Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Tuesday, 2 September 2014

Unknown

Batu Meteor Yang Telah Di Potong Dan Dikilatkan


Berikut ini adalah meteor Chinga, batu meteor besi seberat 773 gram setalah dipotong menjadi empat bahagian dan digilap.

Batu meteor ini dijumpai di Turvinskaya, Russia. Permukaan meteorit tetap kelihatan berwarna coklat seperti kerak, sementara bahagian yang dipotong berwarna berkilat, mewujudkan perbezaan yang dramatik. Batu meteor yang ditawarkan oleh Arizona Skies ini telah terjual, tetapi jenis meteorit ini boleh didapati secara online. Batu meteor Chinga adalah meteor besi dengan komposisi kimi 82,8% besi, 16.6% nikel, dan selebihnya sebahagian besar kobalt dan fosforus. Serpihan meteorit itu ditemui pada tahun 1913 oleh penggali emas di Tuva berhampiran Sungai Chinge.
Unknown

Sejarah Mesir, Bani Israel, Yahudi dan Freemasonary

 


Visualisasi Baphomet/Lucifer/Iblis oleh Penyembah Syetan

Untuk artikel selanjutnya kita akan membicarakan mengenai sejarah bangsa Israel, Yahudi, Mesir, dan hubungannya dengan gerakan FREEMASONRY serta gerakan penyembah Syaitan yang terkait. Untuk mengetahui musuh, kita harus mengetahui apa visi misi mereka dan tindakan apa yg mereka lakukan untuk melaksanakan cita-cita mereka itu. Untuk mengenali Iblis kita harus mengetahui watak, gerak-geri serta taktiknya. Bagaimana sepak terjang mereka dalam kancah pergaulan dunia antarabangsa, apa cita-cita mereka, apa pengaruhnya terhadap bangsa-bangsa didunia saat ini, melalui apakah mereka menjalankan misinya.
Seorang Yahudi yang asalnya adalah keturunan Nabi Ibrahim

Bagaimana sejarahnya keturunan nabi Ibrahim yang sangat mulia dan bapa kepada para nabi ini boleh tersesat? Dan apa hubungannya dengan ajaran Firaun? Bagaimana mereka merosakan ajaran-ajaran agama yang monoteistik (satu Tuhan) seperti ajaran nabi Isa dirosak dengan konsep Trinitinya dan menyamakan makhluk ciptaan-Nya dengan Tuhan, setelah berhasil menyesatkan masyarakat lalu apa tujuan mereka sebenarnya? Bagaimana mereka menyesatkan umat Islam juga dengan ajaran ahmadiyah, fahaman Liberalisme, pluralisme/semua agama adalah sama, sekulerisme dan lain-lainnya?

Tuesday, 5 August 2014

Unknown

Ais krim telur buaya

 

Davao (Filipina): Sebuah restoran di bandar ini mencipta pencuci mulut luar biasa selepas pemiliknya diberikan beberapa biji telur dari taman buaya berhampiran yang memelihara haiwan itu untuk daging dan kulitnya.

Pemilik restoran Sweet Spot berkata, pencinta haiwan tidak perlu bimbang kerana mereka tidak menggunakan daging buaya dalam resipi tetapi hanya lebihan telur sang bedal itu yang tidak menetas. Sweet Spot menggunakan telur buaya sebagai ganti kepada telur ayam dan mencampurkannya dengan ramuan biasa seperti susu, krim, gula dan perisa.

Sebelum ini, pemilik Sweet Spot, Dino dan Bianca Ramos, menerima telur buaya daripada bapa saudara Dino yang juga pemilik Taman Buaya Davao.
Tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan telur itu, Dino memutuskan untuk menggunanya bagi membuat aiskrim.

Hasilnya amat memberangsangkan kerana ternyata ia sedap! “Sudah pasti ia ais krim biasa yang tidak mempunyai rasa buaya kerana kami hanya mengguna telurnya, tetapi ia benar-benar sedap.

“Buaya ialah spesies haiwan terancam. Kami menggunakan telur lebihan atau yang tidak menetas,” katanya.
Foto
AIS krim yang menggunakan telur buaya.
Menurut Sweet Spot, telur buaya terdiri daripada 80 peratus kuning telur dan lebih banyak nutrisi berbanding telur ayam, menjadikan ia pilihan lebih sihat untuk ais krim mereka.

Ia bagaimanapun bukan sesuatu yang luar biasa.
Ice Cream Parlour di Whitby, North Yorkshire menjual ais krim ikan dan kentang. Ia dibuat menggunakan ikan kod yang disalut tepung, kentang goreng dan kekacang. Selain itu, kedai ais krim di London, Icecreamists pula pernah menimbulkan kekecohan kerana menyediakan ais krim daripada susu ibu dan diberi nama Baby Gaga.

Namun, iani semua tidak dapat mengalahkan Jepun kerana mereka adalah ‘Raja segala ais krim berperisa pelik.’ Antaranya, termasuk daging kuda, lidah lembu dan sotong kurita. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Sunday, 3 August 2014

Unknown

Kisah Pengislaman Undertaker Hanyalah Penipuan?

 


Tentu ramai yang sudah melihat gambar seperti ini tersebar di laman sosial sejak akhir-akhir ini mengenai berita pengIslaman bekas penggusti terkemuka yang dikenali dengan nama Undertaker.Berita pengislamannya ini hanya tersebar di Malaysia dan menimbulkan keraguan dalam kesahihan berita ini kerana langsung tiada hebahan dari media antarabangsa.

Namun sebenarnya berita pengIslamannya ini telah lama beredar di internet sejak tahun 2004 lagi dan sehingga sekarang dia masih lagi belum memeluk Islam seperti yang didakwa.Admin sendiri tidak pasti apa motif orang yang menyebarkan berita-berita tidak sahih ini.Namun kita tetap doakan supaya hatinya terpaut bersama Islam suatu hari nanti.Amin

Saturday, 2 August 2014

Unknown

KJ MAHU LELAKI BIADAP HINA TAKBIR RAYA DIKENAKAN TINDAKAN SEPERTI KIKI

 


Khairy Jamaluddin hari ini telah memuat naik satu tweet di laman twitternya yang mahukan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang bersikap biadap dengan memuat naik satu status memaki umat islam yang mengalunkan takbir raya di laman facebooknya. 

Status lelaki berkenaan, Mr. Kelvin Yip yang berbunyi "eh hello bastards, i know its hari raya and all but please fucking keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 a.m in the morning...fucking annoying shit..."

Terjemahan kepada status berkenaan " eh hello anak haram, aku tahu hari ni hari raya tapi tolong perlahankan doa korang kepada tuhan di pembesar suara pada pukul 6.45 pagi..fucking annoying shit".



Walaupun kelihatan Kelvin Yip telah meminta maaf di laman facebooknya, tetapi KJ berkata, " Kiki minta maaf tapi kena charge (and rightly so). Yang ini pun kena charge. Kasi ajar sikit. Once and for all. " yang jelas mahukan lelaki ini di kenakan tindakan mahkamah. sumber: SiakapKeli.com