Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Saturday, 19 July 2014

Melly Danish

ISRAEL MULAKAN SERANGAN SECARA BESAR-BESARAN TERHADAP PALESTIN


Disaat dunia mengalihkan pandangan kepada MH17, Israel Mulakan Serangan Secara Besar-Besaran Terhadap Palestin. Tadahlah tangan anda sekarang dan mari kita baca:

“Ya Allah ya Tuhanku, Lindungilah saudara kami di Palestin. Cucurilah rahmat kepada mereka yang terkorban dalam MH17. Amin ya rabbal alamin.”



Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari ini mengarahkan tenteranya untuk memulakan serangan darat di Gaza, kata satu kenyataan rasmi dari pejabatnya.

Saksi dari Reuters dan penduduk Gaza melaporkan senjata berat, ketenteraan laut dan serangan helikopter boleh dilihat di sepanjang sempadan Gaza.

"Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah mengarahkan IDF untuk memulakan operasi darat malam ini untuk menyerang pengganas dari Gaza ke Israel," kata kenyataan itu.

Kepulan asap kelihatan setelah Israel mengumumkan serangan darat - Gambar BBC

Dia berkata matlamatnya adalah untuk "mewujudkan satu realiti di mana penduduk Israel boleh hidup dalam keadaan selamat dan aman tanpa keganasan berleluasa yang berterusan, manakala memberi satu tamparan yang hebat kepada infrastruktur keganasan Hamas".

Serangan itu adalah selepas 10 hari Israel melancarkan serangan udara ke bumi Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestin.

Tentera Israel berkata Gaza telah melepaskan lebih 1,300 roket ke Israel, dan pegawai-pegawai kesihatan Palestin berkata 233 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tentera laut Israel. Seorang awam Israel telah dibunuh oleh serangan dari Gaza. -SiakapKeli.com

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.