Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Sunday, 28 August 2016

Unknown

BN Berhak Naikkan Harga Barang Kerana Memenangi Pilihan Raya

Image result

Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu tempoh yang lama.

“Pilihan raya umum akan diadakan setiap lima tahun sekali. Kenapa nak pergi ke jalanan? Mereka telah menerima mandat. Terpulang kepada mereka.

“Berhimpun di jalanan tak hormat proses demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih kerajaan. BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini, menurut sumber The Malaysian Insider.

Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai mengukuhkan kuasa politik bagi menguatkan sokongan mereka bagi menuju Putrajaya.





Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.