Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Wednesday, 15 July 2015

Unknown

Pekerja Ini Sedang Membaiki Jalan ,Tetapi Apa Yang Ditemui Sangat Luar Biasa Dan Menggemparkan Orang Ramai !!!




Sekumpulan pekerja yang sibuk memperbaiki sebatang jalan rosak di bandar raya Heyuan, wilayah Guangdong, terkejut apabila menemui puluhan telur dinosaur....

Penemuan sebanyak 43 butir telur haiwan prasejarah itu, termasuk 19 daripadanya masih kukuh, kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa wilayah di samping pakar purba yang kemudian bergegas ke lokasi tersebut...

Setelah diteliti, kesemua telur itu dianggarkan berusia antara 65 juta hingga 230 juta tahun, atau secara tepat ketika zaman Mesozoic; tempoh haiwan dinosaur besar sepertiTyrannosaurus menguasai planet Bumi....


Pakar arkeologi, Du Yuanli, yang menyelia sebuah muzium tempatan menjelaskan, puluhan telur itu dipercayai berasal daripada 14 jenis fosil berbeza dengan saiz ukuran paling besar memiliki diameter 13 sentimeter....

“Kami masih meneliti untuk memastikan usia sebenar dan spesies telur-telur itu, kerana ia dijumpai di batuan pasir merah bawah tanah, dalam lingkungan tempat telur-telur dinosaur sering ditemui,” kata beliau....



Heyuan juga dikenali sebagai ‘titik panas’ fosil dinosaur termasuk tulang belulang, jejak kaki dan puluhan telur haiwan primitif raksasa itu kerap dijumpai di beberapa lokasi di sekitar bandar raya tiga juta penduduk tersebut....

Yuanli turut meminta penduduk agar lebih berwaspada jika mereka menemui apa-apa fosil haiwan purba, bahkan meminta mereka segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak pemerintah.
Dianggarkan sejak 20 tahun lalu, lebih 13,000 butir telur dinosaur ditemui di Heyuan yang dalam bahasa Mandarin bermaksud, punca air sungai; sekali gus membuktikan kawasan itu memang habitat haiwan purba....



Pada 2004, Muzium Fosil Dinosaur Heyuan mencatat sejarah dalam buku Guinness World Records apabila diiktiraf menyimpan koleksi telur dinosaur dengan jumlah terbesar di dunia: 10,008 butir..

Thursday, 30 April 2015

Unknown

PESTA KEAGAMAAN YANG KEJAM PUNCA TERJADINYA GEMPA BUMI DI NEPAL??






Sebelum gempa bumi Nepal yg meragut 1400 manusia...satu pesta keagamaan hindu telah berlangsung seminggu sblm gempa berlaku dimana pesta itu disambut dgn membunuh 1500 ekor kerbau..ayam dan haiwan lain yg disambut 5 tahun sekali..haiwan ini diatur dan dihacked to death dan bukan bertujuan utk dimakan tapi sebagai offering to the Gods. My view is...only human create the culture n label it as being holy....the cries n suffering of these poor creatures sampai ke langit 7..never underestimate gods way of showing us mere humans. hanya yg berkuasa yg maha mengetahui.


Inilah berita yang admin terima melalui whatsapp hari ini. Mungkinkah? Tetapi selepas admin google dan terjumpa di sini bahawa gambar tersebut telah dimuatnaikkan di internet sejak tahun 2014 dan di sini pula pada tahun 2013 (merujuk kepada gambar yang sama). Walau bagaimanapun upacara tersebut akan di adakan pada setiap lima tahun sekali.







Nepal: Lebih daripada 250,000 haiwan di kumpulkan untuk penyembelihan sebagai memulakan perayaan agama selama dua hari di mana kerbau, burung dan kambing yang dikorbankan untuk dewi Hindu. Berjuta-juta penganut Hindu berduyun-duyun ke majlis itu, yang diadakan setiap lima tahun di kuil Gadhimai, dewi kuasa, di Bariyarpur, Nepal, berhampiran sempadan India.

Kali terakhir festival itu telah diadakan, pada tahun 2009, lebih daripada 250,000 haiwan dikorbankan. Aktivis hak asasi haiwan seperti PETA yang berkempen untuk menghentikan pengorbanan haiwan-penyembelihan, tetapi walaupun mereka berusaha, penganjur festival itu telah berjanji bahawa tahun ini akan menjadi yang terbesar lagi.


Walau apa pun manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi hamba Allah yang soleh. Berbuat baik kepada haiwan adalah tugas seorang khalifah. Ingatlah, binatang yang kita berbuat zalim ini akan menuntut haknya di akhirat kelak. Wallahualam.  

Monday, 10 November 2014

Unknown

28 Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda


PERSANDINGAN


28 Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda | Majlis istiadat diraja persandingan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Che Puan Khaleeda bermula pada pukul 9.20 malam dengan keberangkatan masuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris

Majlis diikuti pila dengan keberangkatan masuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom.

Selepas itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching dilihat melangkah masuk ke dalam dewan diikuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Antara barisan kehormat yang turut memeriahkan majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Di kesempatan ini, Katak Comel ingin mengucapkan jutaan tahniah buat TMJ dan isterinya dan mendoakan agar perkahwinan mereka ini kekal hingga ke jannah. Luaskan Kuasamu!

Apa pun, mari kita terjah beberapa gambar majlis istiadat Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. Selamat berhujung minggu dan ong gedek gedek

























































Wednesday, 29 October 2014

Unknown

Pasangan Kantoi Memadu Asmara Dalam Kereta




KULIM : Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di perkarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.

Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.

Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.

Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.

Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya. – Sinar Harian

Friday, 26 September 2014

Unknown

Menarik.. Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik...




Pada peringkat umur 1-3 tahun, kanak-kank sering didedahkan dengan pensil warna, alat tulis untuk memharikan mereka dengan alatan tulis tersebut. Pada peringkat umur itu juga kanak-kanak belum kemampuan untuk melukis atau menulis sesuatu bentuk atau tulis lukisan dan mereka lebih melakukan contengan.

Siapa yang menyangka contengan oleh seorang kanak-kanak kecil boleh menjadi lukisan artistik? Itulah yang dilakukan Ruth Oosterman terhadap hasil lukisan anaknya berusia 2 tahun. 

Hobi kreatif Ruth tersebut bermula saat anak perempuannya, Eve, mencari pen milik si ibu dan selalu menggunakannya. Agar sesuai dengan dakwat pen itu akhirnya Ruth menggunakan cat air sehingga hasilnya seperti kaligrafi. "Dakwatya lebih mudah menyatu dengan warna yang ku pakai dan menambah ketebalan," katanya. 

Sejak itu akhirnya Ruth dan Eve "bekerjasama" dalam menghasilkan karya seni mengagumkan. Eve akan menggunakan pen dengan dakwat hitam untuk mencoret sesukanya lalu diambil alih oleh ibunya untuk diwarnai dan disempurnakan. Baginya, bersama Eve membuatnya semakin kreatif dan merasakan lagi dunia kanak-kanak yang spontan. 

"Eve suka sekali boleh memilih gambarnya dan membantu saya memilih warna yang sesuai," kata Ruth. "Suatu waktu ia pernah melihat rakaman video kami mengerjakan lukisan dan ia menontonnya berulang-ulang." 

"Dengan semakin beranjak dewasa kita menganalisa segala sesuatu dan tidak lagi bebas," katanya lagi. "Kerana itu aku melukis dengan cepat gambar yang dipilih Eve. Semua yang saya kerjakan selesai 30-60 minit sehingga aku tidak akan sempat berfikir dua kali untuk membuat pilihan lain."








Sumber daripada Dairishare.blogspot.com

Tuesday, 9 September 2014

Unknown

12 GAMBAR MENARIK GABUNGAN FILEM TERNAMA DAN LOKASI PENGGAMBARAN MEREKA



FILMography ialah projek seni yang dijayakan oleh Christopher Maroney yang menggabungkan lokasi penggambaran filem dengan babak dari filem itu sendiri. Kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar dari siri ini sila ke laman FILMography.

Agak menarik dan kretif yer dak..??