Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Monday, 31 August 2015

Unknown

TEMBOK BESAR INDIA

Terletak 84 km sebelah utara dari Udaipur, di negara bagian Rajasthan, India barat, Kumbhalgarh Fort adalah benteng yang paling penting kedua setelah Chittorgarh di wilayah Mewar. Terletak dalam rantai pegunungan...

Unknown

'Melayu Takkan Menjadi Bangsat Kalau Najib Tinggalkan UMNO'

KUALA LUMPUR - Orang Melayu tidak akan menjadi 'bangsat' jika orang yang berkata demikian sebelum ini bertindak meninggalkan parti UMNO, sekali gus tidak memerintah negara lagi, kata bekas Perdana Menteri,...

Unknown

Penganjur, peserta perhimpunan haram akan dikenakan tindakan - Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA IPOH: Penganjur dan peserta perhimpunan haram BERSIH 4 akan dikenakan tindakan mengikut pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada, kata...

Unknown

Kenapa Mengandungkan Anak Luar Nikah Jauh Lebih Senang Untuk Bersalin [Pandangan Sudut Agama]??? Ini Jawapannya !!!

Semoga semuanya sihat selalu. Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa orang perempuan yang mengandug anak luar nikah ni senang je beranak? Mengandung pun orang tak perasaan. Tak ada jalan terkedek-kedek bila...

Unknown

Masih Ingatkah Anda Dengan Haziq Tom Tom Bak ??? Wajah Terbaru 2015 Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami !!!

   Mesti ramai yang masih ingat dengan lakonan Haziq Tom Tom Bak dalam filem Syurga Cinta inilah wajah terbaru beliau#$% (dah berisi sekarang) ...

Saturday, 29 August 2015

Unknown

6 Gambar Kembar Iras Ala-Ala Artist Malaysia , Yang Gambar No 6 Tak Tahan Gelak Tengok !!! #repost




Mungkin seiras tapi tak serupa. Kan. Itulah kembar-kembar kita di dunia ni, mungkin hanya selebriti sahaja yang dapat mereka kenali. Kalau kita, ada rezeki terjumpa lah tu.@#$%

Gambar no.6 tu mungkin lawak sikitkan. hhaahaha



Wednesday, 19 August 2015

Unknown

[ALQuran vs Sains] Misteri Api Menyala Di Dasar Lautan

Pada pertengahan tahun 1990-an, dua orang ahli geologi dari Rusia, Anatol Sbagovich dan Yuri Bagdanov bersama rakan saintis mereka dari AMerika Syarikat, Rona Clint telah menemui satu cahaya aneh yang...

Thursday, 13 August 2015

Unknown

Al Fatihah Untuk Hazami ( Sonata Musim Salju)

...

Wednesday, 5 August 2015

Unknown

Terkini: Fatwa Penggunaan Rokok Elektrik/E Cigarette/Vapor dari Mufti Wilayah





Trend terkini selalu kita lihat ramai perokok telah bertukar kepada penggunaan vapor/E Cigarette/rokok elektrik di mana dikatakan penggunaannya lebih sihat dan menjimatkan.

Selain baunya yang wangi dan sedap ia dikatakan bebas dari bahan kimia lain selain hanya perisa makanan, air dan sedikit nikotin berdasarkan keperluan.

Namun adakah hukum menghisap rokok ini adalah berbeza dengan rokok sebenar dan perkara ini telah diulas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di mana beliau telah menfatwakan penggunaan vapor ini adalah haram seperti rokok sebenar.

Hukum Menggunakan Rokok Elektrik/ E Cigarette/ Vapor Difatwakan Sebagai Haram Sama Seperti Rokok Sebenar

IRSYAD FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPOR
Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj.

Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa.

Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.

Definisi Rokok Elektrik

Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor.

Pendapat Pakar

Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :

-Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.

-Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.

-Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok” Lihat http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr34/en/


Hukum

Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami ‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:

-Qiyas kepada rokok sebenar
-Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
-Pembaziran
-Meniru budaya yang bukan Islam
-Dilihat tidak bermaruah

Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.

Fatwa Ulama’

Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram. (Lihat http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=129680)
Penutup

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia.

Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Siakapkeli.my

Sumber


Monday, 3 August 2015

Unknown

(10 Gambar) Dulunya Selekeh,Kini Wanita Ini Sudah Berubah Menjadi Cantik,AWESOME,Bijak Dan Seorang Ahli Perniagaan Yang Berjaya

Kaum lelaki mesti rasa menyesal sebab tak pernah cuba untuk ‘mengorat’ kan? Hanis Arif ini bukan sahaja cantik, tapi merupakan seorang business woman berjaya gitu! Zaman serkup sampai kening! 0inShare...

Sunday, 2 August 2015

Unknown

SERPIHAN MH370 Di JUMPAI di PULAU LA REUNION

Susulan penemuan serpihan berukuran 2 meter yang dipercayai sayap kapal terbang, Malaysia telah menghantar satu pasukan ke Pulau La Reunion yang terletak di luar pantai timur Afrika untuk mengenal pasti sama...

Saturday, 1 August 2015

Unknown

Sempat rakam gambar UFO

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Serv9Mahmood menunjukkan gambar didakwanya UFO yang berjaya dirakam ketika atas jambatan yang menghubungkan sempadan Pinang Tunggal Kedah dan Pulau Pinang.SUNGAI PETANI – Seorang...

Page 1 of 106123Next