Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Monday, 7 April 2014

Unknown

Susulan kes Pelajar UITM Perlis dicabul Prof Izzi Haji Ali

 



    Harian Metro semalam melaporkan seorang pensyarah popular didakwa mencabul pelajar.

    Prof Izzi Haji Hj. Ali pensyarah didakwa cabul Nurul Shuhada Binti Shahadan pelajar UITM Arau Perlis. Profesor dan juga pakar motivasi terkenal iaitu Prof Izzi Hj. Ali telah menggemaparkan institusi pengajian tinggi berikutan dakwaan seorang pelajar di universiti berkenaan mendakwa dicabul oleh pensyarah terbabit.

    Mangsa dilaporkan terpaksa merelakan perbuatan tidak senonoh pensyarah itu kerana risau akan mempengaruhi markah peperiksaanya. Berikutan insiden tersebut, mangsa membuat laporan polis dengan bertujuan tidak puas hati dengan tindakan pensyarah terbabit kerana telah menjatuhkan maruahnya.

    Prof Izzi Haji Ali Raba, Ramas, Cabul Pelajar UiTM Arau Perlis? Pakar Motivasi Terkenal Disiasat!

    Unknown

    Gambar : Wajah Pelakon Lagak Ngeri Mirip Pelakon Hollywood Sebenar !

     




    Memang tak percaya mula mula tengok ! Wajah Pelakon Lagak Ngeri Mirip Pelakon Hollywood sebenar ! Jom tengok kalau anda tidak percaya !






    Andrew Garfield





    Mark Ruffalo
    Unknown

    [BAHANA] Pelajar tahun akhir dicabul pensyarah sendiri

     


    ARAU - Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya.

    Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

    Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

    Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulangkaji pelajaran.

    Sunday, 6 April 2014

    Unknown

    [HIBURAN] Ayu pelengkap hidup Radhi OAG

     

    Radhi 


    EMPAT tahun hidup solo, akhirnya penyanyi Radhi OAG atau nama sebenarnya M. Radhi Razali, 37, kembali mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Nor Shahira Ayu Zahiri, 20, pagi Jumaat lalu, di masjid Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

    Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini, dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Firdaus Subhi, dengan mas kahwin berjumlah RM300.

    Sebelum akad nikah, majlis disempurnakan terlebih dahulu dengan acara merisik. Kemudian di susuli dengan majlis pertunangan. Ia menyaksikan Ayu menerima tiga bentuk cincin selain wang hantaran berjumlah RM30,000.

    Selain itu, pihak lelaki turut membawa 14 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Charles & Keith, minyak wangi Boss, sebentuk cincin, kek dan senaskhah Al Quran. Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 12 dulang hantaran.

    Berlangsung secara sederhana, majlis ini dihadiri lebih 100 tetamu yang terdiri dari pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat mereka.

    Unknown

    [HIBURAN] Rozita Che Wan bakal fail saman

     

    • Rozita Che Wan bakal fail saman
    “SAYA bagi tempoh dua minggu (14 hari) untuk mereka memadam dan menurunkan iklan!,” tegas pelakon cantik, Rozita Che Wan, berhubung isu penggunaan gambar dan namanya tanpa pengetahuan untuk tujuan promosi produk.

    Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, terdapat dua pihak dari produk yang berlainan telah menggunakan nama dan gambarnya untuk melariskan produk mereka.

    Malah, pihak berkenaan turut mempamerkan keberanian dengan mempromosikan produk itu di laman sosial milik pelakon Kiah Pekasam ini.

    “Ada dua produk yang menggunakan nama saya secara tidak sah dan tanpa kebenaran di laman sosial. Ia adalah produk kesihatan, kesuburan serta kecantikan luaran.

    “Saya mengetahui perkara ini sejak tiga bulan yang lalu dan pengurus peribadi saya telah cuba memberi amaran agar tidak meneruskan penipuan itu.

    “Namun, sehingga kini, teguran itu tidak diendahkan. Sekiranya mereka masih berdegil, saya akan hantar notis tuntutan,” katanya ketika sidang media khas yang diadakan pada Jumaat lalu.

    Sidang media yang bertempat di Flora Café, Amp Walk, Ampang, itu turut ditemani peguamnya, Ahmad Fuad.