• Maut dilanggar tren komuter Bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada sebatang pokok.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Jalan Kucing menghala Kepong, di sini, malam kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan II Othman Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pemandu tren komuter terbabit kira-kira jam 10 malam.
“Kami tiba di lokasi kejadian 18 minit kemudian dengan kekuatan lima anggota termasuk pegawai,” katanya.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan polis bantuan dari KTMB sudah berada di lokasi kejadian.