Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Thursday 30 April 2015

Unknown

PESTA KEAGAMAAN YANG KEJAM PUNCA TERJADINYA GEMPA BUMI DI NEPAL??






Sebelum gempa bumi Nepal yg meragut 1400 manusia...satu pesta keagamaan hindu telah berlangsung seminggu sblm gempa berlaku dimana pesta itu disambut dgn membunuh 1500 ekor kerbau..ayam dan haiwan lain yg disambut 5 tahun sekali..haiwan ini diatur dan dihacked to death dan bukan bertujuan utk dimakan tapi sebagai offering to the Gods. My view is...only human create the culture n label it as being holy....the cries n suffering of these poor creatures sampai ke langit 7..never underestimate gods way of showing us mere humans. hanya yg berkuasa yg maha mengetahui.


Inilah berita yang admin terima melalui whatsapp hari ini. Mungkinkah? Tetapi selepas admin google dan terjumpa di sini bahawa gambar tersebut telah dimuatnaikkan di internet sejak tahun 2014 dan di sini pula pada tahun 2013 (merujuk kepada gambar yang sama). Walau bagaimanapun upacara tersebut akan di adakan pada setiap lima tahun sekali.







Nepal: Lebih daripada 250,000 haiwan di kumpulkan untuk penyembelihan sebagai memulakan perayaan agama selama dua hari di mana kerbau, burung dan kambing yang dikorbankan untuk dewi Hindu. Berjuta-juta penganut Hindu berduyun-duyun ke majlis itu, yang diadakan setiap lima tahun di kuil Gadhimai, dewi kuasa, di Bariyarpur, Nepal, berhampiran sempadan India.

Kali terakhir festival itu telah diadakan, pada tahun 2009, lebih daripada 250,000 haiwan dikorbankan. Aktivis hak asasi haiwan seperti PETA yang berkempen untuk menghentikan pengorbanan haiwan-penyembelihan, tetapi walaupun mereka berusaha, penganjur festival itu telah berjanji bahawa tahun ini akan menjadi yang terbesar lagi.


Walau apa pun manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi hamba Allah yang soleh. Berbuat baik kepada haiwan adalah tugas seorang khalifah. Ingatlah, binatang yang kita berbuat zalim ini akan menuntut haknya di akhirat kelak. Wallahualam.  

Wednesday 29 April 2015

Unknown

FENOMENA ORANG 'KAFIR' MENGANDUNGKAN 'ANAK ISLAM'


FENOMENA ORANG 'KAFIR' MENGANDUNGKAN 'ANAK ISLAM' 

Sekarang ini ramai "Orang Islam mengandungkan anak 'orang kafir'. Sebaliknya 'orang kafir' pula mengandungkan anak 'orang Islam'!” Apa tidaknya... hampir semua amalan ataupun tabiat Islam yang baik-baik itu telah digunakan pakai oleh orang bukan Islam. Bangsa Jepun yang majoritinya bukan Islam mengamalkan penjagaan kebersihan, mendidik akhlak dan menepati masa. Sifat patriotisma dan jihad mereka dalam kerja juga tinggi. 

Pencapaian teknologi, pendidikan dan kepetahan berhujah mereka juga unggul sekali. Kita semua tahu itulah sebenarnya ajaran Islam. Hasilnya adalah kesejahteraan (salam)... Kerana itu Jepun menjadi antara negara yang dihormati dan disegani saat ini. Begitu juga Israel walaupun mendapat jolokan zionis. Tapi orang Islam sendiri tidak mempraktikkan cara Islam. Kerana itu hidup masyarakat kita tidak sejahtera (salam) pada hakikatnya, melainkan pada namanya saja. Rumahtangga kucar kacir, akhlak anak-anak teruk, ekonomi jatuh dan hutang keliling pinggang. Pencapaian teknologi dan pendidikan kita juga tercorot di mata dunia. Itulah kesejahteraan yang palsu/fasik bagi kita kerana ianya hanya berbentuk angan-angan dan sangka-sangka belaka. 

Munafik ialah gelaran yang layak untuk kita. Dalam satu sudut lagi, hari ini ramai ibu-ibu yang sudah tidak tentu arah keimanan dan keislamannya. Ramai ibubapa yang telah berzina sebelum bernikah dan masih juga berzina selepas berkahwin. Anak-anak apatah lagi! Ya.. Terlalu ramai dari ibu Islam yang mengandungkan anak hidup dalam kefasikan dan kemungkaran. Kerana itu, lahirlah anak yang bakal dibentuk secara tidak islamik mengikut jejak ibunya. Orang kata "bapa borek anak rintek". Jika "ibunya ANAK ABU maka anaknya bakal jadi BOHSIA". Akhirnya mereka akan membesar dalam cara hidup yang dipenuhi 'kemungkaran’ walaupun masih Islam pada namanya. Sebaliknya, ramai ibu-ibu bukan Islam (yang sekarang kita gelar ‘kafir’) sedang mengandungkan anak yang akan mengembangkan cara hidup Islam. Orang Nasrani dan Yahudi bahkan Budha dan Hindu yang tidak pun sekuat mana pegangan agamanya masih meneruskan nilai murni agama mereka. Kami malu apabila mereka kongsikan cara hidup mereka kepada kami.

 Kebanyakan mereka masih meneruskan infaq 10% dari pendapatan mereka, ada kalanya lebih dari itu. Kerana itu kewangan komuniti mereka kukuh dan masyarakat mereka terbela walaupun tanpa bantuan kerajaan. Ramai di kalangan mereka yang tinggi nilai kemanusiaannya berbanding kita. Mereka juga sanggup bersatu padu. Kita pula menganggap infaq yang sebenarnya wajib itu sebagai ‘sunat’ sahaja. Apa itu asas sedekah, zakat dan infaq pun kita sudah tidak berapa tahu lagi. Jauh sekali untuk melaksanakan dengan sebenar-benarnya. Islam menyeru untuk bersatu dengan satu fahaman namun kita lebih suka berselisih faham dan berpecah belah tidak karuan, baik dalam fahaman agama mahupun politik. Keganasan dan caci maki di kalangan kita ada kalanya jauh lebih brutal dari orang bukan Islam. AlQuran kitab suci kita masih asli skrip Arabnya, namun sudah tidak kita fahami MAKSUD yang sebenarnya walaupun kita tahu MAKNANYA. Pelbagai tafsiran yang berbeza-beza dikeluarkan oleh begitu ramai penterjemah. 

Akhirnya anak-anak kita bingung, terbelenggu dan tidak merdeka mindanya terhadap agama. Apabila anak-anak kita cuba untuk memahami alQuran, ada sahaja yang menyekat. Ia seolah-olah sudah jadi macam satu dosa kerana kononnya alQuran mesti dirujuk kepada kitab lain dahulu. Ia sudah terbalik. Seharusnya kitab-kitab lain tulisan manusia itulah yang harus dirujuk kepada alQuran untuk memastikan kebenarannya. Pada masa yang sama, ramai orang 'bukan Islam' pula yang kini bersungguh-sungguh membaca alQuran dan mencari rahasianya. Yang berniat baik akan memeluk dan memperjuangkan Islam. Anak-anak mereka akan lebih faham Islam berbanding anak kita. Yang jahat pula akan mencari takwil yang sesuai untuk melemah dan memesongkan anak-anak kita. QS:2. Al Baqarah 78-79. "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah" untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan". 

Akhirnya ramai yang serah diri saja bulat-bulat kepada guru dan ulamak ‘terbitan’ yang berbagai rupa sehingga ramai yang terjajah mindanya. Kita jadi generasi kayu mati yang bersandar kepada orang lain sahaja (QS:62/5, 63/4).. Padahal ulamak yang masih hidup atau kitab-kitab yang mahu dirujuk juga saling berselisih isi penjelasannya sehingga kefahamannya juga gagal dilaksana. Lalu harus bagaimana dengan kita? Padahal setiap diri harus tahu kerana di kubur nanti malaikat akan tanya setiap dari kita. QS: 5. Al Maa'idah 20. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi nabi di antaramu, dan dijadikan-Nya KAMU ORANG-ORANG MERDEKA, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun di antara umat-umat yang lain." 

Dengan Rahmat Allah, amanah Islam ini mungkin bertukar dari satu 'bangsa' yang menggelar Islam hanya pada namanya sekarang ini kepada satu 'bangsa lain' yang tiada kena mengena dengan kita sama sekali. Itu salah satu dari sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu. Jika kita tidak jaga amanah ini, maka tidak mustahil nikmat Islam dan kekhalifahannya akan Allah ganti dengan umat yang lain. QS: 7. Al A'raaf 137. Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka QS: 4. An Nisaa' 133. Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa berbuat demikian. QS: 29. Al 'Ankabuut 18. Dan jika kamu mendustakan, maka umat yang sebelum kamu juga telah mendustakan. Dan kewajiban rasul itu, tidak lain hanyalah menyampaikan dengan seterang-terangnya." QS: 23. Al Mu'minuun 31. Kemudian, Kami jadikan sesudah mereka umat yang lain. QS: 23. Al Mu'minuun 42. Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka umat-umat yang lain. 

Apa yang kita tunggu sebenarnye? adakah kita masih belum menjumpai jalan yang hendak dituju? ataupun jalan memang ada depan mata, cuma kita yang buat-buat tak nampak? Renungan pagi. WARGA PRIHATIN NOTA TAMBAHAN: QS: 3. Ali 'Imran 110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. QS: 62. Al Jumu'ah 5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. 

Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. QS: 16. An Nahl 44. keterangan-keterangan dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan, Sumber: Warga Prihatin facebook

Tuesday 28 April 2015

Unknown

BENDERA LAMA NEGERI KELANTAN MERUPAKAN LAMBANG SEEKOR ANJING



Bendera Lama Negeri Kelantan Sebelum Ditukar Kepada Bendera Sekarang. Mungkin ramai anak muda Kelantan sudah tidak kenal simbol ini. Namun jika ditanya pada pakar sejarah Kelantan dan orang-orang tua Kelantan mereka mungkin akan kenal. Menurut orang-orang tua ini merupakan simbol panji, bendera atau wilayah lama bagi negeri Kelantan. Ya ianya simbol seekor anjing. Namun bukan sebarang anjing. Anjing ini bernama Kitmir atau Khatmir. Ianya merupakan anjing yang menemani pemuda-pemuda dalam peristiwa Ashabul Khafi. Bendera ini digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber: SSTDMM FB Bendera Kelantan yang berlatar belakang warna merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata manakala warna putih pula menandakan kesucian Sultan negeri Kelantan. Anak bulan dan bintang menandakan agama Islam sebagai agama rasmi negeri. Mahkota pula menandakan kedaulatan Sultan yang memerintah negeri manakala dua batang tombak dan dua bilah keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu negeri Kelantan.
Bendera Lama Negeri Kelantan

Bendera Kelantan yang berlatar belakang warna merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata manakala warna putih pula menandakan kesucian Sultan negeri Kelantan. Anak bulan dan bintang menandakan agama Islam sebagai agama rasmi negeri. Mahkota pula menandakan kedaulatan Sultan yang memerintah negeri manakala dua batang tombak dan dua bilah keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu negeri Kelantan.
Unknown

KONSPIRASI DAJJAL MAHU MEMBUNUH “MUHAMMAD AKHIR ZAMAN”





Serangan Barat terhadap Islam dengan pelbagai fitnah adalah serangan langsung kepada pembawa risalah Islam itu, yakni Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Bagi sesiapa yang mengenali akhlak dan peribadi Baginda yang suci, nescaya segala tohmahan tersebut amat melukakan hati. Musuh Islam mahu menghapuskan kecintaan umat pada Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, mereka mahu menghapuskan nama Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam pada dunia moden ini. Gerakan Dajjal mengetahui bahawa tiada yang boleh menghalang mereka untuk menguasai dunia ini melainkan pengikut Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Saya tertarik dengan satu tulisan di blog Ibnu Yaakob yang mengatakan bahawa serangan yang dilakukan pada Iraq dan Afghanistan bukan atas alasan minyak semata-mata atau mencari kekayaan. Ini kerana mereka sudah memiliki kekayaan, tapi yang sebenarnya ialah untuk mencari pengganti Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam iaitu Imam al-Mahdi yang amat diyakini berada di negara tersebut. Sebab itulah banyak serangan tertumpu pada wanita dan kanak-kanak atau orang awam yang disyaki mempunyai pertalian dengan Imam Al-Mahdi.





Para pelampau Yahudi tidak akan berputus asa. Walaupun dalam kitab mereka sudah menyatakan akan lahirnya Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam,Nabi akhir zaman, tetapi mereka akan pastikan Muhammad akhir zaman adalah daripada keturunan mereka dan membantu mereka menguasai dunia. Justeru itu mereka telah menghantar pasukan pengintip di segenap penjuru untuk mencari kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri nabi akhir zaman. Jika bukan di kalangan mereka, ia hendaklah dibunuh. Sejarah mencatatkan bagaimana Buhaira, seorang pendeta Yahudi yang apabila melihat Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam ketika mengikuti Abu Talib dalam rombongan perniagaan ke Syam, beliau menyarankan agar Abu Talib membawa Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang masih kanak-kanak itu kembali ke Mekah, kerana dibimbangi akan dibunuh oleh agen Yahudi apabila menemuinya. Kalaulah di zaman yang tiada teknologi pun mereka sudah mampu memiliki fakta-fakta bentuk gambaran Nabi ketika kecil untuk diberi pada agen Yahudi untuk membunuhnya, apatah lagi di zaman ini. Mereka tahu segalanya telah disusun atur oleh Allah tetapi mereka tetap berani mahu menentang aturan Allah. Kini mereka tidak mahu tersilap melepaskan al-Mahdi sedari zaman kanak-kanak lagi, dibimbangi berulang kembali kealpaan mereka dahulu yang membiarkan Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam membesar sehingga akhirnya memusnahkan mereka. Walaupun di kalangan umat Islam berlakunya pelbagai aliran kepercayaan terhadap kelahiran Imam al-Mahdi, tetapi bagi Zionis, ia adalah pasti. Ini dapat dilihat melalui pembongkaran penulisan dan perbincangan mereka terhadap al-Mahdi.

MISTERI KERJASAMA YAHUDI DAN NASRANI

Yahudi dan Nasrani pada sejarahnya bermusuhan sesama mereka. Amat mustahil untuk mereka bergabung disebabkan tiada titik pertemuan dalam ajaran kedua agamanya. Justeru apabila mereka bergabung kini, ia suatu misteri yang mesti dikaji. Berbanding Islam, ia agama yang mempunyai titik pertemuan dengan kedua ajaran tersebut dengan memuliakan Nabi Isa a.s dan menyucikan ibunya, Siti Maryam. Bahkan Islam amat bertoleransi dengan menganjurkan hubungan yang baik dengan kaum Yahudi dan Nasrani, sehingga boleh memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan perempuan di kalangan Ahli Kitab. Semua perintah tersebut terpakai selagi Yahudi dan Nasrani tidak bersama menjadi kawan sesama mereka. Namun apabila berlaku sebaliknya, Allah memerintahkan umat Islam menjauhi kaum tersebut sebagaimana firmanNya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu.” (Al-Maidah : 51)

Ini disebabkan penggabungan Yahudi dan Nasrani sebenarnya adalah membentuk satu agama baru yang sebenarnya menjalankan ritual penyembahan kepada IBLIS atau di istilahkan sebagai LUCIFER. Mereka bukan penganut agama Ahli Kitab lagi, bahkan agama ajaran Dajjal yang telah berjaya mempengaruhi para penganut kedua-dua ajaran samawi tersebut melalui tipudaya para PENDITA JAHAT agar meninggalkan agama mereka sejak sekian lama; lalu menyembah dirinya dan syaitan. Mereka ini asal punca keturunan yang memang memusuhi Allah SWT. Contohnya keturunan elit istana dari zaman purba Mesir (Firaun) mengalir dalam darah keturunan kedudukan Diraja di Eropah hari ini. Jika anda tidak tahu, upacara pertabalan Queen of England yang diamalkan hari ini sebenarnya adalah lebih kurang sama seperti upacara pertabalan Firaun sejak beribu tahun dahulu di Mesir. Ia berkaitan alat-alat kebesaran yang digunakan, juga simbol-simbol Yahudi yang digunakan dalam upacara pertabalan dan ritual-ritual satanis “kecil” yang diamalkan semasa pertabalan. Jelas mengapa penyembah Iblis ini memusuhi Islam. Ia kerana mereka mahu menggulingkan akidah tauhid dan menguasai umat serta negara Islam secara 100 peratus. Agama-agama lain di dunia pula sudah berjaya disesatkan secret society penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal lagi. Agama Nasrani berjaya disesatkan konsep ketuhanannya dengan dimasukkan elemen Triniti (Tuhan Bapa-Anak, Tuhan-Roh Kudus) dengan perantaraan konco bernama Paulus yang kini dikenali sebagai tokoh penyebar agama itu. Agama Yahudi Judaism pula berjaya diselewengkan dengan memecahkan bangsa itu dan memusnahkan teks Kalam Allah (Taurat, Zabur) melalui penjajahan dan perhambaan di Babylon, Assyria, Rom dan Greek sehingga bangsa itu hilang identiti Hebrew. Kedatangan Islam untuk menyampaikan Quran bagi menyempurnakan kitab-kitab yang dimusnahkan dicemari penulisannya itu menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan syaitan bertopeng manusia ini (Kultus Syaitan), kerana Islam akan membawa manusia kembali mengenal Tuhan yang wajib disembah. Agama-agama lain (bukan daripada perintah Allah) terutama polytheistic yang menyembah banyak dewa dan patung pula tidak diganggu oleh Illuminati kerana langsung tidak mengancam perancangan mereka.






Penyembah Allah dan Pendukung setia ajaran Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang mulia (para ulama’, para auliya’) kini di hujani pelbagai fitnah dan serangan istilah; Mereka dituduh sebagai pengganas, taksub, fundamentalis, pelampau agama, terroris, bapa bid’ah dan sebagainya. Ia adalah kesan ancaman fitnah pengikut Dajjal (pengikut syaitan) seperti yang pernah dipesan oleh Nabi kita yang mulia Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam lebih 1400 tahun lalu. Islam yang merupakan satu-satunya agama Allah yang masih mendokong Tauhid terus ditentang habis-habisan dan cuba disesatkan, di bida’ahkan sebagaimana ajaran-ajaran Tauhid terdahulu. Hari ini, penyembah syaitan ini sudah hampir kepada perancangan terakhir mereka. Pendukung aliran Zionis berusaha melepaskan semula Dajjal yang bermata satu atau Dewa Horus (Dewa Mesir Purba) atau One-Eyed Sun God. Bukti perancangan dan agenda mereka berada di sekeliling kita tanpa semua di kalangan kita sedar. Golongan Zionis (pengikut Dajjal) ini dibenci oleh Ahli Kitab Yahudi (Orthodoks) dan Nasrani yang benar, tetapi golongan syaitan ini pandai berselindung di sebalik wajah agama Yahudi dan Nasrani sehingga masyarakat dunia tertipu.

 Yahudi Ortodox tidak pernah bersetuju dengan gagasan Zionis (rujuk Protokol Zionis) dan lebih menghargai keamanan. Yahudi Ortodox ini juga pernah disampaikan dakyah Zionis bagi merealisasikan negara Yahudi Israel melalui agenda Nazi namun mereka menolak dan kesannya, mereka dibunuh (Peristiwa Holocust). Mereka dibunuh bahkan diperalatkan untuk mengaburi serta mendapat simpati dunia agar merestui penubuhan negara Israel yang wujud hari ini. Manakala Yahudi yang berfahaman Zionis dan Mason pula dibenarkan hidup untuk merealisasikan penubuhan Israel. Di mana Yahudi Ortodox ini tinggal hari ini? Mereka tidak tinggal di Israel tetapi berada di Amerika dan Eropah. Mereka hidup dalam kelompok tersendiri dan menyisihkan diri daripada kemajuan yang dikecapi dunia hari ini. Mereka sama seperti golongan Amish (Penganut Kristian Tradisional- terpinggir). Tetapi tidak bermakna mereka tidak terlibat langsung dalam agenda Illuminati, mereka dilibatkan sama dan kita umat Islam juga turut dilibatkan sama tanpa kita sedari. Kita berada di zaman yang berhadapan dengan serangan ‘Syaitan Besar’ iaitu Dajjal. Rasulullah saw banyak mengingatkan kita akan Dajjal ini. Segala tokoh dan negara yang berpengaruh tunduk padanya kerana ia menjanjikan kekuasaan dan kekayaan. Amerika, Britain dan sekutunya kini dibawah panji-panji Dajjal untuk menguasai dunia. Seluruh manusia yang mencintai dunia, akan berada di bawah telunjuknya dan menyembahnya tanpa perlu menukar agama. Orang Islam, Kristian, Yahudi tetap dengan agama masing-masing, tetapi hati dan fikiran mereka menyembahnya kerana ia mampu memberi kekayaan, kehebatan, pengaruh dan kekuasaan. 


BERSATU SEMARAKKAN PERJUANGAN CINTA RASULULLAH sallaLlahu ‘alaihi wassalam Segala keimanan yang berada dalam jiwa umat Islam ditarik perlahan-lahan dengan silaun kebendaan dan kecanggihan teknologi yang hebat. Jiwa ini perlu dipertahan dengan diikat sekuatnya dengan kecintaan pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Jiwa yang hidup dengan cinta pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam akan membuatkan seseorang itu teguh keyakinan pada ajaran Baginda berkaitan dengan keTuhanan, ibadah, syariat, alam barzakh, alam Mahsyar, neraka dan syurga.

 Jangan kita menyusun majlis Maulidur Rasul sekadar untuk mengingati Baginda, sallaLlahu ‘alaihi wassalam berarak dan makan minum, tetapi lebih jauh lagi adalah untuk merapatkan kembali saff Islam dalam mempertahankan diri daripada kehancuran akidah yang begitu hebat serangannya. Kita wajib bangun di atas kesatuan hati yang mencintai Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, dengan mengamalkan ajaran Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam dan menyakini bahawa tiada jalan lain mencapai kejayaan dunia dan akhirat melainkan jalan yang ditunjuki Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, tiada jalan lain untuk menjadi mulia dan tiada hina di dunia dan akhirat melainkan jalan yang ditunjuk Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, tiada jalan lain untuk mencapai cinta Allah melainkan dengan mengikuti Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam. 

Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah Nur yang didatangkan kepada seluruh manusia di alam yang penuh kegelapan ini. Sesiapa yang berpaling daripada Nur ini, mereka akan teraba-teraba dalam kegelapan dan mereka akan menjadi habuan syaitan dan Dajjal untuk meratah daging, hati dan tulang serta menjadi teman mereka dalam Neraka nanti. Semoga diharap pada pembaca laman ini, akan sentiasa menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul di rumah, di pejabat, melalui wadah masing-masing, di kampung masing-masing dan sebagainya demi untuk sebuah cinta, demi untuk menjaga akidah diri, keluarga serta masyarakat. Sambutan Maulidur Rasul adalah amalan yang amat ditekankan seluruh Ulama tradisi Alam Melayu di nusantara ini. Jangan biarkan amalan ini mati, ini adalah dakwah kebijaksanaan Ulama Alam Melayu dalam mempertahankan akidah dan ajaran Islam dengan penuh hikmah dan menepati jiwa orang Melayu. Marilah kita bersatu hati, satu rasa, satu fikrah, satu aspirasi dalam menghidupkan cinta pada Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam serta mencintai segala ilmu dan amalan Ulama Alam Melayu yang alim, soleh dan amat bijaksana.

Wednesday 22 April 2015

Unknown

Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya




Gambar hiasan.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.


Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.

Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidik dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau wali Allah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal?

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isterinya lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di kubur suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, bukan juga imam, bukan muazzin, bukan guru Al-Qur'an.

Malah suaminya tidak pandai membaca Al-Qur'an dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Al-Qur'an. Perkara ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya, apakah perkara-perkara pelik yang simati selalu lakukan dalam kehidupan hariannya.

Akhirnya isteri arwah tersebut teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam, suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.


Gambar hiasan.

Ia akan duduk dan membelek Al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al-Qur'an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-Mu. Janganlah Engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahanku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu“.

“Wahai Kalaamullah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat nanti”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Qur'an, buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Qur'an kesayangan suaminya itu.

Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al-Qur'an. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa.

Subhaanallah...

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/06/tidak-tahu-membaca-al-quran-tapi.html#ixzz3Y46W1Fxi
Unknown

TUN MAHATHIR SENARAIKAN KEGAGALAN DILAKUKAN OLEH NAJIB

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ pemimpin nombor satu negara itu.



Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

“Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

“Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

“Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” katanya.

Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

“Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.

“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” tulisnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.

“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

“Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

“Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,” katanya.Sumber
Unknown

GEMPAR !!! ...Seorang muslim dibakar hidup-hidup oleh kafir salibis



Anda tidak akan menemukan berita ini di media-media busuk kafir nan munafik manapun !!

Karena yang menjadi korban ialan seorang muslim !!

ya.. Seorang muslim asal Lahore Pakistan dibakar hidup-hidup oleh kafir salibis !!

Bukannya dipadamkan atau diselamatkan dari kobaran api, tubuh musimin ini dibiarkan gosong dan dijadikan tontonan...

YA ALLOH....

HANYA KEPADAMULAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN YA RABB...

copypaste via https://www.facebook.com/khilafahdawlaislamiyah100000



Tuesday 21 April 2015

Unknown

Buru samseng hingga lubang cacing – Zahid





AHMAD ZAHID HAMIDI

KUALA LUMPUR 19 April - kumpulan samseng di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang dikenal pasti menjadi lokasi panas kepada aktiviti gengsterisme akan dipe­rangi habis-habisan.

Arahan serta-merta itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berikutan insiden ganas melibatkan kumpulan samseng di Bandar Bukit Mewah, Klang, Selangor.

Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan polis memburu hingga ke lubang cacing kumpulan samseng bertanggungjawab membunuh dan mencederakan enam yang lain di Bandar Bukit Mewah itu.


Ibarat tiada lagi maaf kepada kumpulan yang dipercayai berpusat di Klang itu, beliau berkata, perbuatan samseng tersebut benar-benar mencabar kewibawaan polis dan mesti di­kenakan hukuman maksimum.

Serentak dengan itu, Ahmad Zahid memberi ingatan kepada pihak yang mendakwa diri mereka kononnya sebagai pejuang hak asasi, agar jangan cuba melindungi kumpulan samseng tersebut.

“Kementerian ini yang dipertanggungjawabkan menjaga ke­amanan dan keselamatan akan memerangi mereka hingga ke lu­bang cacing. Perbuatan me­reka benar-benar menca­bar ke­wibawaan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Ma­laysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi semalam yang dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan kawalan ke­selamatan, lima samseng bertindak menyerang tujuh pengawal keselamatan sebelum membakar hidup-hidup salah seorang daripada mangsa.


Lebih menyedihkan, mang­sa yang terbunuh, Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai dua bulan lalu manakala enam rakannya cedera ditetak menggunakan senjata tajam dan seorang berada dalam keadaan parah.

Turut dibakar dalam serangan tersebut adalah tiga pondok pengawal dan kejadian itu kini menyebabkan penduduk di kawasan Bandar Bukit Raja hidup ketakutan.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoal di mana pejuang hak asasi manusia yang selama ini gemar menjadi hero setiap kali polis bertindak ke atas penjenayah tetapi membisu seribu bahasa apabila rakyat menjadi korban.

“Bila rakyat menjadi mangsa akibat tindakan penjenayah di mana mereka? Mana hak asasi manusia kepada mangsa yang dibunuh ini? Mengapa pejuang hak asasi manusia tidak membela dan masih membisu hingga ke saat ini,” soalnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/buru-samseng-hingga-lubang-cacing-8211-zahid-1.82846#sthash.SSr3eDD6.dpuf
Unknown

Rompak 7-Eleven, 8 Remaja Dicekup Polis




SABAH - 8 remaja berusia lingkungan 20'an diberkas polis dalam kes rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Inanam, pagi tadi.

Dalam kejadian di kawasan Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu itu, 4 remaja perempuan dan 4 remaja lelaki merompak kedai 7-Eleven ditangkap awal pagi tadi.

Difahamkan, berlakunya adegan kejar mengejar selama empat puluh minit di antara polis dan suspek yang menaiki kereta Proton Wira.



Sunday 19 April 2015

Unknown

Punca Sebenar Tun Dr Mahathir Lucutkan Kekebalan Raja-Raja Melayu

Share
Kita sering mendengarkan kisah konon Tun Dr Mahathir ialah melayu yang menjadi pengkhianat raja-raja mereka tatkala mereka mahu mempertahankan pemimpin mereka yang membuat onar ini?
Alasan mereka ialah Tun Dr Mahathir menjadi dalang utama kes perlucutuan kekebalan raja-raja Melayu. Tetapi tahukah anda peristiwa apakah yang berlaku di sebalik kes tersebut?
Kekebalan Raja-Raja Melayu
Pernah dengar kes Prebet Adam yang mengamuk? Kisah ini berlaku lama dah. Adik kepada prebet Adam merupakan seorang caddy diraja. Dan suatu hari, ketika beliau menemani seorang sultan salah sebuah negeri di Malaysia bermain golf, adiknya telah dipukul sehingga mati oleh sultan tersebut kerana mengetawakan bola yang dipukul oleh sultan tersebut tidak masuk ke dalam lubang.
Sejurus selepas kematian adik Prebet Adam, maka mengamuklah Prebet Adam di Chow Kit sehingga membunuh beberapa orang.
Kes seterusnya ialah Peristiwa Gomez. Seorang jurulatih hoki daripada pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar, meluahkan kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap baginda di Istana Bukit Serene, tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya.
Peristiwa ini telah mendatangkan kemarahan rakyat sehingga memaksa parlimen melakukan sesuatu. Selepas disiasat dan dibincangkan, peristiwa yang membawa kepada insiden-insiden di atas kerana kekebalan raja-raja Melayu pada waktu itu daripada undang-undang.
Nak tak nak, selaku perdana Menteri, Tun Dr M terpaksa melakukan perubahan. Walaupun dengan berat hati, tetapi mahu mengelakkan perkara ini daripada menjadi nanah dalam negara, maka rang undang-undang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing pada 19 dan 20 Januari 1993.
Rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini diluluskan oleh enam daripada sembilan raja namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga raja yang lain, termasuk Sultan Iskandar sendiri. Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk meraih sokongan diraja untuk menghalang pelaksanaan usul tersebut.
Rang undang-undang yang berusul melucutkan segala kekebalan dari para raja dan ahli kerabat diraja, menjadikan mereka boleh didakwa mengikut undang-undang bila-bila masa timbulnya salah laku jenayah yang terbukti.
Kita nampak di sini, bukan Tun sahaja yang bersetuju dengan hal ini, bahkan terdapat 6 raja-raja Melayu yang turut sekepala dengan Tun. Tun bukanlah menentang sistem monarki itu, tetapi untuk mempertahankan sistem monarki tersebut daripada runtuh.
Kalau sikap ini berterusan gara-gara kekebalan itu, kamu rasa orang Melayu akan mampu bertahan? Bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana raja digulingkan. Pernah dengar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang?
Memandangkan raja-raja Melayu ialah benteng terakhir umat Melayu, maka Tun terpaksa berbuat sesuatu untuk melindungi senjata yang akan mempertahankan Hak Agama Islam dan Bumiputera ini.
Saya harap selepas ini tiada lagi sebarang tuduhan mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir adalah pengkhianat bangsa.
Kekebalan Raja-Raja Melayu
Oleh: TAN SRI DR. NORDIN KARDI, Penyandang Kursi Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PADA minggu lepas, saya dan kawan-kawan melepak di Balai Seni Lukis Negara. Kawan-kawan itu termasuk Dato’ Seri Helmi, Dato’ Seri Anwar Zaini, Dato’ Kamarudin, General Dato’ Yunus Long, Tan Sri Kamal Salleh, Dr. Hasan Mad, Roslan dan Faridah, dari USAHANITA. Selain bertanya khabar kami berbual mengenai banyak perkara mengenai Melayu.
Sultan dan Raja-Raja Melayu menghadiri Mesyuarat ke-220 Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada tahun 2011.
Sultan dan Raja-Raja Melayu menghadiri Mesyuarat ke-220 Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada tahun 2011.
Kecuali saya, kawan-kawan saya itu rupanya sangat cergas bergerak dalam pelbagai badan bukan kerajaan mengikut kecenderungan dan latar belakang pendidikan masing-masing. Dalam perbincangan itu seperti ada persetujuan antara kami bahawa ada beberapa tunggak yang jika salah satu daripadanya diusik, maka keseluruhan Melayu itu terusik.
Tunggak-tunggak itu adalah bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam, hak Istimewa orang Melayu (termasuk tanah simpanan Melayu) di dalam Perlembagaan. Antara beberapa perkara yang menarik perhatian saya adalah mengenai kekebalan Raja-Raja Melayu dalam konteks undang-undang.
Pada 1993, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi membolehkan prosiding undang-undang diambil terhadap mana-mana Raja Melayu di dalam Mahkamah Khas. Sebelum pindaan itu baginda semua adalah kebal daripada apa-apa prosiding mahkamah.
Perbualan kami bertukar serius apabila disentuh mengenai wasiat Raja-Raja Melayu semasa menandatangani watikah kemerdekaan pada tahun 1957 seperti yang dititahkan semula oleh Raja Muda Perak, Dr. Raja Dr. Nazrin Shah di dalam suatu majlis dan disiarkan di Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2009.
Wasiat itu dicatat begini: ‘Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia). Ke-dua: Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ke-tiga: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. Ke-empat: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini. Ke-lima: Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan. Ke-enam: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Ke-tujuh: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Disebutkan juga bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan lima ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut.
Jika demikian keadaannya, Raja-Raja Melayu yang sebelumnya memerintah secara kuasa mutlak telah berkenan menyerahkan kuasa baginda-baginda itu kepada apa yang dipanggil sebagai “Perlembagaan Persekutuan” yang boleh ditambah atau dipinda melalui kuasa yang dipilih rakyat di rumah yang mulia dinamakan Parlimen.
Disebutkan juga bahawa beberapa fasal dalam perlembagaan hanya boleh dipinda oleh Parlimen jika mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu. Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1).
Dalam hal inilah, wajar diteliti semula sama ada parlimen boleh meluluskan penubuhan Mahkamah Khas bagi membolehkan sesuatu prosiding diambil terhadap Raja-Raja Melayu tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu.
Jika jawapannya boleh, maka fasal tersebut di dalam perlembagaan adalah halal dan jika tidak maka fasal berkenaan adalah sebaliknya. Selain dari melihat aspek teknikal yang menyentuh kekebalan Raja-Raja Melayu itu elok juga dilihat apakah doktrin yang boleh diguna pakai sama ada untuk mempertahankan kekebalan Raja-Raja Melayu atau yang sebaliknya.
Jika kuasa Parlimen menambah atau meminda perlembagaan itu asalnya diberikan oleh Raja-Raja Melayu, adakah wajar parlimen yang diberi kuasa itu kemudiannya membuat peraturan mengatasi dan melebihi kehendak kuasa yang memberi? Demikianlah dalam kes Bropho melawan State of Western Australia (1972), Ketua Hakim Mason dan Hakim-hakim Deane, Dawson, Toohey, Gaudron and McHugh mengeluarkan pernyataan bersama yang menentang sebarang statut yang akan mengikat ‘Crown’ (sebagai ingatan, Ketua Negara bagi Australia masih lagi Raja Inggeris).
Dalam konteks ‘English Common Law’ dikatakan bahawa oleh sebab sumber undang-undang itu datangnya daripada kedaulatan raja, maka raja tidak boleh dipertanggungjawabkan di mahkamah yang dicipta dengan kuasanya. Jika mahkamah atau undang-undang itu hendak diadakan juga maka raja hendaklah memberi persetujuan atau ‘consent’.
Di Amerika Syarikat (AS) suatu ketika dahulu kekebalan turut diberi kepada negara daripada sebarang tindakan undang-undang dengan menggunakan doktrin yang sama. Kes Gibbons melawan United States (1986) Mahkamah Agung memutuskan bahawa Kerajaan Pusat tidak boleh disaman tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Kongres.
Hal ini ditegaskan lagi di AS dalam kes Alden v. Maine (1999). Di England dikatakan walaupun Crown Proceedings Act 1947 seperti memberi kelonggaran dalam kes ‘tort’ dan kontrak tetapi Raja tetap kebal daripada prosiding jenayah.
Kekebalan Raja yang menjadi ketua sesebuah negara bukan sahaja wujud dalam negara-negara berkenaan tetapi juga pada peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, duta-duta, yang mewakili negara atau ketua negara juga mendapat perlindungan daripada kekebalan ini. Daripada prinsip ‘customary international law’ negara itu kebal daripada sebarang prosiding di negara lain.
AS sendiri mengiktiraf konsep ini di bawah akta Foreign Sovereign Immunities (1976). Apa yang kelihatan daripada contoh-contoh ini adalah, secara konvensyennya, sumber kuasa sesuatu undang-undang itu diberi kekebalan. Doktrin memberi kekebalan ini nampaknya dihormati di banyak negara termasuk Singapura yang memberi kekebalan kepada Presidennya. Di Itali pula, percubaan mempertanggungjawabkan Presiden ke mahkamah adalah suatu jenayah.
Di Malaysia pada keseluruhannya, Raja-Raja Melayu masih kelihatan kebal daripada prosiding undang-undang tetapi penubuhan Mahkamah Khas seperti ‘precedence’ kepada sentuhan kepada kekebalan itu.
Rakan saya Azam menghujah kepada saya bahawa Mahkamah Khas itu adalah untuk kes-kes peribadi Raja. Saya pula bertanya bagaimana hendak memisahkan yang peribadi dengan yang bukan peribadi seperti yang saya pernah alami di mahkamah dalam menanggung beban ‘vicarious liability’? Adakah terdapat konsep ‘mutlak’ separuh-separuh? Ada pula yang menjawab ‘apa salahnya’.
Seperti persetujuan rakan-rakan yangmelepak di Balai Seni Lukis Negara itu, kami sebutkan sekali lagi bahawa mengusik mana-mana tunggak yang telah dinyatakan bererti mengusik keseluruhan yang berkaitan dengan Melayu.

Saturday 18 April 2015

Unknown

Gadis 15 Tahun 'Terlalu Cantik Untuk Dilihat' Jadi Kegilaan


 SEORANG gadis berusia 15 tahun menjadi kegilaan netizen di China selepas dia menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah seluruh wajahnya.

Gadis tersebut yang berasal dari wilayah Henan, dikategorikan sebagai 'terlampau cantik untuk dilihat' oleh pemilik media sosial yang menyimpan gambarnya.

Lebih mengejutkan apabila gadis yang bernama Lee Hee Danae mempunyai pengikut seramai 400,000 di akaun Weibo (laman sosial terkenal China) malah turut memberitahu tarikh hari lahirnya iaitu pada Mei 1999.


Menurut satu agensi berita tempatan China, Shangaiist, gadis bawah umur tersebut mendapat lebih 24,000 'likes' di dalam satu portal internet China, Tencent.

Tambah akhbar itu lagi, gadis tersebut bertindak melakukan pembedahan kosmetik untuk memenangi semula hati bekas kekasihnya, lapor laman web China, Cbg.cn.

Bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat bahawa gambar tersebut adalah penipuan semata-mata atau disunting secara digital.


Dalam pada itu, pembedahan plastik seperti pembedahan kelopak mata dah Rhinoplasty (pembedahan hidung) semakin popular di kalangan penduduk China.

Malah, ramai wanita yang menjalani pembedahan garisan-V untuk memberi garisan yang cantik pada rahang sehingga menjadi bentuk 'love' (hati).

Pembedahan paling popular yang diminati wanita China adalah melebarkan mata dan mengecilkan muka dengan dagu yang lebih runcing.


Sumber: mstar.com.my
Unknown

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali
Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali. Memang agak mengerikan bila terbaca kisah sebegini. Sememangnya apabila berada dalam keadaan yang terlampau marah kadangkala kita tidak dapat mengawal perasaan yang waras. Kes ini sememangnya berada di luar kawalan si pelaku.
Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali. Seorang isteri yang tidak dapat mengawal perasaan marahnya bertindak menggunting kemaluan suaminya dua kali selepas mendapat tahu perbuatan curang lelaki itu. MediaChina melaporkan, bapa kepada lima cahaya mata itu, Fan Lung, 32 dikatakan menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21.
Bagaimanapun dia terlupa menutup akaunnya hingga menyebabkan perbuatannya itu terbongkar. Sebaik melihat mesej yang dikirim suaminya itu, isterinya, Feng, 30 terus naik berang. Wanita itu terus mencapai gunting dan masuk ke bilik tidur dan menggunting kemaluan suaminya yang ketika itu sedang tidur. Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali.

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali
Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali

Berikutan kejadian itu, Fan dikejarkan ke hospital untuk menjahit semula organ berkenaan. Bagaimanapun, Feng yang masih tidak puas hati dengan suaminya itu memasuki wad yang menempatkan Fan dan bertindak menggunting kemaluan lelaki itu untuk kali kedua, malahan lebih tragis lagi kemaluannya dibuang ke luar tingkap. Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali.
Jurucakap hospital itu berkata, pihaknya mengetahui perkara itu apabila ada pelawat memaklumkan seorang lelaki bogel memukul sesorang wanita di pekarangan hospital. “Sebaik tiba di tempat kejadian, kakitangan hospital menahan lelaki yang berlumuran darah di bahagian kemaluan dan kakinya itu daripada terus memukul wanita itu. Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali.
“Wanita itu dibawa untuk mendapatkan rawatan dan ketika itu baru kami tahu, kemaluannya dipotong untuk kali kedua,” katanya. Berikutan kejadian itu, Feng ditahan polis, manakala usaha polis dan kakitangan hospital mencari kemaluan Fan yang dibuang isterinya tidak berhasil. Mereka percaya organ itu dimakan anjing atau kucing yang berkeliaran di kawasan itu.
Jurucakap hospital itu berkata, Fan kehilangan banyak darah dan terpaksa menjalani pembedahan. “Dia dalam keadaan stabil tetapi emosinya terganggu,” katanya. Kekasih Fan yang berada di hospital untuk menemaninya bagaimanapun tetap meneruskan rancangan untuk mengahwini lelaki itu.Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali.