BEKAS Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (dua dari kanan) mengadakan sidang media di Kelab Persatuan Alumni UM. Turut hadir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (tiga dari kanan) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan). - Foto Asyraf Hamzah
Jurucakap Kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata kerajaan yang ada sekarang adalah hasil mandat dan kemahuan rakyat pada pilihan raya umum 2013, yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.
"Jika Dr Mahathir mahu menukar kerajaan, beliau mesti mematuhi proses demokrasi dan menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang, selaras undang-undang negara serta Perlembagaan Persekutuan.
"Hanya wujud satu mekanisme untuk menukar kerajaan dan Perdana Menteri iaitu pilihan raya umum. Ini satu-satunya mekanisme yang sah di sisi undang-undang, demokratik, dan memenuhi aspirasi umum," katanya.
Note: only a member of this blog may post a comment.