Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Tuesday, 5 August 2014

Unknown

Ais krim telur buaya

 

Davao (Filipina): Sebuah restoran di bandar ini mencipta pencuci mulut luar biasa selepas pemiliknya diberikan beberapa biji telur dari taman buaya berhampiran yang memelihara haiwan itu untuk daging dan kulitnya.

Pemilik restoran Sweet Spot berkata, pencinta haiwan tidak perlu bimbang kerana mereka tidak menggunakan daging buaya dalam resipi tetapi hanya lebihan telur sang bedal itu yang tidak menetas. Sweet Spot menggunakan telur buaya sebagai ganti kepada telur ayam dan mencampurkannya dengan ramuan biasa seperti susu, krim, gula dan perisa.

Sebelum ini, pemilik Sweet Spot, Dino dan Bianca Ramos, menerima telur buaya daripada bapa saudara Dino yang juga pemilik Taman Buaya Davao.
Tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan telur itu, Dino memutuskan untuk menggunanya bagi membuat aiskrim.

Hasilnya amat memberangsangkan kerana ternyata ia sedap! “Sudah pasti ia ais krim biasa yang tidak mempunyai rasa buaya kerana kami hanya mengguna telurnya, tetapi ia benar-benar sedap.

“Buaya ialah spesies haiwan terancam. Kami menggunakan telur lebihan atau yang tidak menetas,” katanya.
Foto
AIS krim yang menggunakan telur buaya.
Menurut Sweet Spot, telur buaya terdiri daripada 80 peratus kuning telur dan lebih banyak nutrisi berbanding telur ayam, menjadikan ia pilihan lebih sihat untuk ais krim mereka.

Ia bagaimanapun bukan sesuatu yang luar biasa.
Ice Cream Parlour di Whitby, North Yorkshire menjual ais krim ikan dan kentang. Ia dibuat menggunakan ikan kod yang disalut tepung, kentang goreng dan kekacang. Selain itu, kedai ais krim di London, Icecreamists pula pernah menimbulkan kekecohan kerana menyediakan ais krim daripada susu ibu dan diberi nama Baby Gaga.

Namun, iani semua tidak dapat mengalahkan Jepun kerana mereka adalah ‘Raja segala ais krim berperisa pelik.’ Antaranya, termasuk daging kuda, lidah lembu dan sotong kurita. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Sunday, 3 August 2014

Unknown

Kisah Pengislaman Undertaker Hanyalah Penipuan?

 


Tentu ramai yang sudah melihat gambar seperti ini tersebar di laman sosial sejak akhir-akhir ini mengenai berita pengIslaman bekas penggusti terkemuka yang dikenali dengan nama Undertaker.Berita pengislamannya ini hanya tersebar di Malaysia dan menimbulkan keraguan dalam kesahihan berita ini kerana langsung tiada hebahan dari media antarabangsa.

Namun sebenarnya berita pengIslamannya ini telah lama beredar di internet sejak tahun 2004 lagi dan sehingga sekarang dia masih lagi belum memeluk Islam seperti yang didakwa.Admin sendiri tidak pasti apa motif orang yang menyebarkan berita-berita tidak sahih ini.Namun kita tetap doakan supaya hatinya terpaut bersama Islam suatu hari nanti.Amin

Saturday, 2 August 2014

Unknown

KJ MAHU LELAKI BIADAP HINA TAKBIR RAYA DIKENAKAN TINDAKAN SEPERTI KIKI

 


Khairy Jamaluddin hari ini telah memuat naik satu tweet di laman twitternya yang mahukan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang bersikap biadap dengan memuat naik satu status memaki umat islam yang mengalunkan takbir raya di laman facebooknya. 

Status lelaki berkenaan, Mr. Kelvin Yip yang berbunyi "eh hello bastards, i know its hari raya and all but please fucking keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 a.m in the morning...fucking annoying shit..."

Terjemahan kepada status berkenaan " eh hello anak haram, aku tahu hari ni hari raya tapi tolong perlahankan doa korang kepada tuhan di pembesar suara pada pukul 6.45 pagi..fucking annoying shit".



Walaupun kelihatan Kelvin Yip telah meminta maaf di laman facebooknya, tetapi KJ berkata, " Kiki minta maaf tapi kena charge (and rightly so). Yang ini pun kena charge. Kasi ajar sikit. Once and for all. " yang jelas mahukan lelaki ini di kenakan tindakan mahkamah. sumber: SiakapKeli.com