KL, 27 FEB 2015: Pihak editorial portal Murai.com.my ingin mengucapkan tahniah kepada Tomok dan juga isterinya Ayu setelah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada pukul 1.34 petang tadi.
Dalam kenyataan yang dikongsi di Instagram dan Twitter rasminya itu turut memberitahu jantina bayi baru pasangan ini iaitu lelaki yang direkodkan seberat 3.33 kg ketika selamat dilahirkan di Labor Room, Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Keluarga bahagia yang dimiliki pasangan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail dengan isteri Siti Rahayu Abbas pasti tambah ceria kerana Arrian Shah Akid kini bergelar abang kepada adiknya yang belum diumumkan nama itu.
Pastinya ramai di antara followers Tomok tidak sabar menantikan apa pula keletah lucu dan comel anak kedua Tomok setelah kecomelan anak lelaki pertama Tomok, Arrianshah Akid sejak kecil lagi mendapat perhatian umum.
Note: only a member of this blog may post a comment.