TOP 10 GAMBAR SELFIE TERBAIK SELEBRITI MALAYSIA UNTUK TAHUN 2013
Unknown
10:17:00
Perkataan 'Selfie' yang diiktiraf sebagai perkataan rasmi kini popular di kalangan pengguna telefon pintar terutama yang menggunakan laman sosial foto seperti Instagram.
Mengikut definisi selfie, ia adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon mudah alih atau kamera web yang kemudiannya dimuatnaik ke dalam laman web.
Pada 2013, perkataan mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial serta kekerapan penggunaan selfie meningkat 17,000%. Perkataan tersebut mula dikesan pada satu muat naik ayat tersebut di satu forum di Australia pada September 2012 dengan 'Hashtag selfie'.
Jom lihat gaya selfie menarik di kalangan 10 Selfie Selebriti Menarik Di Malaysia.
1. Elfira Loy
Popular dengan siri Disney Waktu Rehat, aktres remaja ini antara yang mempunyai foto selfie paling banyak dalam akaun Instagram beliau, @elfiraloy
2. Siti Nurhaliza
Siapa tak kenal Siti Nurhaliza, gadis Kuala Lipis yang berkahwin dengan Datuk K. Foto selfie beliau juga mencuri tumpuan meskipun telah bergelar 'isteri orang'. Beliau kini yang bergelar datuk menggunakan akaun instagram @ctdk.




