Jakarta: Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat
ini tiada siapa tahu punca fenomena itu.
Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas
penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.
“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur
lebih kerap,” katanya.
Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya,
dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.
Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi
kepada sesiapa yang berminat.Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata,
mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut.
Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti
orang membuang air besar.Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan
bagaimana kejadian itu berlaku.
“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur.
“Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.
Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila
direbus.Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi
selepas satu jam, ia kekal seperti asal.-hariandotcom via kompas.com
Friday, 7 November 2014
GEMPAR !!! LELAKI ‘BERTELUR’ DI JAKARTA INDONESIA
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Note: only a member of this blog may post a comment.