Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, 15 June 2016

Unknown

Awas dengan Ayam Tiruan tak halal dari China



Umat Islam di negeri ini dinasihat supaya berhati-hati ketika membeli ayam proses di pasar-pasar ...

Umat Islam di negeri ini dinasihat supaya berhati-hati ketika membeli ayam proses di pasar-pasar ekoran rampasan bekalan ayam import 1 tan dari China menggunakan sijil halal palsu.

Satu sumber memberitahu, ketika ini Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menjalankan siasatan ke atas sebuah syarikat makanan sejuk beku yang disyaki menggunakan sijil halal palsu untuk menjual ayam yang diimport dari China.

Kata sumber itu, penipuan tersebut terbongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa JKDM, JAIS dan Jabatan Veterinar Sarawak menahan sebuah kontena berisi daging ayam proses di Pelabuhan Senari di sini pada pukul 8 pagi, Selasa lalu tetapi diisytiharkan sebagai sayur brokoli dari China.

Thursday, 3 September 2015

Unknown

Mukhriz belum terima makluman beliau antara 7 akan dipecat

 


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menganggap mesej mengenai pemecatan beliau bersama enam pemimpin UMNO lain yang tersebar melalui WhatsApp sejak malam semalam, sebagai perkara yang tidak wujud.

 Malah, Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai soal pemecatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah daripada UMNO Pusat.

 "List (senarai) ni macam-macam, ...tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.

 "Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat. "Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen-komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya ditemui di sini, pagi ini selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK).


Tuesday, 7 April 2015

Unknown

WAJIB BACA...Waspada !!! 5 Petanda Awal Kanser Yang Kerap Kita Abaikan !!!



SEBUT sahaja perkataan ‘kanser’ ramai mula membayangkan kesakitan dan risiko kematian akibat penyakit tersebut....


Namun apa yang lebih menakutkan, tidak ramai mengetahui diri mereka menghidap kanser sehinggalah ia sudah merebak dan hanya dikesan pada tahap akhir....

Kajian oleh pakar perubatan Barat menunjukkan terdapat lima gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin petanda awal kepada penyakit tersebut:

1. Batuk untuk tempoh yang lama dan suara serak

Batuk yang kerap muncul dan hilang biasanya dikaitkan dengan gejala alergi. Namun, jika ia tidak sembuh-sembuh dan disertai dengan darah, maka anda harus berwaspada kerana ia mungkin petanda awal kanser paru-paru. Pemeriksaan X-ray perlu dilakukan bagi mengesahkan penyakit tersebut....

2. Kesakitan yang berlarutan dan tidak dapat dijelaskan
Tidak semestinya sesuatu kesakitan disebabkan oleh kanser. Namun jika ia berlarutan untuk jangka masa panjang, ada baiknya anda melakukan pemeriksaan. Contohnya jika anda mengalami sakit kepala berterusan, siapa tahu mungkin ia ada kaitan dengan kanser otak? Begitu juga dengan kesakitan lama di kawasan dada atau perut yang mungkin petanda kepada kanser paru-paru dan ovari...

3. Perubahan saiz tahi lalat


Jika anda melihat saiz tahi lalat pada kulit anda bertambah besar daripada saiz asal, apa kata anda lakukan pemeriksaan walaupun ia mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanser kulit. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, betul tak?



4. Pendarahan abnormal


Pendarahan faraj yang tidak normal (di luar kitaran haid) boleh menjadi tanda awal kanser serviks, manakala pendarahan yang keluar dari dubur pula boleh jadi petanda awal kanser usus....

5. Penurunan berat badan yang tidak normal

Sesetengah orang mungkin teruja apabila berat badan mereka menurun khususnya bagi yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, jika ia menurun secara tiba-tiba tanpa ada usaha seperti berdiet ataupun bersenam, mungkin itu petanda kepada penyakit kanser. Segeralah rujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut....

Saturday, 8 November 2014

Unknown

(5 GAMBAR) AMY GORDON. SI GADIS GEMUK YANG MENJADI KURUS DAN SANGAT CANTIK


Menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan Kolej kerana bentuk tubuh yang gemuk adalah satu perkara yang mengecewakan seseorang. Di tambah lagi apabila bentuk tubuhnya menjadi sasaran modal untuk pelawak di atas pentas untuk melawak kepada penonton ianya adalah saat-saat yang amat memalukan apabila diketawakan oleh ramai hadirin yang hadir. 

Peristiwa tersebut terjadi kepada seorang wanita yang bernama Amy Gordon 29 Tahun dari Wolvehampton. Wanita yang mempunyai tubuh yang gemuk dengan berat badan mencecah 117Kg. Amy Gordon mempunyai berat badan yang agak berlebihan sehingga dia menjadi sasaran kutukan dan ejekan rakan-rakan sekolahnya. Setiap hari Amy Gordon mengakui tidak pernah lari daripada diejek dan dicaci kerana mempunyai badan yang gemuk. 


Peristiwa yang amat memalukan yang pernah terjadi kepada ketika dia menghadiri sebuah acara komedi dimana ketika itu pelawak di atas pentas membuat lawak tentang gadis-gadis berlemak. 

Kemudian Pelawak tersebut menunjuk ke arahnya dan berkata "Disana salah seorangnya"

"Tiba-tiba semua mata memandangnya dan bergelak sakan. Malam itu berubah menjadi satu mimpi ngeri kepada saya" Kata Amy.

Amy Gordon mula nekad untuk menguruskan badannya apabila dia meningkat dewasa. Semasa dia bekerja di Klinik Gigi dia dikelilingi dengan rakan yang sentisa memberi semangat kepadanya dan tidak mencacinya kerana berat badannya.

Amy Gordon mengambil masa selama 10 tahun untuk menurunkan berat badannya seperti sekarang. Pada mulanya sesi dietnya agak tidak teratur dimana berat badannya turun dan naik.

Sehinggalah Amy Gordon menyertai kumpulan Weight Watchers di Wolverhampton.

Amy Gordon berubah menjadi seorang vegetarian dan semenjak itulah berat badannya semakin menurun dengan teratur. 

Kini Amy telah berjaya menurunkan hampir separuh daripada berat badan asalnya iaitu dari 117Kg kepada 62Kg. Amy Gordon sedang berusaha menurunkan berat badanya kepada 50kg.




Amy Gordon kini lebih cantik, langsing dan seksi dan dia muncul sebagai penghias muka hadapan majalah Weight Watcher 2014.



Semasa Amy Gordon bercuti di Tunissia, beliau pertama kali memakai bikini sepanjang hidupnya. 

Semasa di klinik salah seorang pesakitnya bertanya kepadanya "Dimana Amy".

Apabila Amy menyatakan dialah Amy. Pesakit itu menggelengkan kepalanyadan berkata "Bukan, Amy lain. Gadis gemuk dan berambut hitam".

Amy tersenyum kerana dia bukan lagi gadis gemuk yang dicaci, dikutuk, dihina dan diejek dulu.

Saturday, 1 November 2014

Unknown

5 petua lambatkan keluar air mani..

petua lambat pancut
Seperti yang kita tahu, lelaki cenderung untuk mengalami orgasm lebih cepat dari perempuan. Biasanya lelaki apabila melakukan hubungan akan mengalami ejakulasi lima hingga sepuluh minit pertama manakala masa purata bagi perempuan adalah sepuluh hingga lima belas minit.
Di sebabkan itu permainan foreplay adalah penting supaya wanita akan terangsang sepenuhnya apabila anda mula melakukan hubungan  dan mereka cenderung untuk mengalami orgasm lebih awal dari anda.
Namun, ada juga perempuan yang memang liat untuk mengalami orgasm sehingga mengambil masa lebih 30 minit untuk mereka mengalami orgasm. Ini terjadi mungkin di sebabkan memang sifat wanita itu memang susah untuk mengalami orgasm. Petua ini akan memberi anda lima cara berkesan untuk anda tahan lebih lama di ranjang.
Timing rangsangan.
Bermain masa dengan ejakulasi anda.
Apabila anda terasa ingin mengalami orgasm, anda tarik zakar anda dari vagina dan biarkan ketegangan orgasm berkurangan.
Untuk elakkan pasangan anda hilang sensasinya, anda undur zakar anda dan ubah pada posisi yang lain pula.
Anda juga boleh meramas buah dada pasangan anda dan mencium bahagian G-Spot atau mejilat “biji kelentit” sambil mengurangkan ketegangan orgasm anda.
Selepas beberapa ketika, anda teruskan kembali persetubuhan dengan pasangan anda.
Posisi seks : Zakar lebih dalam di dalam vagina.
Cara kedua adalah memastikan zakar anda boleh menjolok vagina pasangan anda lebih dalam lagi.
Salah satu caranya adalah melalui posisi duduk di mana perempan meluruskan kakinya dan anda bersetubuh
sambil duduk.
Masukan zakar dalam ke lubang vagina akan merangsang pasangan anda untuk mengalami orgasm lebih cepat dari anda.
Pakai kondom
Cara ini mungkin anda tidak akan ikut tetapi ia berkesan untuk memanjangkan masa di ranjang.
Pemakaian kondom menyebabkan zakar anda tidak mudah terangsang anda akan bertahan dengan lebih lama.
Melancap @ blowjob sebelum bersetubuh.
Anda boleh melancap sebentar di bilik air sebelum bersetubuh.
Ejakulasi kedua selalunya akan mengambil masa yang agak lama untuk keluar.
Selain melancap, anda juga boleh minta pasangan anda untuk blowjob zakar anda sehingga keluar air mani.
Tukar rentak.
Apabila anda rasa ingin keluar tetapi pasangan anda belum, anda boleh memperlahankan kayuhan  zakar anda.
Lakukan tujahan laju dan perlahan secara berselang seli.
Apabila anda sudah rasa ok, anda lajukan kembali rentak persetubuhan anda

(Visited 346 time, 357 visit today)

Thursday, 30 October 2014

Unknown

PENJELASAN PAKAR MENGENAI LAPORAN PELEKAT MAGNET PETI SEJUK PUNCA KANSER


Sebelum ini media sosial kecoh dengan penyebaran satu laporan mengenai kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabilapelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakitkanser.
Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu. Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap. [BACA LAPORAN BERKENAAN DISINI]
Penjelasan pakar mengenai laporan pelekat magnet peti sejuk punca kanser – Bagaimanapun menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.
penjelasan pakar mengenai laporan pelekat magnet peti sejuk punca kanser
Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya. Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.
“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan. Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain. Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.