Perkongsian cara simpan duit yang paling baik bagi orang yang susah nak simpan duit. Mari kita baca pengalaman lelaki ini.
Sebelum aku mulakan menulis, biar aku terangkan kenapa perlu simpan duit. Sebab dalam istilah pelaburan, orang yang menyimpan duit ini dianggap loser. Sebab tu kot ramai orang susah menyimpan duit walau hanya RM100.
Tujuan menyimpan mengikut pendapat aku sendiri adalah untuk :
Sebagai tabung kecemasan, kita tak boleh jangka apa yang berlaku kemudian hari.
Bayar kos perubatan korang walaupun korang dah amik medical kad. Kenapa kena bayar lagi? Cuba tanya agent korang, Medical kad korang tu Ko-takaful ataupun tidak.
Kos baiki kereta rosak atau nak hantar anak pergi klinik sebab demam etc.
Simpan sebab nak pergi Haji atau nak berjalan-jalan bawa keluarga.
Buat modal beli hartanah, beli kereta.
Macam-macam lagi sebenarnya, bergantung kepada keperluan individu.
Ok, ini cara-cara aku menyimpan. Ini adalah cara yang memang mudah bagi orang yang malas gila nak menyimpan.
Tabung syiling ni aku amalkan sejak dari belajar dulu, cuma yela waktu belajar simpan-korek, simpan-korek.. Tapi atleast ada juga kau simpan kan, daripada takda. Yang penting semangat mesti ada. Sekarang bila dah mula kerja, memang dah simpan syiling ni. Balik kerja poket ada syiling mesti masuk tabung. Bila pergi kedai, mesti orang jaga cashier tanya..
“..dik ada 20sen tak…?”
Macam biasa jawapan aku…”Takdala bang..”
Padahal syiling aku semua dah masuk tabung, memang aku tak akan bawa syiling untuk bayar walau cuma 20sen kat kedai. Aku rasa syiling ni dah batch ke-20 kot aku tukar dengan kedai. Bila dah tukar tu, masukkan dalam Tabung Haji, topup simpanan. Rasa macam…lambatnya nak capai sejuta dalam Tabung Haji ni.. Muahahahah…
Ni salah satu amalan aku, balik kerja masukkan sekurang-kurangnya RM1 dalam tabung. Apa tujuan masukkan RM1 ni, sekadar suka-suka. Atleast aku dapat buat secara konsisten. Bukan banyak pun, sebulan dapatla RM20. Jadilah daripada takda. Sebenarnya sikap menyimpan ni bukanlah apa, cuma nak didik diri agar buat secara istiqamah. Macam mana nak simpan banyak kalau sikit pun tak boleh?
Note RM5 tu aku dah amalkan dari awal tahun, ini batch ke 2. Batch pertama aku dah simpan. Batch pertama takda banyak, dalam Rm500. Jenuh juga nak mengira sebab kertas hijau ni licin. Tapi puas hati dapat buat. Bila petang buka dompet, nampak kertas hijau, keluarkan je masuk tabung.
Amalkan.. Kalau tidak, hanyut..
Nak buat apa je perkara baik sebenarnya satu je, kena amalkan, konsisten… buat terus dan terus, jangan stop, faham?
Selain cara pegang cash kat atas, ada juga 2 cara lain yang guna duit juga, tapi tak nampak la duitnya, terus menerus simpan.
Buat potongan gaji korang masuk dalam ASB, Tabung Haji atau Unit Amanah. Cuma pilihan aku cuma dua je, Tabung Haji dan Unit Amanah.
Tabung Haji ni kena buat potongan gaji juga. Unit Amanah buat auto debit tolak dari akaun bank. Bukan banyak RM100/bulan je pun.
Sumber : Himpunan Cerita Lawak
Sumber : Himpunan Cerita Lawak
Note: only a member of this blog may post a comment.