Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday, 8 July 2016

Unknown

ADAB DAN PERATURAN ZIARAH KUBUR RAMAI TERSALAH BUAT



Menurut huraian ulama’ rahimahumullah, orang yang berziarah kubur dituntut melakukan seperti berikut:

1. Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwudhuk)

2. Ketika sampai ditanah perkuburan, disunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur dan berdoa semoga mereka beroleh rahmat dan selamat sejahtera. Ini diterangkan dalam hadith berikut:
Dari Buraidah al-Aslami r.a, katanya;
” Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata: Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga- Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekelian ”
(Hadith riwayat Ahmad , Muslim dan Ibnu Majah)

3. Setelah sampai berhampiran kubur kaum kerabat atau sahabat kenalan, hendaklah berdiri rapat ditepi kubur dengan mengadap muka simati (untuk mengetahui arahnya, semua orang mati dikebumikan dengan keadaan mengiring atas sebelah kanannya dan mukanya mengadap khiblat) sambil memberi salam secara khusus kepadanya : Contohnya kalau simati ayah kita, maka lafaz salamnya ialah : ”Assalamualaikum wahai ayahku” dan kalau ibu, ” Assalamualaikum wahai ibuku.”
Demikian seterusnya kepada kaum kerabat dan sahabat kenalan, beri salam dahulu disertakan dengan panggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka semasa mereka hidup.

4. Selepas memberi salam, sunat membaca aya-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati.

5. Selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya, kerana doa yang didahului bacaan al-Quran lebih diharap makbulnya.

ZIARAH KUBUR RASULULLAH SAW

Umat Islam umumnya (lelaki dan perempuan), sunat menziarahi kubur Rasulullah s.a.w di Madinah al Munawwarah kerana pahala dan kebaikannya amatlah besar.

ZIARAH KUBUR IBU BAPA

Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga kepada anak derhaka. Seperti dalam sebuah hadith diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat.


ORANG YANG MATI SENTIASA BERHAJAT KEPADA DOA UNTUKNYA

”Kenangkanlah daku dalam doamu”- rayuan ini bukan sahaja terpancar dari orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi sentiasa dirayukan oleh orang yang mati.Ini diterangkan dalam hadith maksudnya:

”Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya,atau saudaranya, atau sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya maka tidak terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang-orang yang hidup kepada orang mati ialah: ”Doa dan Istighfar”. (Riwayat oleh Ad-Dailami rahimahullah)

Rayuan rohnya dengan suara yang hiba dan menyayukan hati:

Di dalam hadith juga diterangkan, maksudnya:

” Bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing. Tiap-tiap satu roh di antaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan sayu, katanya:

” Wahai ahli rumahku! Wahai kaum kerabat dan anak-anakku! Wahai orang-orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagi dan menerima harta pusaka peninggalan kami, adakah sesiapa di antara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah memikirkan keadaan kami yang sedang berada di alam Barzakh?...kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa dan amal-amal yang salih, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu...”

” Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang lagi pada malam berikutnya.

” Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira. Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa.” [Hadith yang menyayukan hati ini disebutkan dalam I’anah at-Talibin (2:144) ]

Kedua dua hadith ini menerangkan setakat mana berhajatnya orang yang mati kepada doa orang-orang yang hidup.

Sebab itulah kita diberi panduan di dalam al-Qur’an [ Diantaranya: ayat 41, surah Ibrahim, dan ayat 10, surah Al-Hasyr ]. supaya tiap-tiap seorang sentiasa berdoa memohon rahmat bukan sahaja bagi dirinya, ibu bapanya dan kaum kerabatnya- tetapi juga bagi umat Islam umumnya, yang hidup dan yang mati. [ Jika si mati orang salih maka doa itu dapat meninggikan darjatnya, dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkannya dari azab (atau meringankan tanggungannya). Tanwir al-Qulub (217).



LARANGAN BERKAITAN DENGAN KUBUR

Banyak perkara terlarang yang dilakukan oleh masyarakat kita berkaitan dengan kubur antaranya:

1. Membuat Bangunan Di Atas Kubur

Imam Syaukani mengatakan: ” Antara larangan meninggikan kubur adalah termasuk membangun kubah-kubah dan makam-makam (cungkup-cungkup) yang dibangunkan diatas kubur. Juga termasuk menjadikan kubur sebagai masjid, padahal Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang yang berbuat demikian. Antara lain kepercayaan mereka yang menyangka bahawa kubur-kubur itu mampu mendatangkan manfaat dan menolak bahaya lalu mereka menjadikannya sasaran untuk meminta terkabulnya hajat dan tempat bersandar untuk berhasilnya suatu cita-cita. Dan mereka meminta dari kubur apa yang semestinya diminta oleh seorang hamba dari Tuhannya, dengan mengusap-ngusap kubur dan memohon perlindungan daripadanya seperti perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah.

2. Menembok Kubur Dan Membuat Tulisan-Tulisan

Berdasarkan hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dilarang menembok kubur dan membuat tulisan-tulisan di atasnya. Hendaknya kuburan seorang muslim itu dibuat sederhana dan janganlah berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan kubur dan jangan membuat tembok, memagarinya dengan pagar besi yang mahal, menulisnya dengan dakwat emas, mengukir dan sebagainya.

3. Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Solat

Perhatikan hadis dari Jundub, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
” Ingat! Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dahulu menjadikan kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh mereka seperti masjid. Ingat! Sebab itu janganlah kamu menjadikan kuburan seperti masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu berbuat demikian.” (Riwayat Muslim)

Pada hadis lainya dari Abu Martsad Al-Ghanawi:
”Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu solat mengadap kepadanya.”

4. Berjalan di Sela-sela Kubur Memakai Alas Kaki

Mengenai larangan berjalan disela-sela kubur dengan memakai alas kaki dijelaskan dalam hadis dari Basyir Al-Khashashiah, mengatakan:
Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki berjalan dengan memakai terompah disela-sela kubur, maka baginda bersabda: ”Wahai pemakai terompah, tanggalkanlah terompah itu”.
(Riwayat Al-Khamsah kecuali Tirmizi)
Menurut riwayat, orang itu melihat Rasulullah s.a.w dan ketika diketahuinya.dia melepaskan terompah dan mencampakkannya.
Berdasarkan hadis tersebut di atas,dilarang duduk di atas kubur. Dan juga dilarang berjalan di sela-sela kubur dengan memakai alas kaki. Ini dianggap sebagai adab untuk menghormati penghuni kubur. Kecuali jika ditakuti banyak duri atau sesuatu yang mungkin membahayakan kaki, maka dalam keadaan demikian dibenarkan memakai alas kaki.

5. Meletakkan Karangan Bunga Atau Seumpamanya

Meletakkan karangan bunga , bunga rampai dan sebagainya di atas kuburan tidak disyariatkan di dalam Islam. Tidak ada nasnya dari Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diperbuat oleh sahabat. Perbuatan yang demikian bertentangan dengan ajaran islam, sebab dapat digolongkan kepda pembaziran. Firman Allah bermaksud:
” Dan janganlah kamu menghamburkan-hamburkan harta mu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
(Al-Isra’ :26-27)

6. Menyembelih Binatang Di atas Kubur

Menyembelih binatang di atas kubur adalah merupakan adat jahiliah yang telah dibasmi oleh islam.
Janganlah dikalangan umat islam melakukan sembelihan di atas kubur.
Sebuah hadis dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
” Tidak ada penyembelihan (binatang di perkuburan) dalam Islam.
(Riwayat Abu Daud)Al-Khattabi berkata: ” Biasanya orang-orang jahiliah menyembelih unta di makam lelaki dermawan. Kata mereka: ” Kita membalas kebaikannya, kerana semasa hidupnya dia biasa menyembelihnya dan menyajikan kepada tetamu. Maka sekarang kita sembelih haiwan ini dimakamnya untuk menjadi makanan bagi burung-burung dan binatang buas. Dengan demikian dia tetap menyediakan makanan setelah meninggal dunia sebagaimana dia telah menyediakan makanan selama hidupnya.”

Demikianlah adat jahiliah. Dan adat ini telah dibasmikan dan dilenyapkan oleh ajaran Islam, sesuai dengan hadis tersebut di atas.


PENUTUP

Demikianlah antara adab-adab yang perlu dilakukan apabila menziarahi kubur. Namun ziarah kubur bukanlah hanya dilakukan semasa hari pengkebumian atau setiap kali menjelangnya hari raya sahaja. Yang menjadi sunnah ialah dengan menjadikan amalan menziarahi kubur itu sebagai suatu usaha oarng yang hidup untuk mengingati oarng yang telah mati. Ia juga mengingati kita tentang kematian dan membuat persediaan dengan memperbanyakkan amal ibadat sebanyak mungkian kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya amal soleh mengukur darjat kita disisi Allah SWT.

Tuesday, 5 July 2016

Unknown

Dipersoal Pakai Niqab Semasa Kerjakan Umrah, Ni Jawapan Siti Nurhaliza

Oleh: Aimi Nordin


Dalam bulan puasa adalah musim mengerjakan umrah untuk seluruh umat Islam sebelum masuknya musim Haji selepas hari raya puasa nanti. Penyanyi tersohor negara Dato Siti Nurhaliza tak terkecuali daripada menghabiskan 10 hari terakhir Ramadan di sana.

Walaupun mengerjakan sesuatu yang dituntut Islam nampaknya masih ada orang yang mempertikaikan apa yang Dato' Siti lakukan. Dikritik kerana memakai niqab di Mekah, Dato' Siti ada jawapan mengapa dia hanya memakai niqab di sana dan tak di Malaysia.








Dalam bulan mulia ni banyakkan lah bersangka baik sesama kita.



*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm