Wednesday, 7 September 2016
malaysia
Yeke ke makan kicap buat parut jadi hitam?
"Jangan makan kicap, nanti luka buruk ,jadi hitam."
Nasihat tersebut selalu kita dengar dari mulut orang tua - tua kan? Dan disebabkan dah jadi petua dan pantang larang ramai yang anggap kalau makan kicap parut jadi hitam.
Tapi betul ke kicap punca luka hitam? Baca keratan akhbar Harian Metro ni.
Mitos : Makan kicap ketika ada luka pembedahan, kudis atau nanah boleh menyebabkan bekas luka berkenaan menjadi hitam.
Fakta: Tiada kaitan antara warna makanan dengan bekas luka dan makanan yang diambil kerana apa yang kita makan meresap ke dalam darah melalui perut dan usus. Ia tidak memberi kesan terhadap luka, misalnya kicap berwarna hitam akan menyebabkan luka hitam.
Betul Ke Makan Kicap Buat Parut Jadi Hitam?
"Jangan makan kicap, nanti luka buruk ,jadi hitam."
Nasihat tersebut selalu kita dengar dari mulut orang tua - tua kan? Dan disebabkan dah jadi petua dan pantang larang ramai yang anggap kalau makan kicap parut jadi hitam.
Tapi betul ke kicap punca luka hitam? Baca keratan akhbar Harian Metro ni.
Mitos : Makan kicap ketika ada luka pembedahan, kudis atau nanah boleh menyebabkan bekas luka berkenaan menjadi hitam.
Fakta: Tiada kaitan antara warna makanan dengan bekas luka dan makanan yang diambil kerana apa yang kita makan meresap ke dalam darah melalui perut dan usus. Ia tidak memberi kesan terhadap luka, misalnya kicap berwarna hitam akan menyebabkan luka hitam.
Tuesday, 6 September 2016
Safiey Ilias Mengaku Kembali Menjadi Mak Nyah, Penat Jadi Baik.
Nama Safiey Ilias tiba-tiba menjadi sebutan tidak lama dahulu kerana keputusannya untuk berhijrah daripada seorang maknyah untuk kembali ke pada fitrah.
Malah, keputusannya itu disambut baik dan disokong penuh seluruh rakyat Malaysia hingga menjadi viral.
Namun, penghijrahannya tidak bertahan lama apabila kini Safiey mengakui dirinya telah kembali menjadi pondan dan telah penat untuk menjadi baik.
Rata-rata netizen mengecam keputusan yang dibuat Safiey malah menggangapnya mempermainkan agama untuk meraih perhatian demi perniagaannya.
Assalammualaikum semua . Sebelum tu saya nk mintak maaf andai posting ni panjang lebar . Cuma ini luahan saya .
.
Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah . Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai . Saya jadi pondan org hina , saya jadi lelaki pun org hina dan org pertikai . Ada yg kata saya tunggang agama , ada yg kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari . 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tp kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya . Saya dh jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya . Entah lah . Saya fedup .
.
Terus terang cakap saya penat sgt2 dan tak tahu nk tuju kemana lagi untuk bawak diri . Setiap apa yg saya lakukan semua org masih tak puas hati . Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dgn pelbagai kata2 hinaan . Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni . Sumpah saya penat sgt2 . Sana sini org fitnah , dan org tak habis2 kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes . Memang agaknya korg tak boleh pisahkan dua benda ni drpd saya . Maaf tapi bisnes saya dh meletops 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi . Tak perlu nk ckp saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down , nak bayar Hummer tak boleh bayar , saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup , dan bermacam lagi dakwaan lain . Saya penat lah dengan semua ni . Saya tak penah ada masalah kewangan !
.
Saat ni , hari ni , saya betul2 nak mintak maaf dkt semua followers saya yg mengkagumi saya tak kesah lah atas apa jua sebab sama ada pghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya , saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dh terlalu penat melalui dugaan yg tak pernah putus2 . Saya dh penat nak layan dan hadap tohmahan korg semua bila saya jadi baik pun org bercakap . Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya .
.
To all my family , saya mintak maaf sgt2 sebab kecewakan harapan akak2 saya dan mak ayah saya . Tak perlu lah nk libatkan mereka dalam keputusan yg saya ambik hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa . Tak perlu libatkan mereka apa2 dan tak perlu nak blame mereka mcm korg blame saya . Keputusan saya ni biarlah saya yg tanggung dan biarlah saya yg hadap . Hanya family yg tahu apa yg saya lalui .
.
Kepada kawan2 saya terutama Harry Zulkifli , aku harap ko terus tabah dan istiqomah dalam penghijrahan yg berliku dan pedih ni . Maafkan aku sebab tarik ko berhijrah dlu tp aku yg terkandas dlu . Aku dh pnat sgt2 dan ko sendiri yg tahu apa aku lalui . Teruskan melangkah dan doakan aku .
.
Kepada Sheikh Sulaiman , Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha , maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni . Korg baik sgt2 dan sentiasa beri moral support pada saya . Thanks u jugak kepada org kuat Al Hijrah yg mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi . Thanks u juga pada ustaz2 dan Daie Wan Dazrin sebab whatsapp saya tadi . Maafkan saya buat anda semua kcewa .
.
Akhir kata , doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yg sebaik baiknya . Thanks u sangat2 sebab korg sentiasa mendoakan saye . Harap Allah beri ruang untuk saya .
.
So sorry sahabat2 semua . Saya penat . Lepasni korg nk cakap apa korg cakap lah saya dah tak kesah . Now saya buktikan kpd korg semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah ! Stop cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit . Perlaking saya meletops dlu sebelum saya berhijrah lagi . Biarlah saya menjadi diri saya sendiri . Kalau nk viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa2 dah pasal isu ni . Org dh jadi jahat dan jahil , nk ckp apa pun cakap lah dh memang kita jadi jahat .
.
Ig ni ig betul saya . Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers . Pelik2 korang ni . Saya give up . Sorry again . Wasalam . Nite - Safiey Ilias
[GEMPAR] Sofea Ilias Kembali kepada "Fitrah" Asal
Awal tahun 2016 yang lalu, laman-laman media sosial di Malaysia dipenuhi dengan berita penginsafan seorang mak nyah yang katanya telah mendapat hidayah dan ingin kembali ke pangkal jalan.
Berita penginsafan Sofea Ilias yang merupakan seorang usahawan barangan kosmetik ini mendapat liputan meluas media tempatan dan Singapura yang rata-ratanya memuji tindakan maknyah ini yang dilihat berani dan patut dijadikan teladan kepada golongan-golongan maknyah dan pejuang-pejuang LGBT tempatan dan luar negara.
Namun, seperti kad prabayar, ianya tidak mampu bertahan lama dan turut mempunyai tarikh luputnya.
Hari ini, Sofea Ilias telah memuatnaik sekeping gambar lama ke dalam laman Instagram beliau. Gambar beliau berambut panjang berwarna kekuningan menggayakan long dress berwarna kelabu ini turut diserta kapsyen yang ditulis khas kepada peminat-peminat beliau.
Tidak lama selepas itu, Sofea turut memuatnaik sekeping gambar yang merupakan screenshot perbualan di antara beliau dengan keluarga beliau.
Difahamkan, Sofea kini berada di Korea Selatan untuk bercuti dan setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Sofea sendiri samada status yang dimuatnaik di laman Instagram beliau adalah original ataupun telah digodam dan diharapkan Sofea Ilias menjadi lebih tabah dan tidak berputus asa untuk menjadi seorang lelaki. Anda wira kami!