Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia tidak akan berpeluang untuk menonton dokumentari oleh National Geographic yang akan bermula pada 8 Mac ini, sebagai memperingati satu tahun kehilangan pesawat MH370.
Bahagian Komunikasi Astro dalam jawapannya kepada The Rakyat Post menyatakan National Geographic telah memberitahu mereka mengenai dokumentari bertajuk ‘Malaysian 370: What Happened?” (Malaysia 370: Apa yang telah berlaku?) yang hanya akan disiarkan di Britain.
Tidak dapat dipastikan sama ada program itu akhirnya akan disiarkan di Malaysia atau tidak.
Air Crash Investigation New 2015 Malaysia… by suaratv2014
Teori berkenaan dikatakan berdasarkan data satelit dari pesawat bnerkenaan dan terbang beberapa jam selepas hilang secara misteri dari radar.
Hampir setahun selepas kehilangannya, MH370 sekarang dikatakan adalah insiden paling misteri dalam industri penerbangan moden.
Sementara itu, sempena memperingati kejadian malang itu, beberapa dokumentari dan teori konspirasi mula disiarkan melalui beberapa saluran termasuk YouTube dan menarik perhatian penonton di seluruh dunia.
Antaranya adalah program siri Air Crash Investigation diterbitkan oleh National Geographic.
Siri berkenaan Air Crash Investigation ini sudah memasuki musim ke 14, menggunakan gambar yang dihasilkan melalui perisian komputer untuk mewujudkan semula kejadian yang berlaku kepada penonton.
Berdasarkan dokumen rasmi dan analisis pakar yang menyiasat bukti yang ada, sedutan dokumentari sepanjang 45 minit itu mula disebarkan dan menjadi trending di media sosial.
Dokumentari itu memaparkan perjalanan MH370 dan kehilangannya serta operasi mencar dan menyelamat.
Mereka yang diwawancara termasuk penganalisis penerbangan ABC News, John Nance dan bekas penyiasat kanan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Malcolm Brenner.
Note: only a member of this blog may post a comment.