Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Monday, 27 October 2014

Unknown

Kisah Benar:Misteri Roh Bayi Dari Mekah




PUKUL 3.15 pagi, saya bersembahyang sunat di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah.


Selesai sembahyang dan berdoa, saya memerhatikan ke arah depan mihrab, kawasan Rasulullah SAW pernah membaca khutbah bersama-sama para sahabatnya.


Pandangan saya tiba-tiba terarah kepada sekumpulan kanak-kanak kecil sedang bermain-main di kawasan itu. Eh, ramainya budak, kata hati saya.


Siapa bawa mereka ke mari?


Sebab dalam kalangan jemaah kami tiada kanak-kanak. Saya terfikir ini mungkin kanak-kanak Arab yang datang bersama keluarga masing-masing.


Saya dapat melihat dengan jelas kanak-kanak itu bermain-main dan berlari-lari macam kanak-kanak kita bermain di masjid. Saya terfikir, bebasnya kanak-kanak ini bermain. Kalau di tempat kita, kanak-kanak berlari-lari begitu ada yang menegurnya, tapi di sini tiada siapa yang melarang.


Jumlah mereka kira-kira 10 orang. Ketika itu saya langsung tidak terfikir apa-apa yang pelik sebab itulah pertama kali saya sampai di Raudhah. Mungkin begitulah suasana di situ.


Saya teruskan berdoa, berzikir dan bersembahyang sunat. Tidak lama kemudian kedengaran suara muazin melaungkan azan.


Tiba-tiba saya lihat kanak-kanak itu terus berhenti bermain. Orang ramai mula memenuhi kawasan Raudhah dan kelibat kanak-kanak yang bermain di hadapan mihrab tadi terus hilang dari pandangan.


Siapa kanak-kanak itu? Saya tanya jemaah lain tetapi peliknya mereka tidak melihat apa yang saya lihat tadi.Selepas sembahyang Subuh, saya bertemu seorang pakar rujuk dari Lembaga Tabung Haji dan ceritakan kepadanya apa yang berlaku.


Ustaz itu terkejut. Kawasan mihrab seperti yang saya nyatakan itu merupakan antara kawasan Raudhah atau taman-taman syurga. Nabi pernah bersabda: "Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga."


Ustaz itu menerangkan, berdasarkan cerita saya tadi, ada dua kemungkinan. Pertama, itu mungkin roh bayi-bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan dan dipertontonkan kepada saya.


"Ada anak meninggal masa kecil ke?" tanya ustaz itu.


Saya mengangguk. Lalu saya ceritakan anak saya meninggal dunia sebaik dilahirkan. Bayi itu hanya sempat melihat dunia selama kira-kira lima minit sahaja.


Kedua, kata ustaz itu, mungkin Allah telah membuka hijab pemandangan saya dengan alam ghaib seperti alam roh. Ya-Allah, benarkah begitu?


Setelah mendengar penjelasan ustaz itu, saya menangis. Saya menangis sebab bersyukur kerana telah mengalami kejadian yang memberi iktibar di Tanah Suci.


Kisah yang anda baca tadi diceritakan oleh Haji Mohd. Jais Maulan. Beliau mengalami peristiwa aneh ini pada 2005. Tapi itu hanya sebahagian saja.








Cuba pula baca kisah kedua ini:


Sebaik masuk ke dalam van, saya terasa disengat haba yang amat panas. Namun kami duduk juga berasak-asak seperti mula-mula datang tadi.


Kalau semasa datang tadi udaranya nyaman, tapi kali ini mengapa selepas menghantar jenazah tersebut ke tanah perkuburan, keadaan dalam van ini berbeza?


Tidak sanggup rasanya saya berada lebih lama dalam van ini.
Macam berada dalam ketuhar. Panas membara. Ditambah pula dengan haba badan kami seramai 14 orang, menyebabkan peluh menyimbah di seluruh badan.


Kepala terasa berdenyut-denyut, hendak pitam pun ada. Saya tidak peduli. Belum sempat sampai ke Masjidilharam, saya terlebih dulu meminta pemandu memberhentikan van dan saya terus terjun.


Selepas saya terjun, kesemua penumpang lain pun turut melompat sama. Tinggallah pemandu seorang diri meneruskan perjalanan. Saya tidak kisah terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer asalkan tidak pengsan dalam van tadi.


Peliknya mengapa semasa datang tadi, kami langsung tidak berasa panas. Sedangkan cuacanya sama, panas terik. Suhunya 40 darjah Celsius! Adakah ia mempunyai kaitan dengan mayat jemaah dari Libya yang kami bawa tadi, yang meninggal semasa melontar jamrah?




Ia berlaku pada musim haji 2006, sewaktu beliau membantu menghantar jenazah seorang jemaah dari Masjidilharam ke perkuburan Syara'ik, yang memakan masa 40 minit perjalanan. Ketika itu cuaca sedang panas, alat pendingin hawa pula rosak.


Kisah ini diceritakan oleh Haji Mohd. Khairul Poniran@ Haji Ujang, Pengetua Madrasah Darul UloomAl-Islamiyah Jengka, Felda Jengka 11, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang.

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.