Our Feeds

FIND US ON FACEBOOK

Friday 28 February 2014

Unknown

[INFO] Biar apa orang nak kata, saya akan mati tidak lama lagi – Luah Tun Mahathir

 

Anti-Hadis

Oleh Tun Mahathir Mohamad
1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.


2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.


3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.


4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.


5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

Wednesday 26 February 2014

Unknown

[INFO] Bahaya Membunuh Lipas

 
Lipas


serangga seperti lipas pasti menjadi kegelian kepada ramai orang terutamanya kaum wanita. Mungkin juga ramai yang takut dengan lipas. Biasanya ramai yang membunuh lipas dengan menggunakan penyembur serangga seperti Ridsect, Shieldtox dan lain-lain agar tidak mengganggu ketenteraman mereka di dalam rumah.


Apabila anda melihat lipas jangan terus membunuhnya kerana isi perut lipas sangat bahaya. Di dalam perut lipas terdapat cacing halus yang hidup walaupun diluar dari tubuh lipas. Cacing itu bentuknya sangat pendek, halus dan lembut ianya boleh nampak dengan mata kasar dengan jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara untuk melihat cacing tersebut letak isi perut lipas di atas kertas hitam nanti cacing itu akan bergerak-gerak. Sangat berbahaya apabila cacing itu menyentuh kulit kita kerana cacing itu boleh masuk ke dalam tubuh kita melalui liang roma atau tempat yang terluka.

sumber : blogammar.com
Unknown

[METRO] Balasan Tunai Cabar Kuasa Tuhan

 

Ipoh: “Mereka menjerit mencabar kuasa Tuhan sambil mencekik isteri saya sekuat hati. Akhirnya dosa mereka dibalas apabila ketiga-tiga mereka mati ditembak polis Ahad lalu,” kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang enggan namanya didedahkan.

Dalam kejadian jam 4 pagi pada 4 Januari lalu, sekumpulan tiga perompak dipercayai warga Indonesia memecah masuk rumah mangsa di Kampung Dendang, Beruas.


Penjenayah turut bertindak kejam apabila mengacukan parang ke arah leher anak lelaki mangsa berusia empat tahun selain mengugut mahu menikam mati bayinya yang baru berusia lima bulan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah ibunya itu susulan mempunyai urusan perniagaan di Kuala Lumpur.

Foto
MANGSA bergelar Datuk menceritakan semula kejadian rompakan rumahnya didalangi tiga penjenayah warga asing.

“Perompak memecah masuk melalui pintu belakang rumah sebelum menyerbu bilik tidur ibu saya terlebih dulu. Mereka kemudian mengugut supaya ibu saya menyerahkan wang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Unknown

[HIBURAN] respon sharnaz berikutan kes persengketaan dengan lisdawati dan fauzi

 








Unknown

[HIBURAN] 4 GAMBAR NOSTALGIA SHARNAAZ AHMAD

 

Sering dilanda gosip liar kadangkala membuat Sharnaaz Ahmad pening kepala hingga dia pernah menyatakan hasratnya untuk bersara. Namun hingga kini, dia masih terus berlakon dan kemungkinan menarik balik kata-kata tersebut demi peminatnya.

Khas untuk anda yang meminati pelakon ini, jom kita tengok gambar-gambar nostalgianya ketika masih berhingus.

Klik gambar untuk size besar


Gambar atas: "This young boy trust in family and trust in his own capability for changing whats right or wrong by just being Classic and Believe in making history in own time.. I love my family and i will die protecting my family.. Lu kacau family gua, gua potong lu kasi anjing makan." - Sharnaaz


Unknown

[CINTA RASUL] FOTO-FOTO EKSKLUSIF PENINGGALAN RASULULLAH SAW

 
Bila kita berjauh jarak dengan sang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat, shalawat-shalawat dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Sang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan sang pribadi mulia panutan alam?? Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekaaat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad ….
Foto-foto ini semua adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Musim peninggalan Nabi di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah … Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …
a

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW)

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bagian dari baju gamis Nabi SAW)

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

The Blessed Seal of Rasulullah SAW

Tuesday 25 February 2014

Unknown

[SINAR HARIAN] Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta

 


Dua lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini awal pagi tadi. - Foto Bernama

KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - Bernama

sumber :sinarharian
Unknown

[INFO AGAMA] HUKUM MAKAN TELUR

 
Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H)menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang(sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan.


Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdapat padanya.Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Qalyubi rahimahullah.



Telur Ular

Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H)di dalam kitab Majmu’.Saya akan bahaskan perkara ini mengikut tajuk seperti berikut:




TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI


Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:


1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.


2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.




                     


Telur Ayam


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut(yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat dikalangan para ulama.Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.


Unknown

[SUBHANALLAH] Ikan Bergerak Seakan Mengelilingi Kaabah Ketika Mendengar “Labbaik Allah”

 

Cantik sungguh gambar ikan diatas kan?…seperti membuat bulatan, tetapi… andai anda melihat video di bawah ini, mungkin anda akan terkejut…
Saksikan!




Monday 24 February 2014

Unknown

[HIBURAN TANAH AIR] Kenapa serang saya??

 


Kuala Lumpur: “Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”


Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta.




Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.


Nisdawati ketika ditemuramah. Gambar kecil (kiri), Sharnaaz dan Fauzi Nawawi.


Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.

sumber: hmetro
Unknown

[ MENARIK ] MENTOL LAMPU TELAH ADA ZAMAN MESIR PURBA

 
Tamadun Mesir Purba merupakan salah satu daripada tamadun yang paling dikagumi pernah dibangunkan oleh manusia. Masyarakat Mesir Purba memiliki pengalaman dan ilmu pengetahuan yang meluas dan kini menjadi salah satu daripada warisan masyarakat primitif. Di kalangan golongan masyarakat Mesir, terdapat cendikiawan yang memiliki kebijaksanaan yang datang dari zaman Nabi Nuh (as) dan Nabi Ibrahim (as). Golongan cerdik pandai Yahudi ini menggunakan ilmu yang diwarisi daripada para nabi terdahulu. Salah satu daripada ilmu pengetahuan tersebut adalah penggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan.

Penemuan pelbagai ukiran dan corak pada permukaan dinding Kuil Hathor di Kompleks Kuil Dendera Mesir, membongkar satu rahsia yang menarik mengenai masyarakat Mesir purba. Seperti gambar rajah yang dipaparkan di bawah, yang terdapat di Kompleks Kuil Dendera. Rekaan ukiran tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba mendapatkan sumber pencahayaan melalui penggunaan mentol dan lampu arka.

Pemeriksaan teliti terhadap gambar-gambar yang terdapat di Kuil Hathor menunjukkan bahawa penebat bervoltan tinggi telah diguna pakai, sama seperti yang ada pada masa kini; struktur ini disokong oleh tiang yang berbentuk segi empat bujur yang menyerupai sebiji mentol (dipercayai telah digunakan sebagai penebat dan dikenali sebagai Djed Column). Ini merupakan penemuan yang menakjubkan kerana reka bentul mentol lampu yang kita gunakan pada hari ini mempunyai ciri yang serupa pada zaman Mesir purba.








Walter Garn, seorang jurutera elektrik berbangsa Austria telah mengkaji ukiran yang terdapat pada permukaan dinding secara terperinci, dan menghasilkan semula penebat Djed Column, mentol dan pintalan wayar dan hasilnya, model yang dibina oleh beliau berfungsi dan memancarkan cahaya.


Dalam satu saluran dokumentari pada September 1996 oleh Amerika ABC, sistem pencahayaan ini telah diuji semula oleh para saintis di hadapan kamera dan kejayaan sekali lagi dicapai dan cahaya diperolehi. Secara asasnya, ini hanyalah mentol dan ia berfungsi melalui teknik yang dipaparkan pada lukisan dinding masyarakat Mesir purba, sehingga menghasilkan cahaya. Di dalam video yang akan kami paparkan, anda akan dapat melihat sendiri bagaimana cahaya diperolehi melalui kaedah yang digunakan oleh masyarakat Mesir purba.



Dalam lukisan yang terdapat pada Kuil Dendera ini, kelihatan empat lampu filamen (komponen dalam lampu yang menghasilkan pemanasan) yang anda dapat lihat di sebelah kiri dan Seutas kabel yang bersambung dari satu bateri elektrik gergasi di sebelah kiri, ini menjanakan tenaga elektrik kepada lampu-lampu tersebut dan menhasilkan sumber pencahayaan.

Sunday 23 February 2014

Unknown

[ Gempar ] Gambar pemilik page Murtad Juli Sumardianti kini koma

 

Gambar yang di percayai Juli Sumardianti Pemilik Page Murtad kini Koma selepas terus menerus menghina dan memperlekahkan agama Islam, wanita biadap ini jatuh koma dan melolong seperti orang yang perit menahan kesakitan.

Namun sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat di pasti kan berita ini dari artikal yang di siarkan dan heboh di perkatakan di laman sosial, kita sebagai pembaca sama-sama berdoa semoga dia kembali kejalan yang di redai Allah.
Unknown

[INFO AGAMA] Siapakah Qarin ?

 


http://www.brotherrahman.net/wp-content/uploads/2012/10/Qareen-Hamzaad-Constant-Companion-Brotherrahman-net.jpg





Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat untuk membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.


Saturday 22 February 2014

Unknown

[INFO] Mungkin Wujud Alat Bantuan Menyelam 1400 Tahun Dahulu

 


"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. 
(Surah An-Nur: 40)

Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.

Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.

Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan tanpa alatan canggih di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.

Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.

Friday 21 February 2014

Unknown

[INFO] Katak Bersaiz Kuku ini Mampu Membunuh Dengan Sekali Sentuh

 



Kecil-kecil cili padi, mungkin itu pepatah lama tapi mendalam maksudnya.e

Pekara tersebut juga boleh diibaratkan pada katak dari Pico Bonito National Park, Honduras. Katak yang hanya berukuran tidak lebih dari sekeping syiling atau hanya kira-kira 2 sentimeter ini mampu membunuh manusia hanya dalam sekali sentuh.

Dipetik dari Daily Mail, yang membuatkannya sangat berbahaya dari katak ini terletak pada bahagian kulitnya. Racun pumiliotoxin A di kulitnya itu dapat menahan Pengecutan otot di tubuh manusia, kemudian membuat otot-otot tersebut lumpuh dan lebih buruk lagi menyebabkan gangguan pernafasan sehingga serangan jantung.

Sebenarnya tidak hanya katak ini saja yang mempunyai kandungan racun di kulitnya dan berbahaya bagi manusia. Ada pelbagai katak yang sejenis juga bertebaran di seluruh dunia, namun jika di bandingkan dengan saiznya pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah seekor katak yang biasa sahaja.

sumber: dairishare
Unknown

[AGAMA] Sumpah Ibu: Susu Meleleh Keluar Dari Mulut

 


“Kalau betul engkau anak kandung aku, minum susu dari badan aku…aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.

Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk.

Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.
Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa mengira masa.

Saya masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.

“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.

Sebaik siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.

“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.

Thursday 20 February 2014

Unknown

[SINAR HARIAN] Logik jika ada fosil di PAHANG

 



Fosil dinosaur jenis Spinosauridae dipercayai ditemui di Pahang. Sumber foto www.bbc.co.uk


TEMERLOH – Fosil dinosaur di negeri Pahang mungkin boleh ditemui di dalam jujukan batuan di kawasan Taman Negara di Jerantut, kawasan bandar Maran dan Paloh Hinai serta Taman Negara Endau Rompin.

Pegawai Kajibumi di Jabatan Mineral dan Geosains Ahmad Rosli Othman berkata, selain penemuan fosil gigi dinosaur yang dirahsiakan Universiti Malaysia (UM), fosil-fosil dinosaur yang lain juga mungkin boleh ditemui di kawasan yang disebut.

“Fosil dinosaur hanya terdapat dalam jujukan batuan di kawasan Taman Negara, kawasan Tembeling, Gunung Gagau dan kawasan bandar Maran, Paloh Hinai dan Endau Rompin.

“Kawasan ini mempunyai jujukan batuan yang menyimpan fosil tumbuhan dan dinosaur dari zaman Jurasik hingga zaman kapur ia kira-kira 60 hingga 130 juta tahun dahulu sebelum dinosaur pupus akibat hentaman meteorit ke bumi,” katanya mengulas laporan media mengenai penemuan fosil dinosaur di negeri Pahang semalam.

Unknown

[ RAHSIA ALAM] Hutan Dalam Lubang Bawah Padang Pasir

 

Keajaiban alam, tidak banyak info dari sumber yang di perolehi tentang bagaimana hutan ini boleh tumbuh dalam lubang besar ini.Di katakan hutan ini berada di daerah Maghribi yang berada di bawah padang pasir.

Sungguh menakjubkan pohon-pohon ini dapat tumbuh subur hijau di kawasan terik seperti itu, terlebih hanya sedikit cahaya yang diperoleh untuk berproses tumbuh kerana di bawah tanah. Subhanallah!

Wednesday 19 February 2014

Unknown

[AGAMA] Kisah Seorang Syahid Yang Hidup Kembali Di Bumi Gaza

 



Beliau merupakan antara tiga orang pertama yang ditugaskan oleh Hamas sebagai pejuang berani mati yang ditugaskan untuk meletupkan diri di Israel pada tahun 1990-an.

Beliau dan dua rakan yang lain telah berjaya menyelinap masuk ke dalam Israel. Namun, pada suatu masa, mereka telah dikesan oleh pihak Israel dan mereka terus meletupkan diri.

Dua sahabat yang lain telah syahid, tetapi beliau cedera parah. Beliau berada di hospital Israel selama lebih 2 bulan. Selepas itu, beliau telah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke dalam penjara bawah tanah Israel.

Beliau telah diseksa oleh Israel laknatullah dengan pelbagai bentuk seksaan sehingga beliau mengatakan apa jenis seksaan yang kamu tahu, aku dah pernah mengalaminya.

Namun, dalam tahanan Israel beliau tidak mendedahkan apa-apa pun maklumat yang boleh menjejaskan Hamas. Apa yang keluar daripada mulut beliau hanyalah 'La ilahaillallah'.

Selepas diseksa dengan seksaan yang sangat melampau, beliau telah disahkan 'mati' oleh Israel dan dibawa balik ke Gaza untuk dikebumikan.

Namun, sebaik sahaja masuk ke dalam bumi Gaza, beliau hidup kembali dengan kuasa Allah. Maha Suci Allah, Allah yang berkuasa untuk mematikan seseorang serta menghidupkannnya kembali.

Beliau dirawat di hospital Gaza selama sebulan lebih. Beliau lumpuh separuh badan akibat letupan. Namun, semangatnya untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin tidak pernah luntur.
Unknown

[INFO] Fosil Makhluk 4x Lebih Besar Dari Dinosur Ditemui

 





Fosil makhluk hidup ultra raksasa yang belum dikenalpasti jenisnya telah ditemui di kawasan Jebal Barez, sebuah wilayah bukit tandus dipinggir Iran. Pakar sejarahawan mengatakan fosil makhluk hidup ini sangat besar dan 4kali lebih besar dari dinasour yang terbesar didunia yang pernah ada.

Sejarahwan juga berpendapat bahawa mahluk ini sudah ada sebelum zaman dinasour (sebelum zaman kapur dari 65-135 juta tahun lalu).

Penemuan ini telah diceritakan oleh seorang penggembala, yang mendakwa dirinya telah menemui suatu rentetan batuan mirip fosil jasad makhluk hidup raksasa di tempat dimana ia biasa menggemba binatang ternakannya.



Sebuah Fosil makhluk hidup berukuran raksasa (mungkin ultra) yang ditemui di kawasan Jebal Barez ini sangatlah mengagumkan. Menurut para sejarahwan, mungkin inilah haiwan purba terbesar yang pernah wujud didunia pada masa lalu, ukuran kepalanya saja boleh mencapai panjang 26 meter dengan ketinggian 8 meter.

Salah seorang ahli arkeologi yang terlibat dalam penggalian tidak menyangka bahawa makhluk ini memang berukuran sangat-sangat besar, bahkan lebih besar daripada seekor ultradinasour (Jenis dinosour terbesar di dunia). Dia belum pernah menyaksikan tulang rusuk haiwan purba setinggi itu.


Unknown

[MISTERI] Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

 


Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.
Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.
Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.

Unknown

[SINAR HARIAN] Muslim di Republik Afrika Tengah dibunuh kejam

 




REPUBLIK AFRIKA TENGAH - Umat Islam di Republik Afrika Tengah telah menjadi sasaran militian Kristian di republik tersebut.

Sasaran tersebut telah mencetuskan tragedi berdarah, di mana telah menyebabkan kematian ramai umat Islam yang tidak bersalah dan berdosa, dedah sebuah agensi bantuan kemanusiaan.

Ekoran tragedi itu, ribuan umat Islam telah melarikan diri dari negara tersebut.

Menurut Muslim Association of Britain (MAB, Persatuan Muslim Britain), mereka sudah memberi amaran bahawa keganasan ini juga boleh membawa kepada bencana kebuluran dan keruntuhan ekonomi.

MAB turut melahirkan kekecewaan dan kebimbangan mereka mengenai pergolakan politik, keganasan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Republik Afrika Tengah itu.

Kumpulan hak asasi manusia telah melaporkan bahawa lelaki Islam, wanita dan kanak-kanak telah menjadi sasaran secara sistematik dan dipaksa keluar daripada rumah mereka dengan kejam, dirogol dan diseksa .
Unknown

[SINAR HARIAN] Ayam tidak sembelih

 

Mohd Bakri menunjukkan tidak ada kesan sembelihan pada ayam yang dibelinya.


KULIM - Hasrat seorang mekanik, Mohd Bakri Ramli yang tinggal di Kampung Simpang Empat Keladi untuk berkelah dan memanggang ayam bersama keluarganya di hadapan rumah tidak kesampaian apabila mendapati ayam mentah yang dibelinya dari sebuah pasar raya di sini tidak disembelih.

Menurutnya, dia telah pergi ke pasar raya itu kira-kira jam 11 malam untuk membeli ayam.

"Sampai di rumah, isteri membasuh dan memotong ayam ini. Bagaimanapun isteri terkejut apabila mendapati tidak ada kesan sembelih di leher ayam itu.

“Saya kemudiannya pergi semula ke pasar raya terlibat untuk mendapatkan keterangan tentang masalah ini bagaimanapun ia sudah ditutup,” katanya.

Tidak puas hati dengan kecuaian dilakukan oleh pasar raya terlibat, Mohd Bakri telah membuat laporan polis dan memanjangkan masalah ini ke Tribunal Pengguna.
Unknown

[INFO] Ini Bukti kaum Terdahulu Pernah Mendiami Dunia..

 

Adakah Manusia raksasa pernah berkeliaran di bumi?Sebahagian orang percaya bahawa raksasa atau manusia bersaiz besar pernah menghuni bumi kita, dan mereka mengemukakan bukti bukti seperti yang ada dalam post dibawah ini.Orang orang yang percaya bahawa raksasa benar benar pernah ada, selalu menuduh bahawa, sebahagian besar bukti mengenai raksasa telah disembunyikan atau dituduh oleh "komuniti saintifik" kerana tidak sesuai dengan evolusi.

Pada post ini akan dibahas beberapa jejak kaki raksasa yang telah dijumpai dan banyak bukti lain mengenai raksasa yang telah ditemui di seluruh dunia. Penulis mempersilakan anda untuk memutuskan benar tidaknya bukti bukti ini.Mari kita mulai dengan Goliat Jejak di Afrika Selatan. Sebuah gambar Jejak Goliat boleh dilihat di bahagian atas artikel ini.Jom kita jejak raksasa ini terletak berhampiran bandar Mpaluzi, berhampiran sempadan Swicthland. Jejak ini sekitar empat kaki panjangnya dan mula mendapatkan banyak publisiti di seluruh dunia.

Berikut ini adalah foto dari jejak yang menakjubkan. Jika anda perhatikan dengan teliti, anda bahkan dapat melihat bahawa ada lima jari kaki dan ibu jari kaki adalah yang terbesar dari jari-jari kaki. gambar ini benar-benar menakjubkan ....dianggarkan jejak ini berumur antara 200 juta dan 3 bilion tahun. Tentu saja hal ini tidak masuk akal, tetapi ini mengarahkan kita kepada sesuatu yang sangat menarik. Selama bertahun-tahun, telah banyak "jejak kaki manusia" ditemukan di lapisan batuan yang seharusnya berusia jutaan tahun.

Sebagai contoh, berikut ini berasal dari sebuah artikel tentang penemuan jejak kaki manusia di 70 lapisan batu yang "seharusnya" berusia 3.6 juta tahun.

Pada tahun 1976 antropolog terkenal Maria Leaky mencari 70 jejak kaki manusia pada batu di Tanzania yang dikenali sebagai trek Laetoli. Kerana berfikir bahawa tidak ada kaki sebesar itu, Leaky berkesimpulan bahawa jejak kaki ini dibuat oleh manusia moden, namun masalahnya, kemurungan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita bertarikh di 3.6 juta tahun lalu, dan menurut evolusi, tidak ada manusia modern saat itu.
Unknown

[INFO] Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam

 

 





1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Tuesday 18 February 2014

Unknown

[INFO] SIPUT RAWAT KULIT MUKA

 

Klinik guna siput rawat muka
Sanggupkah anda merasai pengalaman meletakkan siput hidup di muka semata-mata untuk rawatan kecantikan? Di Tokyo Jepun ada.

Rawatan kecantikan ini ditawarkan di Jepun. Wanita yang ingin menghilangkan sel kulit mati, membersihkan liang pori muka boleh meletakkan siput hidup di muka mereka.

LIHAT VIDEO :
Unknown

[AGAMA] Penjelasan Hukum Fizik Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas & Emas Putih

 



Di sini saya sediakan sebab- sebab mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.
1. Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.


2. Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.
3. Emas juga beresonans tinggi dan tarikannya kewangan mampu membiaskan sifat riak dan takabur bagi lelaki yang memakainya.

............
Unknown

[AGAMA] Kisah Air Masin Dan Air Tawar Di Dalam Al Quran

 




Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)


Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Beliau sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Monday 17 February 2014

Unknown

[ALAM] Fenomena Taman Dalam Tasik Yang Mempesonakan

 

Ini adalah Tasik Hijau di Tragoess, Austria yang terletak di kaki gunung salji Hochschwab.

Sepanjang bulan musim sejuk beku kawasan itu adalah hampir sepenuhnya kering dan digunakan sebagai taman daerah. Ia adalah satu taman kegemaran untuk pejalan kaki.

Tetapi apabila suhu mula meningkat pada musim bunga, ais dan salji pada puncak gunung mula mencairkan dan memenuhi dalam lembangan tanah di kawasan rendah.

Taman yang di penuhi dengan air sesejuk ais yang jernih yang terdapat warna yang tersendiri hijau daripada rumput dan dedaun di bawah.

Paras air meningkat daripada kira-kira satu atau dua meter di musim sejuk dan sebanyak 10 meter pada musim bunga lewat dan awal musim panas.

Perairan di tertinggi mereka pada bulan Jun apabila ia menjadi tempat tarikan untuk penyelam yang berminat untuk meneroka fenomena yang jarang berlaku, sebelum air surut pada akhir Julai.

Unknown

[AGAMA] 11 GOLOGAN AHLI NERAKA

 



GOLOGAN AHLI NERAKA

‎”Kebanyakkan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka :

”Mengapa terjadi sedemikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?”

Baginda RASULULLAH SAW menjawab: ”Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati SUAMI dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya”

(HR Muslim)

Jom kita renungkan bersama Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

“Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, “Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
Golongan Ahli Neraka

Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

Sunday 16 February 2014

Unknown

[SINAR HARIAN] Rabecca jual semua baju seksi

 


  
Rabecca Nur Al Islam
SIAPA sangka, sebelum ini pelakon sensasi, Rabecca Nur Al Islam, sememangnya terkenal dengan imej seksi dan menggoda.

Namun, pemergiannya ke kota suci bagi menunaikan umrah buat kali pertama bersama keluarga, akhirnya memberi kejutan apabila pelakon ini pulang dengan berita penghijrahan.

Walaupun hanya 12 hari berada di kota Makkah, namun ternyata pelakon drama, Jangan Tegur Lagi, ini, mendapat hidayah ALLAH SWT.

Bukan hanya cuba-cuba, Rabecca nekad dengan keputusannya itu apabila dia turut menjual kesemua koleksi pakaiannya sebelum ini.

Menurut Rabecca, tindakan ini adalah perlu kerana dia tidak mungkin akan memakainya lagi di masa akan datang.

Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi.

"Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.

"Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya," katanya yang kini telah mengosongkan kesemua almari pakaiannya.

Tambah Rabecca, tidak semua koleksi itu dijual kerana ada sebahagian daripadanya hanya diberikan secara percuma.

"Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah.

"Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus," katanya.
Unknown

[COMEL] Arnab Paling Besar Di Dunia.

 

Hari Easter tahun ini akan menjadi Easter yang sangat bermakna bagi seekor arnab setelah meraih kembali gelarannya sebagai arnab terbesar di dunia.

Setelah empat tahun arnab bernama Ralph ini menyandang arnab terbesar di dunia. Ketika ini binatang itu berjaya merebut kembali gelarannya setelah sering melahap makanan bernilai 50 poundsterling setiap minggu.

Arnab seberat 19,8 kilogram ini telah mengalahkan sangainnya arnab lain yang bernama Darius yang mempunyai berat 1.3 kilogram. Darius, sempat mengambil ijazah dari Ralph pada 2010 .

"Ralph sekarang menjadi yang terberat, tetapi pekara buruknya adalah kerana badannya yang sangat berat menyebabkan bulunya jadi gugur dan bertebaran merata-rata," kata si pemilik Pauline Grant, seperti

Bentuk tubuh Ralph yang besar itu disebabkan oleh gen-nya. Seperti diketahui ibu Ralph Amy pernah tercatat di dalam buku Guinness Book of Records sebagai arnab terbesar di dunia dan bapanya, Roberto juga pernah menjadi arnab terbesar. Jadi tidak diragui lagi jika Ralph mempunyai peluang untuk menjadi arnab terbesar di dunia.