KUALA PILAH – Seorang datuk berusia 61 tahun ditahan selepas dipercayai
mencabul kehormatan dan cubaan merogol cucu perempuannya yang berusia 12 tahun.
Difahamkan sebelum ini, warga emas itu sudah beberapa kali mencabul kehormatan
cucunya.Namun perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas isteri warga emas terbabit
ternampak suaminya cuba merogol cucunya di ruang tamu rumah mereka di Taman
Bukit Intan, Batu 46, pada 10 Oktober lalu.
Dalam kejadian itu 10 malam itu, nenek mangsa yang berusia 50-an keluar dari bilik
tidur untuk pergi ke bilik air ternampak suaminya berkelakuan mencurigakan di ruang
tamu.Selepas menegur suaminya, dia terkejut apabila melihat suaminya menindih badan
cucunya lalu bertindak pantas menghalang suaminya yang juga pesara dari Jabatan
Kerja Raya (JKR) daripada terus melakukan perbuatan terkutuk itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa
masih bersekolah dan tidak tinggal bersama datuk dan neneknya, sebaliknya tinggal
bersama keluarganya di Taman Bahagia Delima.
"Namun pada malam itu, mangsa tinggal di rumah neneknya kerana ibu bapanya keluar
bekerja. Ketika itu, mangsa yang berada seorang diri di ruang tamu ditarik oleh datuknya
sebelum dibaringkan di atas lantai.
"Secara kebetulan nenek mangsa keluar dari bilik tidur ternampak suaminya dalam
keadaan mencurigakan sebelum melihat cucunya terbaring di atas lantai akibat ditindih
suaminya,” katanya.Azmi berkata, nenek mangsa memberitahu kejadian berkenaan
kepada ibu bapa mangsa.
“Pada awalnya mereka tidak mahu membuat laporan polis, namun kerana bimbang ia
berulang lagi mereka akhirnya berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala
Pilah jam 6 petang pada 17 Oktober lalu.
“Hasil laporan polis, mangsa dipercayai bukan kali pertama diperlakukan
Note: only a member of this blog may post a comment.