Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday 30 April 2014

Unknown

AWAS! Pengguna Telefon Bimbit! BACA DAN SEBARKAN PENDEDAHAN INI

 


 Anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang



Telefon dan keadaan tangan mangsa


Seorang kanak-kanak maut apabila telefon bimbitnya meletup. Mangsa mengalami kecederaan yang sangat teruk di bahagian pipi dan tapak tangan kanan.



Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu dikatakan menjawab panggilan dari telefon bimbit yang sedang dicas. Sewaktu menjawab panggilan tersebut, telefon bimbit berkenaan bergetar dengan kuat lalu baterinya meletup mengakibatkan pipi dan tapak tangan mangsa terbakar.

Tuesday 29 April 2014

Unknown

Kejutan..Lisa berpisah dengan Yusry

 


Telah melayari bahtera rumah tangga selama dua tahun bersama Yusry Abdul Halim ternyata kesibukan dalam tuntutan tugas sebagai artis membuatkan pasangan ini terpaksa ‘berpisah’.
Sekurang-kurangnya buat ketika ini, kata Lisa Surihani. Masakan tidak, kalau Yusry sibuk dengan kerja-kerja produksinya, Lisa juga tidak menang tangan dengan aktiviti seni.

Terbaru Lisa yang dipilih sebagai hos HBO Sentral dalam Bahasa Melayu sedang menjalani penggambaran filem muzikal, Sinaran arahan Osman Ali di Singapura.

“Saya memang agak sibuk ketika ini, memang agak sukar untuk berjumpa dengan Yusry kerana dia pun sibuk dengan urusan pasca produksi filem terbarunya, Cicakman 3.
Unknown

mencari Harta Karun Di Pulau Nangka Melaka

 




Di Pulau Nangka, Melaka - Kerja-kerja menebuk bongkah batu dipercayai pintu tempat tersimpannya harta karun peninggalan Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka di sini sudah mencapai tahap 90 peratus.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, usaha yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. itu dijangka selesai hujung bulan ini.


Menurutnya, buat masa ini, syarikat tersebut masih lagi menjalankan kerja-kerja penebukan lubang berkenaan yang dikatakan laluan ke tempat simpanan harta karun bernilai berbilion ringgit itu.
Unknown

Pontianak Jalan Sungai Ular?

 

Pontianak Jalan Sungai Ular?
Lembaga putih yang dipercayai pontianak itu biasa dilihat di sini.
Pontianak Jalan Sungai Ular?
Jalan Sungai Ular ini amat digeruni pengguna pada waktu malam kerana gelap dan menyeramkan.
SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Monday 28 April 2014

Unknown

Wajah terkini Nasha Aziz yang agak menakutkan

 


Wajah terkini Nasha Aziz yang agak menakutkan - Apa dah jadi dengan wajah
 pelakon jelita, Nasha Aziz? Lain macam je penulis tengok pula. Dia buat 
pendedahan ke ni atau sekadar make-up je?

Dua keping foto di bawah penulis ceduk dari akhbar utusan malaysia
 menerusi artikel hiburan terbaru mereka berjudul Erti Cinta Nasha
Kalau dulu, kecantikan Nasha nampak natural namun macam dah berubah 
pula sekarang, pada ketika usianya semakin meningkat.




Unknown

Bekas kekasih Lisa Surihani [5 Gambar]

 


ztt
Gambar bekas kekasih Lisa Surihani – Memang kacak dan macho sungguh bekas kekasih kepada pelakon Lisa Surihani sebelum mereka berpisah beberapa tahun lalu. Kini harapan untuk memiliki Lisa oleh mana-mana lelaki lain di luar sana sudah tertutup rapat kerana dia kini sah jadi isteri kepada pengarah tersohor, Yusry Abdul Halim.
Apapun, jom layan beberapa keping gambar mesra Lisa dan bekas kekasihnya. Mereka sememangnya padan dan berkongsi minat sama namun oleh sebab tiada jodoh maka hubungan mereka putus di tengah jalan.
Unknown

[SINARHARIAN] maut langgar penghadang TOL

 




Keadaan kereta mangsa yang rosak teruk akibat merempuh pengadang tol.

KAJANG – Seorang pemandu maut apabila kereta jenis Peugeot yang dipandunya merempuh pengadang Tol Kajang Selatan, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Ketua Operasi, Mustaza Paijan berkata, mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman manakala kereta miliknya rosak teruk di bahagian depan.

“Mangsa patah kaki kerana tersepit di stereng dan darah keluar dari hidung dan telinganya.

“Kita menggunakan peralatan hidraulik cutter bagi membuka pintu kereta dan telescopic untuk merenggangkan dashboard bagi mengeluarkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan makluman awal dari salah seorang pekerja tol di situ, mangsa dipercayai memandu laju sebelum merempuh pengadang tol berkenaan.

Sunday 27 April 2014

Unknown

8 Gambar Peserta Pondan Miss

 



Seperti yang diketahui, Thailand merupakan salah satu daripada negara di dunia yang dilihat sangat menyokong pergerakan transgender atas dasar hak asasi manusia.

Di atas sebab itu juga, setiap tahun, negara Gajah Putih itu akan mengadakan pertandingan ratu cantik pondan Miss Tiffany yang mengiktiraf kecantikan golongan terbabit.

Kecantikan peserta yang terpilih dilihat sangat cantik malah tidak kurang juga mengatakan kecantikan yang dimiliki mereka mengalahkan wanita tulen!

Di bawah merupakan foto-foto finalis Miss Tiffany 2014 yang bisa mengegarkan pentas ratu cantik pondan di Thailand, sekadar untuk mencuci mata anda di hujung minggu ini!

Jangan tertipu ya!- SiakapKeli.com
Unknown

2 ABANG DURJANA #RATAH ADIK KANDUNG SEJAK 10 TAHUN YANG LALU TERBONGKAR

 


ALOR GAJAH: 2 beradik lelaki layak digelarkan sebagai 'abang durjana' kerana sanggup melampiaskan #nafsu terhadap adik kandung sendiri sejak 10 tahun yang lalu secara bergilir-gilir.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila gadis malang 19 tahun itu nekad melarikan diri dari rumah mereka dan mendapatkan bantuan dari jiran untuk membuat laporan polis.

Gadis malang yang tidak bekerja itu dipercayai #diratah oleh kedua-dua abangnya secara bergilir-gilir semenjak usia 9 tahun pada waktu ibu bapa mereka tiada di rumah.

Selama 10 tahun mangsa tidak berani menceritakan peristiwa hitam itu kepada sesiapa kerana mangsa diugut akan dipukul jika mendedahkan perbuatan keji abangnya itu.

Perbuatan jijik itu berterusan sejak pertengahan 2005 juga mengakibatkan mangsa mengandung beberapa kali dan mengalami keguguran tanpa pengetahuan orang tuanya.

Tidak tahan melihat wajah dua abang durjananya itu, mangsa sering keluar dari rumah setiap kali mereka berada di rumah.

Saturday 26 April 2014

Unknown

Isteri Fizz Fairus [5 Gambar]

 



5 Gambar Almy Nadia selamat bergelar isteri Fizz Fairus – Tahniah kepada pelakon terkenal, Almy Nadia yang kini sah bergelar isteri kepada Fizz Fairus, juga pelakon lelaki popular dengan sekali lafaz di kampung halaman pengantin perempuan di Pulau Pinang.
Unknown

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan

 


Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.



Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Friday 25 April 2014

Unknown

4 Gambar Kubur Jenazah Penyakit Kanser Bercahaya

 
Kubur Jenazah Penyakit Kanser Bercahaya

4 Gambar Kubur Jenazah Penyakit Kanser Bercahaya | Seorang wanita bernama Haslinatul Adzlin yang meninggal dunia akibat menghidap penyakit kanser telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Changkat Jering, Perak.
Menerusi sebuah fanpage facebook, kubur jenazah penyakit kanser berkenaan dikatakan bercahaya sewaktu jenazah yang merupakan seorang pesakit kanser hendak dikebumikan.
Unknown

Punca sebenar Rozita Ibrahim tidak lagi berpurdah

 


Punca sebenar Rozita Ibrahim tidak lagi berpurdah - Ramai mengetahui Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi telah berpurdah sejak tiga tahun lalu selepas mendapat hidayah dan mahu mengelakkan sebarang fitnah.

Kisah menarik itu mendapat respon positif dari rakan-rakan muslim lain termasuk kalangan blogger-blogger tempatan. Buat yang tidak tahu, Rozita pernah hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) yang diadakan beberapa bulan lepas.

Di majlis tersebut, beliau sempat berkongsi kisah dan pengalamannya mendirikan perniagaan sendiri walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang tidak dijangka.



Terbaru, menerusi lama blog rozitaibrahim, Rozita telah berkongsi sebab dan punca sebenar mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berpurdah. Menurut wanita berusia 41 tahun itu, tidak mudah sebenarnya untuk beliau berhenti berpurdah serta-merta namun atas nasihat tiga orang yang arif tentang agama, Rozita akhirnya berhenti juga berpurdah.

Mari baca penjelasan panjang lebar Rozita Ibrahim, pengasas syarikat kecantikan Sendayu Tinggi tentang sebab dan punca sebenar beliau tidak lagi memakai purdah.
Unknown

[PANAS] Rebecca Nur Islam mengamuk gara2 isu baju Teletubbies

 
Minggu ini ramai sungguh selebriti yang bercerita mengenai dosa dan pahala. Satu perkembangan yang sihat kerana kelihatan usaha untuk mereka belajar lebih mendalam mengenai agama Islam. Rebecca Nur Islam yang sebelum ini dikecam kerana memakai pakaian sendat dan bertudung, tampil memaklumkan penyebaran gambar miliknya itu menyebabkan masyarakat mendapat dosa percuma.
rebeca nur islam
Sebenarnya Abang Nara agak pelik juga kerana sebelum ini Rebecca Nur Islam ada memaklumkan yangdia sudah menjual kesemua baju seksi miliknya. Ini bermakna baju merah ketat ala-ala “Teletubbies” ini mungkin baru dibeli olehnya. Menerusi akaun Instagramnya, Rebecca menulis:-
Unknown

[HIBURAN] Fasha disahkan mengandung ank ke-2, bln

 

Pejam celik pejam celik, anak sulung Fasha Sandha dan Jejai iaitu Putra Rayfal telah pun berusia setahun. Cepat sungguh masa berlalu. Majlis sambutan hari jadi cahaya mata suami isteri ini telah pun diadakan baru-baru ini. Terserlah kemeriahannya. Antara tetamu yang hadir ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K.
hari jadi putra rayfalTidak lama lagi, Putra Rayfal bakal bergelar seorang abang. Seperti yang kita tahu, Fasha Sandha kini sedang hamil anak kedua. Kehamilannya baru sahaja mencecah 3 bulan. Menerusi akaun Instagramnya, Fasha telah berkongsi gambar “scan” anak keduanya. Semoga membesar dengan sihat sehingga hari kelahiran kelak.

Thursday 24 April 2014

Unknown

'Halkum' Kekasih Shahz Jaszle Jadi Bahan Lawak! [6 Gambar]

 


Rasanya ramai yang tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa aktor Shahz Jaszle sudah pun memutuskan pertunangannya dengan Redzwani Puteri. Malah, apabila Shahz Jaszle dilaporkan mempunyai teman wanita baru, sikitpun kami tidak hairan.


Unknown

[ Hot ] 5 Gambar Aidil dan Zarema " HONEYMOON " di Thailand !

 




Masih belum terlewat untuk ucapkan " Happy Honeymoon " kepada Kapten Bolasepak Harimau Malaya Aidil Zafuan dan isteri Zarema Zainal, mereka sah bergelar suami isteri pada 14 March lalu, namun masa membataskan mereka berdua untuk berbulan madu di hari bahagia mereka.

Aidil terlalu sebuk dengan pasukan nya Johor Darul Takzim dan Harimau Malaya, jadi mereka tiada masa lagi untuk berbulan madu.

Kini liga Malaysia berehat seketika Aidil dan Isteri mengambil kesempatan untuk berbulan madu di Thailand anatara tempat yang mereka kunjungi adalah " Krabi " , jom lihat gambar-gambar mereka semasa " Honeymoon" tersebut.
Unknown

8 Gambar: Gadis Maut Terjun Bangunan Di Terminal Bas Seremban Sempat Senyum Pada Saksi

 
SEREMBAN: Seorang gadis maut selepas dilaporkan terjun dari tingkat 6 bangunan Terminal Bas Seremban petang tadi.

Mangsa dalam lingkuan umur 30-an yang sedang mengandung mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Menurut saksi yang melihat di tempat kejadian, Mohd Sofian Roslan, 22, beliau ternampak mangsa yang memanjat tiang penghadang di tingkat 6 parkir terminal berkenaan.


Unknown

[HIBURAN] Masih ada yang sudi

 

'Masih ada yang sudi...'

JIKA penghujung tahun lalu, pelakon veteran, Wan Maimunah memilih untuk kembali berdua, kini giliran Mak Mah pula.

Baharu sahaja melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya pada 19 April lalu, ibu kepada pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramli, ini akan disatukan pada 17 Mei depan.

Walaupun bakal mengulangi detik bahagia ini di usia senja, namun Mak Mah atau nama sebenarnya, Ruminah Sidek, 68, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja untuk kembali berumah tangga.

"Alhamdulillah, akhirnya ALLAH SWT memperkenankan doa-doa Mak selama ini yang memerlukan teman untuk meneruskan sisa usia. Walaupun Mak sering jadi nenek kebayan, namun masih ada yang sudi...

"Mak sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan lelaki yang boleh membimbing Mak mempelajari agama, teman untuk beribadat, berbual bicara dan ada ketika sakit demam.
"Walaupun Mak ada 10 anak, namun mereka mempunyai keluarga sendiri untuk diuruskan. Sesungguhnya jodoh, pertemuan dan ajal itu di tangan Yang Maha Kuasa," katanya yang kini berusia 68 tahun.

Menurut Mak Mah, perkahwinannya itu akan berlangsung di rumah abang iparnya yang terletak di Taman Berkat, Meru, Klang.
Unknown

[SINAR HARIAN] Lelaki bernafsu songsang terima padah

 





Suspek (tengah) dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.

GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.

Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.

“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan.

“Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri.

Wednesday 23 April 2014

Unknown

Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia di Usia Muda...

 


Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka...
Yanie Mentor
P/S : Gambar arwah Yanie terpaksa diblurkan (aurat) bagi menghormati arwah dan keluarga arwah..

Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah. Foto kredit : mybloghub.my

Acik Spin
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.
Unknown

Kejutan : MH 370 Sebenarnya Kini Berada di Kandahar..Foto Sebagai Bukti

 



PETALING JAYA : Ahli keluarga yang hilang MH370 penumpang penerbangan mahu kerajaan menyiasat dakwaan bahawa penerbangan yang hilang kini berada di Kandahar , Afghanistan.

Terdapat laporan bahawa pesawat itu ialah di negara Asia Selatan dan memetik agensi perisikan Rusia sebagai sumber.

Permintaan itu dibuat oleh keluarga terdekat dalam surat bertarikh 14 April dan dialamatkan kepada Menteri Pengangkutan Pemangku Hishamuddin Hussein. Satu salinan juga dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedar bahawa Kerajaan Malaysia kini memberi tumpuan usaha carian di Selatan Lautan Hindi berdasarkan data yang dibekalkan oleh Inmarsat . Walau bagaimanapun, kita memasuki hari ke-37 tidak berjaya dalam mencari sebarang bukti fizikal di kawasan ini.

"Oleh itu, ia adalah masa yang tinggi bahawa kerajaan patut mula berfikir di luar kotak dengan meneroka dan memeriksa semula semua petunjuk, baru dan lama.

Friday 18 April 2014

Unknown

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?

 








MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.
---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).
Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal.
Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".
Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Monday 7 April 2014

Unknown

Susulan kes Pelajar UITM Perlis dicabul Prof Izzi Haji Ali

 



    Harian Metro semalam melaporkan seorang pensyarah popular didakwa mencabul pelajar.

    Prof Izzi Haji Hj. Ali pensyarah didakwa cabul Nurul Shuhada Binti Shahadan pelajar UITM Arau Perlis. Profesor dan juga pakar motivasi terkenal iaitu Prof Izzi Hj. Ali telah menggemaparkan institusi pengajian tinggi berikutan dakwaan seorang pelajar di universiti berkenaan mendakwa dicabul oleh pensyarah terbabit.

    Mangsa dilaporkan terpaksa merelakan perbuatan tidak senonoh pensyarah itu kerana risau akan mempengaruhi markah peperiksaanya. Berikutan insiden tersebut, mangsa membuat laporan polis dengan bertujuan tidak puas hati dengan tindakan pensyarah terbabit kerana telah menjatuhkan maruahnya.

    Prof Izzi Haji Ali Raba, Ramas, Cabul Pelajar UiTM Arau Perlis? Pakar Motivasi Terkenal Disiasat!

    Unknown

    Gambar : Wajah Pelakon Lagak Ngeri Mirip Pelakon Hollywood Sebenar !

     




    Memang tak percaya mula mula tengok ! Wajah Pelakon Lagak Ngeri Mirip Pelakon Hollywood sebenar ! Jom tengok kalau anda tidak percaya !






    Andrew Garfield





    Mark Ruffalo
    Unknown

    [BAHANA] Pelajar tahun akhir dicabul pensyarah sendiri

     


    ARAU - Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya.

    Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

    Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

    Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulangkaji pelajaran.

    Sunday 6 April 2014

    Unknown

    [HIBURAN] Ayu pelengkap hidup Radhi OAG

     

    Radhi 


    EMPAT tahun hidup solo, akhirnya penyanyi Radhi OAG atau nama sebenarnya M. Radhi Razali, 37, kembali mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Nor Shahira Ayu Zahiri, 20, pagi Jumaat lalu, di masjid Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

    Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini, dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Firdaus Subhi, dengan mas kahwin berjumlah RM300.

    Sebelum akad nikah, majlis disempurnakan terlebih dahulu dengan acara merisik. Kemudian di susuli dengan majlis pertunangan. Ia menyaksikan Ayu menerima tiga bentuk cincin selain wang hantaran berjumlah RM30,000.

    Selain itu, pihak lelaki turut membawa 14 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Charles & Keith, minyak wangi Boss, sebentuk cincin, kek dan senaskhah Al Quran. Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 12 dulang hantaran.

    Berlangsung secara sederhana, majlis ini dihadiri lebih 100 tetamu yang terdiri dari pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat mereka.

    Unknown

    [HIBURAN] Rozita Che Wan bakal fail saman

     

    • Rozita Che Wan bakal fail saman
    “SAYA bagi tempoh dua minggu (14 hari) untuk mereka memadam dan menurunkan iklan!,” tegas pelakon cantik, Rozita Che Wan, berhubung isu penggunaan gambar dan namanya tanpa pengetahuan untuk tujuan promosi produk.

    Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, terdapat dua pihak dari produk yang berlainan telah menggunakan nama dan gambarnya untuk melariskan produk mereka.

    Malah, pihak berkenaan turut mempamerkan keberanian dengan mempromosikan produk itu di laman sosial milik pelakon Kiah Pekasam ini.

    “Ada dua produk yang menggunakan nama saya secara tidak sah dan tanpa kebenaran di laman sosial. Ia adalah produk kesihatan, kesuburan serta kecantikan luaran.

    “Saya mengetahui perkara ini sejak tiga bulan yang lalu dan pengurus peribadi saya telah cuba memberi amaran agar tidak meneruskan penipuan itu.

    “Namun, sehingga kini, teguran itu tidak diendahkan. Sekiranya mereka masih berdegil, saya akan hantar notis tuntutan,” katanya ketika sidang media khas yang diadakan pada Jumaat lalu.

    Sidang media yang bertempat di Flora Café, Amp Walk, Ampang, itu turut ditemani peguamnya, Ahmad Fuad.