Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Monday, 29 September 2014

Unknown

Bapa geram tiru aksi biawak gigit anak



Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.



Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.


Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.

“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.


WANITA menunjukkan keadaan pipi anak yang digigit suaminya.


Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit.
myMetro
Unknown

Mendiang Nenek Kirim Gambar Selfie Dari Dalam Kubur


nenek-selfie

SEORANG wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari ‘kubur’ dengan mengirimkan gambar selfie. Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum ‘di dalam kehidupan lain’.


“Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit,” katanya. Mihai berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati.
Tambahnya: “Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.
Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. – metro.co.uk
Unknown

5 Gambar Panas Diana Danielle Pakai Gaun Ketat Di Anugerah Lawak Warna 2014




5 Gambar Diana Danielle Pakai Gaun Ketat Di Anugerah Lawak Warna 2014 | Sebuah anugerah bagi meraikan penggiat industri komedi tanah air yang dikenali Anugerah Lawak Warna telah berlangsung di Teater Selangor, Shah Alam yang menampilkan 15 anugerah terbaik, tiga anugerah popular dan dua Anugerah Khas Juri menjadi rebutan.

Seperti mana anugerah yang lain, Anugerah Lawak Warna 2014 telah menampilkan barisan selebriti kesayangan dengan fesyen yang hebat melalui acara karpet merah dan antara yang kelihatan adalah Rosnah Mat Aris, Sharnaaz Ahmad, Diana Danielle, Elfira Loy, Sari Yanti, Intan Ladyana, Yus Jambu, dan ramai lagi.




Sunday, 28 September 2014

Unknown

Kisah Kampung yang Muncul Dari Kubur: Perkampungan ‘Berhantu’ Yang Muncul Selepas 5 Tahun Tenggelam..




China – Pada tahun 2008, Sebuuah kampong di Beichuan County, Sichuan Province China, telah mengalami satu bencana alam yang amat teruk iaitu gempa bumi yang berukuran 8.0 magnitud. Akibat daripada bencana tersebut, sebuah tasik telah terbentuk dan mengakibatkan seluruh perkampungan itu telah ditenggelami air. 

Selepas 5 Tahun bencana dahsyat itu berlaku, tebing tasik yang terbentuk akibat gempa bumi itu telah rosak sekaligus menyebabkan air di tasik itu mengalir keluar sehingga mengakibatkan banjir besar yang beraku dalam tempoh 50 tahun. Akibat daripada pengaliran keluar air tasik itu, perkampungan yang ditenggelami air 5 tahun lalu muncul sehingga orang tempatan di sekitar kawasan tersebut mengelarkan ianya kampong yang muncul dari kubur dan seperti perkampungan ‘berhantu’. 


Lihat beberapa gambar dibawah..













Friday, 26 September 2014

Unknown

Alvin Tan Cetus kontroversi lagi


Alvin Tan, salah seorang dari pasangan blogger seks terkenal Malaysia  'Alvivi' nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan status yang dimuatnaik olehnya di Facebook miliknya.

Lihat saja gambar yang telah diupload oleh Alvin diatas, terpampang jelas perkataan "FUCK UMNO".

Menurut apa yang ditulis di dalam statusnya itu, Alvin menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan akta hasutan yang telah menyebabkan ramai di Malaysia dihukum. Menurutnya juga, dia mengeluarkan status sedemikian rupa sebagai 'wakil' kepada mereka-mereka yang telah dihukum dibawah akta itu.


Selain itu, Alvin juga turut mengeluarkan beberapa kata-kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi Malaysia termasuklah Perdana Menteri sendiri.  Didalam statusnya itu, Alvin mengatakan Najib sebagai 'tiada telur', Zahid Hamidi sebagai 'penjahat sejati' dan menyamakan Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmier.

Alvin Tan yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia  mendakwa beliau telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik. Tan dan pasangannya Vivian Lee menghadapi tuduhan di bawah Akta Penapisan Akta Hasutan dan Filem Malaysia. - SiakapKeli.com