diraikan dengan acara kemuncak bunga api di pusat pameran ExCeL di timur London. Manakala, naib juara pertandingan ini dianugerahkan kepada Miss Hungary, Edina Kulcsar dan pemenang ketiga Miss Elizabeth Safrit






Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 
Unknown

Bagaikan tidak percaya, selebriti-selebriti ini mempunyai wajah yang hampir sama. Pasti ada yang keliru yang mana satu artis kesayangan mereka.


Ada juga di antara selebriti ini yang sering ditujukan soalan yang sama mengenai wajah mereka yang seiras. 


Wawa Zainal dan Ayda Jebat
Ramai yang mengatakan bahawa pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat mempunyai wajah seiras Wawa Zainal. Dengan sekali pandang sahaja mereka lihat seperti adik beradik. 


Maya Karin dan Marissa Yasmin
Memang tidak dapat dinafikan lagi keirasan wajah Maya dan Marissa. Mereka juga digandingkan sebagai ibu (Marissa) dan anak (Maya) dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Marissa yang ketika ditemui tempoh hari ditanya mengenai hal ini berkata: “Ramai yang mengatakan bahawa muka saya seiras Maya dan awak adalah orang yang ke 100 berkata begitu,” ujar Marissa ketawa. 


Kavita Sidhu dan Raja Ilya
Kavita dan Ilya kedua-duanya dikurniakan wajah yang cantik. Jika dilihat gambar di atas, agak sukar untuk membezakan yang mana satu mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai ketinggian bak peragawati. 


Aeril Zafri dan Shafie Naswip
Aeril dan Shafie bukan sahaja memiliki wajah yang hampir sama, tapi kedu-dua mereka juga mempunya bakat yang besar dalam bidang lakonan. Jika dilihat, keirasan wajah mereka terletak di bahagian hidung dan di mulut. 


Zarina Anjoulie dan Lufya
Wajah mereka yang sama menyebabkan beberapa kontroversi timbul dan wujudnya perbalahan antara mereka. Zarina juga turut meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter mengenai hal ini kerana orang ramai sering memanggilnya dengan nama Lufya. 

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 

Unknown

10 Fakta Tentang Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis



Korang tengok tak perlawanan final pertama Malaysia menentang Thailand semalam? Walaupun skuad kendalian Dollah Salleh tumpas 2-0, namun apa yang lebih mencuri perhatian penonton ialah pemain no 7 Thailand, Charyl Chappuis. Lebih-lebih lagi para gadis yang menonton perlawanan semalam, melting terus!

Sesungguhnya kami memang memahami naluri dan kehendak pengunjung setia OHBULAN! ini terutamanya para gadis. Nah kami sediakan 10 fakta menarik tentang Charyl Chappuis! Tak payah susah-susah google.

Penjaring Gol Pertama Thailand Menentang Malaysia

Chappuis meletakkan Thailand 1-0 mendahului Malaysia menerusi jaringan sepakan penalti. Disebabkan Chappuis ini handsome jadi ia sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan penyokong wanita harimau malaya.


Berdarah Kacukan Mat Salleh

Baru berumur 22 tahun dan dilahirkan Di Kloten, Switzerland. Ayah Chappuis berasal dari Switzerland manakala ibu Chappuis dari Thailand. Patutlah muka ada iras mat salleh kan?


Pahit Untuk Ditelan,  Adakah Chappuis Gay?

Berdasarkan foto di bawah boleh dilihat Chappuis mencium pipi seorang jejaka lain. Adakah dia seorang gay? Tidak! Itu adik dia. Haha


Maaf Hati Saya Sudah Dimiliki – Chappuis

Buat gadis-gadis di luar sana, lupakan hasrat korang untuk memikat hati Chappuis sebab dia dah ada girlfriend! Orang putih lagi tau!


Kecil-Kecil Lagi Dah Power

Percaya atau tidak, Chappuis pernah mewakili pasukan Switzerland semasa remaja dan memenangi Piala Dunia Fifa bawah 17 tahun. Memang power dia ini.


230 Ribu Followers Instagram

Pemain Thailand ini mempunyai 230 ribu followers Instagram setakat ini. Pemain Malaysia ada ke macam ini? Berapa orang followers Mat Yo?


Fanclub Facebook

Terdapat banyak fanclub di Facebook yang menggunakan nama Chappuis. Rupanya memang ramai peminat mamat ini. Gadis-gadis Malaysia je yang baru perasan.


Muka Iras Cristiano Ronaldo!

Kalau korang perhatikan betul-betul muka Chappuis ini memang ada iras Ronaldo. Kalau muka dia cengkung sikit memang sebijik lah.


Miliki Banyak Kejuaraan Bersama Kelab

Menjuarai Thai Premier League, Thai FA Cup, Thai League Cup, dan Kor Royal Cup bersama dengan Buriram United di Thailand. Ingatkan muka je handsome, main bola pun power!


Impian Bermain Dengan Barcelona

Menerusi artikel yang dipetik daripada ESPN, Chappui mendedahkan keinginannya untuk kembali bermain di Eropah satu hari nanti.

"Saya mempunyai impian untuk bermain bersama dengan pasukan favourite saya, Barcelona tetapi saya tahu ianya mustahil."


Sumber: OhBulan

Wednesday, 17 December 2014

Unknown

MEMALUKAN !!! 5 Gambar Aksi Pelakon Wanita Bergaduh Di Set Tersebar.



Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!! Inilah beberapa keping gambar artis wanita iaitu antara Liza Abdullah dan Tengku Hanis di PWTC tengah hari tadi, yang menjadi viral di media sosial kerana dikatakan bergaduh tengah bekerja.

Alamak, apa pasal pulak diaorang bergadu hah..?


Saturday, 13 December 2014

Unknown

Video dan 6 gambar pasangan mengamuk simbah air ke muka pramugari


Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.

Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.










Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.

Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo.