Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Sunday, 20 September 2015

Unknown

Kemaluan ‘Hilang’ Dikerat Kekasih (lihat Video)




HANGZHOU – Seorang wanita bertindak memotong kemaluan teman lelakinya kerana dia enggan meninggalkan isterinya.

Mangsa, seorang ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Liu, berusia 50 tahun sebelum ini pernah berjanji untuk meninggalkan isterinya dan akan memulakan hidup baru bersama wanita itu.

Berang kerana janji yang tidak dikotakan selepas menunggu bertahun lamanya, suspek yang dikenali sebagai Zhang bertindak memotong kemaluan teman lelakinya itu.

Dia melakukan perbuatan kejam itu di sebuah bilik hotel di wilayah itu.

Menurut saksi yang juga kakitangan hotel berkenaan, lelaki berkenaan menjerit dan berlari keluar dari bilik dengan kesan darah.

Saksi turut melihat seorang wanita keluar dari bilik hotel berkenaan tidak lama selepas itu.
“Apabila masuk ke dalam bilik, saya menemui gunting dan alat sulit lelaki itu yang terputus,” katanya.

Ahli perniagaan itu dilaporkan belari keluar dari bilik dalam keadaan separuh bogel untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, menurut polis, wanita berkenaan gagal dikesan dan kini sedang dalam buruan polis.
Bagaimanapun, polis enggan mengulas sama ada alat sulitnya berjaya disambung atau tidak. – Metro.uk

















http://mynewshub.cc

Unknown

Allahuakbar ,Pampasan Berjumlah RM114 JUTA Seorang Bagi Mangsa Yang Terkorban Tragedi TREN - RAJA SALMAN







Sunday, 13 September 2015

Unknown

MESTI TAHU !!! Makna Disebalik Warna Air Kencing Anda Samada Sihat Atau Berpenyakit !!!



Warna air kecing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit. Warna, bau dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda. Di Sini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada sesorang.


 
Tidak Berwarna (Lutsinar) - Anda meminum terlalu banyak air.



Warna Pucat jerami - Anda sihat, kandungan air dalam badan cukup.


Kuning lutsinar - Anda Normal


Kuning gelap - Normal, tetapi anda perlu minum selepas ini.


Warna kuning madu - Anda kekurangan air, minum air sekarang.


Berwarna perang - Anda kemungkinan ada masalah hati (liver)


Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda ada makan bit, blueberri, atau klembak? Jika ya, ianya normal. Jika tidak, anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Segera jumpa doktor.



Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang, mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna. Ini tidak berbahaya , walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya ianya berterusan.




Warna Ungu - Gurau je, mana ada air kencing warna ungu.




Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin  disebabkan protein berlebihan pada diet anda. Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda. Segera jumpa doktor.
Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. jangan lupa klik "Share" di bawah untuk berkongsi info ini dengan rakan lain.  


Unknown

Seekor Singa Membunuh Seekor Babun, Apa yang Dilakukan Oleh Singa Itu Berikutnya Amat Mengejutkan !


Amazing.. Lihat si Pak Belang dengan si Baboon bergelut.
Semuanya bermula apabila dua orang jurugambar memandu di utara Bostswana

harimau dan babun

Dalam perjalanan mereka terserempak dengan sekumpulan babun kira-kira 30 ekor yang sedang bertempiaran melarikan diri. Babun-babun itu dikejar oleh seekor singa bertina. Malangnya, singa itu berjaya mengigit seekor babun. 

Dan apa yang berlaku berikutan tidak dijangka sama sekali oleh jurugambar-jurugambar tersebut.

Lagi sembilan gambar harimau dan babun yang tidak disangka dengan membaca entri ini sepenuhnya

harimau dan babun
Babun betina yang digigit telah mati, dan sewaktu singa itu mahu membawa pergi hasil buruan menggunakan rahangnya, seekor anak babun muncul dari badan babun itu. Rupanya ia masih bergatung pada badan ibunya

harimau dan babun

Anak babun itu cuba memanjat pokok, namu terlalu lemah. Singa betina mula mendekati si anak babun. Saat berikutnya, sepatutnya sesuatu yang agak mengerikan. Bukan?

harimau dan babun
Apa yang mengejutkan, singa betina hanya menunjukkan sedikit kecurigaan kepada anak babun yang ketakutan. Ia kemudiannya mula bermain dengan si anak babun.

Anak babun itu tercedera dan masih lemah selepas apa yang berlaku. Pada waktu ini jurugambar merasa ngeri kerana memikirkan yang anak babun itu mungkin akan menjadi hidangan tengahari.

harimau dan babun

Tetapi.... sebaliknya berlaku

harimau dan babun

Singa betina mendekati dan duduk di hadapan bayi babun. Dia menepuk lembut badan anak babun itu.

harimau dan babun

Anak babun tidak lama kemudian mula respon, dan memeluk dada singa betina.

harimau
Pada satu ketika, singa-singa lain mula mendekati mereka. Singa betina tadi mula agresif, seolah-olah cuba mempertahankan anak babun telah menghalau singa yang lain.


babun
Sementara itu, di pokok berdekatan bapa babun memerhatikan kejadian itu. Menunggu masa yang sesuai untuk menyelamatkan anaknya.

babun

Sebaik saja perhatikan singa-singa mula beralih, bapa babun menangkap anaknya dan menarik anak itu ke atas pokok.

Pengakhiran sempurna untuk sebuah cerita yang mendebarkan..bukan?

Friday, 11 September 2015

Unknown

Keluarga Daripada Arab Pesan Kek Berharga RM322 Juta Untuk Majlis Hari Jadi Dan Pertunangan Anak




London: Ketika dunia arab kini dikritikan kerana gagal membantu ratusan ribu pelarian Syria yang menggadaikan nyawa menyeberangi lautan untuk ke Eropah bagi menyelamatkan diri kini timbul pula satu laporan mengenai seorang jutawan dari negara Timur Tengah memesan kek bernilai £48.5 juta (RM322 juta).

Kek tersebut ditempah kepada seorang pereka terkenal Debbie Wingham, 33, di mana ia dikatakan merupakan kek termahal di dunia.

Wingham yang pernah menghasilkan pakaian paling mahal di dunia dengan harga £11.5 juta (RM76 juta) yang dibuat daripada berlian hitam dan merah kini telah menceburi bidang pembuatan kek.


Dia bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat pelanggannya itu kerana terdaapt perjanjian antara mereka dengan cuma memberitahu beliau adalah seorang jutawan yang kini menetap di Emiriah Arab Bersatu(UAE).

Menurut perjanjian antara mereka, Debbie tidak dibenarkan mendedahkan nama pelanggannya.

Kek itu dipesan lelaki Arab berkenaan untuk anak perempuannya sempena hari jadi dan juga hari pertunangannya.

Kek sepanjang 6 kaki ini direka berbentuk model sedang melakukan aksi Catwalk dengan menggayakan busana yang pernah dihasilkan oleh Ms Wingham sendiri sebelum ini. - 
Sumber : Siakapkeli.my