Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Thursday, 8 May 2014

Unknown

Kenapa Ada Torehan Di Atas Jalan Raya Di Lampu Isyarat

 


Terdapat beberapa kaedah yang digunakan pada lampu isyarat untuk mengoptimumkan pemprosesan lau lintas di persimpangan. Contohnya, ada yang menggunakan laser atau tiub getah yang diisi dengan udara untuk mengesan tekanan. Bagaimanapun, kaedah yang paling biasa digunakan ialah kaedah "gelung induktif" (inductive loop).
Gelung induktif di atas jalan raya.
Mungkin sebahagian besar pengguna jalan raya perasan akan kewujudan potongan alur di atas jalan raya, sebelum garisan berhenti di lampu isyarat. Tanggapan yang salah tentang "torehan" tersebut adalah terdapat sesuatu (penimbang) di dalamnya untuk mengesan berat sesebuah kenderaan yang berhenti di atasnya.

Sebenarnya, apa yang tertanam di dalam alur ini adalah apa yang dikenali sebagai gelung induktif. Ia berfungsi untuk mengesan perubahan "kearuhan" (inductance) atau medan magnet. Ia menggunakan wayar yang dibalut mengelilingi logam (teras) dan apabila wayar tersebut disambungkan ke bekalan kuasa, ia akan menghasilkan medan magnet. Sensor yang dikenali sebagai meter kearuhan (inductance meter) akan sentiasa memeriksa kearuhan pada gegelung, juga dikenali sebagai induktor. Apa itu induktor?

Wednesday, 7 May 2014

Unknown

Anak Dara Amy Search Yang Tidak Ramai Orang Tahu

 


Siapa pernah menyangka pelakon wanita popular, Nabila Huda mempunyai seorang adik perempuan yang kini menetap di Texas . Nama adik perempuannya ialah Shasha atau nama sebenarnya Irisha Myra Suhaimi, kini berusia 16 tahun.

Apa yang difahamkan, dia tinggal bersama ibunya di Houstan, Texas dan hanya tiga kali bertemu bapanya, Amy Search selepas bercerai ketika Shasha masih kecil, hanya berusia 3 tahun.

Berdasarkan maklumat, walaupun Shasha dan Nabila Huda dianggap adik-beradik yang sah , namun mereka lahir dari ibu yang berlainan. Nama ibu Nabila ialah isteri pertama Amy Search iaitu Faridah Fadzil, manakala ibu Shasha ialah Roslisa Ahmad, isteri ketiga kepada penyanyi rock itu.

Di bawah ialah beberapa keping gambar Shasha yang cukup membuat admin terpegun dan tergamam. Raut wajahnya begitu berbeza dengan kakaknya, Nabila Huda kerana kelihatan lebih cerah dan cantik.



Unknown

TERBONGKAR! Memohon maaf atas penyiaran gambar bayi diapit

 




Pihak portal mymetro-on9.blogspot.com ingin memohon maaf kepada pemilik gambar dalam artikel gambar bayi diapit tangan misteri yang disiarkan pihak kami baru-baru ini.
Pemilik gambar tersebut yang menghubungi salah satu portal online untuk memberitahu gambar berkenaan telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pemilik gambar tersebut telah menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.
Pada asalnya gambar tersebut telah tersebar di medium Whatapps dan dalam kesibukan membuat bahan berita, kami terlepas pandang beberapa aspek yang seharusnya diberikan penekanan yang lebih tinggi daripada sepatutnya.
Di kesempatan ini, mymetro-on9.blogspot.com sekali lagi ingin memohon maaf kepada pemilik gambar tersebut.
Unknown

GEMPAR! Gambar Penemuan Jerung Purba yang Tertangkap Secara Tidak Sengaja di Pukat Seorang Nelayan!!

 







Nelayan di Teluk Mexico terkejut apabila pukatnya bukan saja penuh dengan hasil tangkapan udang, malahan turut memerangkap seekor jerung yang dikenali sebagai goblin shark kerana rupanya yang buruk.

Dianggarkan sepanjang enam meter itu, spesis yang jarang ditemui sejak lebih 10 tahun lalu itu terperangkap dalam pukat udang di perairan barat Florida, Amerika Syarikat.

Berwarna merah jambu gelap, nelayan itu terkejut apabila pukat udangnya turut diselit dengan jerung zaman purba itu.

"Ia memiliki paruh panjang dengan gigi yang tajam, bagaikan fosil hidup. Saya tidak tahu apakah ia terutama apabila melihat rupa dan giginya," kata nelayan, Carl Moore.

Monday, 5 May 2014

Unknown

ARTIS: Rumah Farah Fauzana Yang Ohsem Giler (12 Gambar)

 




Pastinya semua orang mengidamkan rumah yang besar dan selesa untuk keluarga dan juga keselesaan diri. Begitu juga yang diinginkan oleh DJ Hot FM ini. Jom mengintai rumah beliau yang bagi kami sangat cool dan cantik. Sila kumpul duit!