Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday, 11 March 2015

Unknown

isu Seksi: Diana Danielle Jangan Perbodohkan Diri – Zed Zaidi



NAMA pelakon Diana Danielle kembali menghangatkan industri hiburan tempatan apabila gambarnya beraksi seksi untuk sebuah majalah mulai tersebar di media sosial dan portal hiburan, minggu ini.

Difahamkan sesi penggambaran majalah lelaki itu diadakan pada bulan lalu untuk keluaran edisi Mac 2015.
Banyak pihak kurang senang dengan tindakan pelakon bergelar ibu itu, yang dilihat tidak sopan serta melanggar batas-batas seorang wanita Muslim.
Mengulas perkara itu, Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata, setiap artis perlu lebih bijak berfikir dan tidak memperbodohkan diri sendiri dalam melakukan apa saja tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi kesan buruk terhadap industri seni tempatan.

“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalat oleh mana-mana pihak. Apa saja job yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.
“Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu. Misalnya kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?
“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk sama ada wajar atau tidak mereka menerima job tersebut.
“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.
“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi tidak baik pada industri seni,” kata Zed, sebagaimana dilaporkan portal Malaysian Digest.
Pada masa sama, Zed menyokong tindakan Diana yang tidak tampil dengan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
“Tentang apa yang sudah sudah terlepas itu, kita maafkanlah dia (Diana).
“Tapi saya bersetuju dan sokong tindakan dia berdiam diri dan tidak bagi komen apa-apa sebab begini, cakap salah tak cakap pun salah.
“Kalau dia memberi penjelasan mungkin kenyataannya itu nanti akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan jadi lebih buruk.
“Jadi, eloklah dia senyap dan biarlah perkara ini sejuk sendiri nanti,” katanya.
Hmm, ada betulnya cakap Zed tu, mungkin lepas ni kalau dapat sebarang tawaran sebegitu, seseorang artis itu perlulah berfikir sedalam-dalamnya sebelum bersetuju dengan memikirkan sebarang implikasi yang bakal dihadapi mereka.
Mungkin Diana, 24, sudah tersilap langkah tapi tak mengapalah, jika dia mahu ambil pengajaran daripada kontroversi ini.


Sumber : Mynewhubs

Tuesday, 10 March 2015

Unknown

4 Gambar Mawar Fareeda Selepas Disihir Orang?

Disihir Orang?



Mawar Fareeda Disihir Orang Sehingga Sukar Untuk Mengandung

Malah perbuatan khianat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.

Bercakap kepada wartawan Melodi, Fizo tidak menidakkan dakwaan itu namun mengakui perkara tersebut mungkin berlaku di luar pengetahuannya.

4 Gambar Mawar Fareeda Selepas Disihir Orang?

Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.

Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya.

Tambah Fizo, semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat menerima cahaya mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.

Umum mengetahui tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang perniagaan yang diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan tersebut, ada pihak bertindak menyihir mereka berdua dan ini jawapan Fizo:

Berkaitan dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau boleh kita bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap. Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki.

Kesian pula bila mengenangkan nasib orang kita bila berniaga, asal berjaya sikit mesti ada yang iri hati sehingga sanggup menggadaikan iman dengan melakukan perkara khurafat dan syirik. Buat Fizo dan Mawar, bersabarlah. Rezeki pasti ada InsyaAllah.

Friday, 6 March 2015

Unknown

Reaksi Pilu Bella Dally Bila Nazim Othman disahkan Ada Ketumbuhan Otak




Sebagai seorang kekasih, Bella mesti menjadi orang pertama Nazim Othman mengadu nasib.


Nazim Othman dikatakan mungkin menghidapi barah otak setelah memuat naik keputusan MRI 2 minggu yang lalu.

Diharap Bella dan Nazim tabah dalam menghadapi situasi ini.

Unknown

Foto Anak Teruna Fauziah Latiff, Jeffry Dan Jeremy

Siapa tidak kenal dengan Fauziah Latiff satu nama besar suatu ketika dahulu, beliau yang semakin di minati dan ingati peminat-peminat beliau sehingga sekarang.
Suaranya yang lunak menjadi ingatan para peminat beliau. Mempunyai paras rupa yang menarik menjadi tarikan untuk lelaki di luar sana.
Di dalam gambar itu, kami berpeluang melihat wajah kedua-dua anaknya iaitu Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12 bersama bapa mereka iaitu Johan Indot yang juga bekas suami Fauziah Latiff. Amboi dah besar panjang rupanya si Jeffri.
Tengoklah wajah Jeffri ni. Handsomekan? Lepas tu ada iras Fauziah Latiff pulak tu. Tapi iras wajah aktor Shahz Jaszle pun adalah…Tapi, kami rasa Jeffri lebih kacak daripada Shahz Jaszle.
Apa lagi jom intai beberapa keping gambar teruna Fauziah Latiff yang sempat di rakam.
 TERKINI! Gambar Anak Fauziah Latiff, Jeffry Dan Jeremy
sumber :http://sayanghanyauntukmu.com/

Incoming search terms:

  • Gambar anak teruna fauziah latif
Unknown

Lagi Foto Selfie Menarik Che ta & Zain Saidin Tunaikan Umrah (10 foto)





Alhamdulillah. Bukan senang untuk mendapat jemputan ke rumahNya. Sejuk mata memandang melihat pasangan romantik ini menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Agaknya bila pula giliran kita ye?

Semoga segala urusan mereka di tanah suci dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah.

Kekal berhijab

Sejuk mata memandang melihat Che ta manis mengenakan hijab sewaktu di tanah suci. Diharap juga Che ta dapat kekal berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah ini.