Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Wednesday 18 June 2014

Unknown

PUNCA NABIL ABDUL PELAKON IKLAN KIT KAT MENINGGAL DUNIA

 


Punca sebenar Nabil Abdul pelakon iklan Kit Kat meninggal dunia. Nadil Abdul yang terkenal dengan siaran iklan Kit Kat yang turut digandingkan bersama M.Nasir telah menghembuskan nafas terakhir pada selasa 17 Jun 2014. Allahyarham meninggal akibat kanser lymphoma kira-kira jam 10.30 pagi di Hospital Ampang. Difahamkan jenazah Nabil Abdul telah dikebumikan di kampung halamannya di Kulim, Kedah pada hari yang sama.

Saturday 7 June 2014

Unknown

Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi

 

By Editorial June 6, 2014 : 7:28 pm
Yusof Al-Qardhawi



Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.

“Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.